HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, August 31, 2010

Malam Kemardekaan: Edaran Risalah Pemuda di Kota Kinabalu

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

30hb Ogos, Kota Kinabalu
: Remaja dan kebebasan telah menjadi satu kebiasaan hari ini. Suasana tersebut dapat dilihat jelas pada malam sambutan kemardekaan. Sehubungan dengan itu, pada 30hb malam baru-baru ini iaitu malam sambutan ambang kemardekaan, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar bersama-sama Nisa' Sepanggar telah mendekati golongan ini. Selain dari edaran risalah yang disampaikan, DPP Sepanggar juga mendekati remaja untuk bertanyakan khabar. Rombongan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama di Tanjung Lipat manakala kumpulan kedua ke Jeselton Park.


Nisa' mendekati remaja di Jeselton Park

Mendekati remaja dan bertanyakan khabar


Remaja bermotor yang mencari kebebasan


Antara robongan pemuda dan Nisa kawasan Sepanggar

Rata-rata remaja yang hadir ingin mencari keseronokan dan kebanyakan dari mereka datang secara rombongan dari kampung-kampung berdekatan. Pada pemerhatian ahli rombongan, kejahilan menyambut kemardekaan ini adalah kerana pihak berwajib tidak menyediakan pendidikan yang sempurna. Turut sama di dalam program tersebut ialah Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, Sdr. Lahirul Latigu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri Sabah, Sdr. Salman Mohd Amin dan juga Ketua DPP kawasan Sepanggar, Sdr. Amir Saifuddin Samsuddin.

Saturday, August 28, 2010

Puisi Kemardekaan: Bahtera Perjuangan Itu

Kiranya aku dilahirkan 1511

Pastinya akan aku berjuang bersama Sultan Mahmud menentang Portugis

Kiranya aku lahir bersama pahlawan Bentan

Pastinya akan ku menghunus senjata menentang Belanda

Kiranya aku lahir bersama pemuda Semantan

Pastinya akan aku berjuang bersama Mat Kilau di Sg. Lembing

Kiranya aku lahir di perkampungan Pasir Salak

Pastinya akan ku sahut seruan Dato Maharaja Lela menentang anjing British

Kiranya aku lahir di negeri Bayu

Pastinya akan ku pertahankan Kota Tibabar itu bersama Paduka Datu Mat Salleh

Kiranya aku lahir bersama pasukan 136

Pastinya akan aku sertai bersama mereka menentang penjajah Jepun

Kiranya aku lahir di Gubir

Pastinya aku bersama pahlawan Gubir menghapuskan gerombolan komunis

Kiranya aku dilahirkan zaman itu

Pasti akan aku bersama Dol Said,

Pasti aku bersama Tok Janggut

Pasti aku bersama Rantap

Pastinya aku bersama Abd Rahman Limbung

Aku pasti bersama pemuda-pemuda itu

Untuk membela tanah air tercinta

Demi mempertahankan maruah agama dan bangsa

Namun aku dilahirkan sekarang

Aku dilahirkan bukan di zaman mereka

Namun aku tetap berbangga dilahirkan sekarang

Kerna aku berjuang bersama pembela-pembela agama

Aku berjuang bersama pasukan penegak agama

Aku berjuang demi membebaskan manusia dari penghambaan kepada manusia

Kepada penghambaan pada Yang Maha Esa

Aku pasti bersama perjuangan mereka

Kerana itulah kemardekaan yang aku cari selama ini

Biarkan darah pemuda ini mengalir dan tertumpah bersama perjuangan ini

Bersama perjuangan menegakkan Khilafah Islam

Bersama bahtera perjuangan Parti Islam Se-Malaysia


Al-Mansur

28 Ogos 2010

Kota Kinabalu, Sabah

Thursday, August 26, 2010

Banjir kilat di sekitar Likas dan Inanam

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Kota Kinabalu: Kejadian banjir kilat yang sering berlaku menyebabkan pengguna kenderaan berasa bimbang apabila hujan lebat mulai turun di sekitar Likas dan Inanam. Kejadian banjir kilat ini bukan sahaja mengganggu lalu lintas yang mengakibatkan kesesakan, malah ada juga antara kenderaan yang mengalami kerosakan. Ini menyebabkan para pengguna kenderaan mengalami kerugian akibat dari kejadian tersebut.


