HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)
Saturday, February 28, 2009
Buli Sekolah vs Buli Profesinal
Kes buli disekolah bukanlah isu baru, malah telah banyak kali di siarkan. Pelajar sinior membuli pelajar junior bukan lagi pelik terutamanya di sekolah-sekolah berasrama, malah ianya kadangkala dianggap sebagai satu tradisi. Sebentar tadi TV3 melalui Blutein Utama menayangkan satu kes yang berlaku di Sarawak yang melibatkan kes buli di sekolah. Penulis tidak berhajat untuk menulis atau memberi cadangan penyelesaian kepada isu ini, kerana pada penulis ramai lagi tokoh-tokoh akademik, kaunseling malah pakar-pakar motivasi telah menerbitkan pelbagai makalah dan buku ilmiah sebagai penyelesaian kepada isu ini.
Apa yang penulis ingin perkatakan hanyalah. Salah siapa..? Disini penulis cuba untuk mempertontonkan beberapa kes 'buli' peringkat profesional.
1. Merampas wang royalti dari Kerajaan Terengganu.
2. Memukul rakyat yang menghadiri ceramah dan demontrasi aman.
3. Merampas, menyekat dan menghalang maklumat alternatif sampai kepada rakyat.
4. Kes-kes kematian suspek di dalam lokap.
5. Menahan tanpa bicara (ISA).
6. Menukarkan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang.
7. Merampas kerajaan negeri Perak secara haram.
8. Mengugut pengundi.
Itu hanya segelintir kerja-kerja buli peringkat profesional yang dilakukan oleh golongan-golongan yang menganggap diri mereka elite. Oleh itu, penulis ingin bertanyakan kepada para pembaca diluar sana, siapakah sebenarnya yang mengajar pelajar-pelajar kita disekolah untuk membuli?
wuzere: bapak borek anak rintek..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BN pembuli yang sebenar....
saya suka kenyataan awk yang begini "Menukarkan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang."
memang betul ats kenyataan ini kerana ayah kawan saya terpaksa berpura-pura demi mengelakkan ditukar ke tempat yang ceruk2 atau pendalaman...
BN mmg pembuli!
Post a Comment