Keadaan banjir kilat di jalan likas-survey

Penunggang motosikal terdedah kepada bahaya ketika banjir

Kesesakan lalu lintas akibat dari banjir kilat

DPP Sepanggar berasa terpanggil untuk mengutarakan permasalahan ini. Malah ketika tinjauan dibuat bersama anggota unit amal, jelas kelihatan masalah tersebut benar-benar kritikal. Selain daripada kesesakan lalulintas, terdapat juga deretan kedai yang terlibat di dalam kejadian banjir kilat ini. Ini menyebabkan mereka terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan dan seterusnya akan menyebabkan kerugian. Kejadian sebegini bukan baru berlaku, malah telah lama dialami oleh pengguna. Namun begitu, ianya seolah-olah tidak ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan pantas dalam menangani permasalahan ini.


Keadaan deretan kedai akibat banjir

Anggota unit amal yang meninjau keadaan banjir kilat

Kesulitan yang dialami oleh rakyat ini sepatutnya mendapat perhatian serius dari Ahli Dewan Undangan Negeri serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mengambil langkah yang perlu. Namun begitu, sikap lepas tangan untuk menyelesaikannya sangat dikesali. Sehubungan dengan itu DPP Sepangar ingin mengingatkan pihak-pihak tersebut agar segera menyelesaikan masalah rakyat, atau rakyat akan menentukanya pada pilihanraya akan datang.

Monday, August 23, 2010

Apabila budaya UMNO meresap dalam pasukan keselamatan..

Bekas sarjan TUDM dakwa dianiaya
Sumber: http://paritbuntar.pas.org.my

PARIT BUNTAR, 20 Ogos: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa beliau dan keluarga telah diainaya pihak TUDM dan kebajikan mereka tidak dijaga sejak bersara pada 2008.


Faizzal Jinnong Abdullah, 45, berkata, beliau diberi layanan buruk oleh pihak atas TUDM apabila beliau cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dikalangan pegawai atasan.

Dia mendakwa ketika berkhidmat beberapa pegawai kanan menyeksanya selepas beliau mengetahui penipuan yang berlaku di kuarters TUDM di Kuching, di mana dia ditempatkan.

"Setelah usaha saya untuk membongkar penyelewengan dikalangan pegawai atasan di ketahui oleh pihak atasan tentera maka saya telah dilayan seperti seorang penjenayah.Bekalan elektrik dipotong selama tiga bulan dengan enam orang anak berusia antara 5 hingga 17 tahun bergelap tanpa belas kasihan mereka.

"Saya juga turut disumbatkan ke dalam penjara dengan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka lakukan supaya pembongkaran tidak dilakukan.Anak dan isteri saya juga dipaksa untuk akur dengan kehendak pegawai atasan sekiranya mahu saya dikeluarkan dari penjara dan tidak diseksa."kata bekas sarjan itu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa di sini baru-baru ini.

Tambah Faizzal lagi dalam situasi tertekan beliau terpaksa menandatangani dokumen secara paksa untuk akur terhadap segala syarat dan peraturan yang ditetapkan sekiranya mahu keluarganya selamat.

Manakala isterinya Murni Dara Mat Zain pula berkata setakat ini 23 laporan polis telah pun dibuat sejak tahun 2008 sehinggalah 2009 supaya nasib mereka dibela dan tidak diancam, namun tiada sebarang perubahan.

Antara laporan polis yang telah dibuat ialah di Sarawak, Negeri Sembilan dan Nibong Tebal.

"Apa yang kami mahukan ialah nasib kami dibela.Sebagai bekas tentera suami saya sebagai Pegawai Pengawasan TUDM sepatutnya dibela nasib beliau setelah berkhidmat lebih dari 20 tahun.

"Bukannya diperlakukan seperti pengganas atau penjenayah. Sewajarnya jasa beliau dikenang oleh pihak tentera," katanya lagi.

Murni juga berkata mereka turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka kini menetap di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dan mendakwa sering mendapat tekanan serta ugutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam responnya berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.hrkh

Sunday, August 22, 2010

Lawak di bulan Ramadhan

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4


Gambar 1 dan 2 diatas diambil dari blog DPP Sandakan.
Gambar 3 dan 4 diambil dari blog http://sentiasa.blogspot.com/

Memang sah UMNONGOK..

Unit Amal Sepanggar membantu pengedaran bubur lambuk percuma

Sumber: http://amalsabah.blogspot.com/

18 Ogos, Indah Permai:
Beberapa orang anggota Jabatan Amal baru-baru ini telah membantu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar bagi mengedar bubur lambuk di Bazar Ramadhan Indah Permai. Program yang dirancang oleh Lajnah Kebajikan DPP Sepanggar antara lain adalah bertujuan untuk memperkenalkan PAS pada masyarakat setempat.

Turut sama di dalam program tersebut ialah Sdr Lahirul Latigu yang juga Katua Dewan Pemuda PAS negeri Sabah. Sepanjang edaran bubur lambuk tersebut, didapati ianya mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pengunjung yang hadir. Berikut adalah gambar sepanjang program.

Bubur lambuk pemuda

Menyampaikan sumbangan bubur lambuk

Saudara Salman yang juga Ketua Penerangan Pemuda

Ketua Pemuda Negeri turut membantu

Dari Rakyat untuk Rakyat


iR: Terus usaha mendekati masyarakat..

Tuesday, August 17, 2010

Program DPP Sepanggar sepanjang Ramadhan

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia dariNya, DPP kawasan Sepanggar dapat mengaturkan beberapa program/pengisian sebagai menghayati keindahan Ramadhan. Berikut adalah program yang akan dilaksanakan oleh DPP Sepanggar:

1. Program Pemuda Bersamamu 1
Sumbangan 'Sekampit Beras sekilo Gula'
Golongan sasaran: Fakir Miskin, Muallaf & Ibu Tunggal
Akan di sampaikan setiap hari Ahad.

2. Program Pemuda Bersamamu 2
Sumbangan 'Bubur Lambuk Pemuda'
Golongan sasaran: Masyarakat setempat
Setiap hari Rabu.

3. Solat Taraweh dan More' Pemuda
Setiap Isnin malam Selasa
Pejabat Penerangan PAS-PKR
Semua muslimin dijemput hadir

4. Edaran Risalah Ramadhan
Setiap hari Sabtu
Masyarakat setempat

5. Iftar Perdana Pemuda
30 Ogos 2010
PASTI Kingfisher
Kerjasama Jabatan Amal.

Sehubungan dengan itu, DPP Sepanggar mengalu-alukan kepada muslimin & muslimat yang ingin menyumbang. Sumbangan boleh disampaikan dalam bentuk beras, gula atau kewangan. Sila hubungi saudara Salman (019-8963075). Sekian terima kasih. Selamat meneruskan ibadah puasa.

Sunday, August 15, 2010

Dinar & Dirham: Apalah bezanya UMNO dengan MCA?

MCA jelas berpandangan serong terhadap matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan. Sila baca disini, Wang syariah: MCA cabar DAP nyatakan pendirian. Mari kita dengar apa kata UMNO-APCO pula?

Pemimpim UMNO gelisah muncul matawang syariah
Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KOTA BHARU, 15 Ogos: Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno, biar pun mereka tahu wang kertas tidak ada nilainya.

Malah wang kertas yang dipolopori sistem kapitalis terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.

Namun mengapa pemimpin Umno begitu gelisah dengan kemunculan kembali matawang syariah. Ini secara tidak langsung menggambarkan tidak berputik di jiwa mereka untuk mengagungkan kembali ketamadun Islam.

Bekas pensyarah kanan UIAM, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, sepatutnya umat Islam perlu menyokong membebaskan diri mereka dari belenggu riba.

”Lemahnya umat Islam kerana ekonomi mereka diperintah oleh kuasa besar yang mempertahankan sistem kapitalis.

”Usaha Kelantan menghidupkan kembali matawang syariah dengan memperkenalkan dinar dan dirham merupakan perjuangan umat Islam sejagat, namun hanya di Kelantan sahaja sanggup melaksananya,” katanya di sini.

Pelancaran matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan pada Khamis lalu mendapat kritikan pemimpin-pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dilaporkan meminta Bank Negara Malaysia mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan matawang syariah dinar dan dirham di Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula mendakwa apa yang dilakukan Kelantan hanyalah bertujuan politik semata-mata dan bagi meraih simpati rakyat.

"Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik. Nanti kerajaan pusat dikatakan tidak Islamik. Ini jelas untuk mengasak kerajaan pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," kata Mustapa.

Manakala Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mengeluarkan matawang.

Matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan bagi pembayaran gaji, bayaran zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Dr Muhammad Fadzli berkata, kenyataan pemimpin Islam di negara ini begitu mengecewakan kerana mereka tiada kesungguhan untuk melihat tamadun Islam kembali menguasai dunia.

”Sebab itulah matawang dinar dan dirham disokong dan ia menjadi kebanggaan umat Islam sedunia. Sememang Umno tidak suka kerja-kerja Islam sebegini,” katanya yang anggota Exco kerajaan Kelantan.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan berkata, dari segi politik nampak ada kecederungan terutamanya golongan cerdik pandai untuk kembali kepada ketamadunan Islam.

Ekoran itu katanya, ada perbahasan pro dan kontra terhadap pengenalan matawang syariah yang dilaksanakan di Kelantan.

”Yang kontra merupakan mereka yang tidak yakin dengan keupayaan sistem kewangan Islam. Mereka dibelenggu dengan pengaruh sistem riba kapitalis, walaupun ada kuasa tetapi tidak ada polical will.

”Kelantan boleh teruskan sehingga dapat menaikkan imej Islam. Dan diharap kurangkan gimik dalam semua aspek,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa menjelaskan dinar dan dirham yang dilancarkan bukan dianggap sebagai matawang bagi menggantikan wang yang ada sekarang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang. "Kita tidak pernah kata sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya di sini.

Menurutnya dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.

"Ini kerana di mana-mana negara pun, pertukaran barang dibenarkan. Kalau kedua-dua pihak bersetuju, dia bolehlah guna dinar dan dirham untuk tukar dengan barangan," katanya.

Husam berkata, semua orang tahu kerajaan negeri tidak kuasa untuk mengeluarkan matawang sendiri.

Wednesday, August 11, 2010

Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh rakyat

Akibat dari kenaikan harga minyak petrol, rakyat berhadapan dengan kenaikan harga barang pada ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut ramadhan dan aidilfitri yang bakal menjelang.



Kepada UMNO/APCO: Kami generasi muda pasti akan mengajar kalian pada PRU ke-13 nanti..

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan


Blog Islamreturn mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung setia blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Teruskan Perjuangan..

Friday, August 6, 2010

MCA serang Islam, DAP pertahankan!

Salam perjuangan..

Kemelut kejahilan non-muslim di dalam UMNO/BN semakin jelas. Ini berikutan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai menyatakan bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Kanyataan ini yang dibuat semasa Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah sangat memalukan. Hanya kerana untuk meraih sokongan pengundi kaum cina dan bukan Islam, presiden komponen BN ini sanggup menonjolkan diri sebagai salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'Islamic phobia'.


Persoalannya sekarang dimana pemimpin UMNO yang sering menyerang Kapal Singh di dalam isu mempertahankan Islam (kononnya) bagi memperbetulkan kenyataan tersebut. Atau sekurang-kurangnya, ulama muda UMNO tolonglah buat muzakkarah dengan MCA, MIC, PPP, GERAKAN dan lain-lain parti komponen BN yang masih lagi tidak memahami Islam. Inilah tugas utama anda, daripada anda sibuk menjadi talibarut UMNO untuk menghancurkan Gerakan Islam PAS.

Pada masa yang sama DAP melalui Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah membidas kenyataan ini. Kenyataan beliau boleh dilihat disini. Sebenarnya, apa yang berlaku ini menunjukan bahawa kehancuran UMNO/BN semakin jelas dan ianya ditambah lagi dengan sikap anti Islam dikalangan parti komponen BN.

ir: Semoga Islam lebih selamat berada di bahtera PAS/PR..

Wednesday, August 4, 2010

Indahnya Ukhawah Pejuang..

2 anggota Unit Amal masih ditahan
Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

LENGGONG, 4 Ogos: Dua lagi anggota Unit Amal yang ditangkap polis pada program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Ahad lepas masih ditahan reman.

Harakahdaily difahamkan, mereka yang merupakan anggota Unit Amal Pasir Salak ditahan sehingga esok.

Sementara itu, seorang anggota Unit Amal dari Lenggong yang ditahan reman bersama mereka dibebaskan malam tadi.

Dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat perjuang, beliau yang sudah beberapa hari tidak mandi disambut dalam majlis usrah di rumah Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria di Kampung Luat dekat sini, kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Masing-masing anggota usrah menyambut beliau dengan bersalaman erat, malah ada yang memeluknya sebagai tanda kasih sayang sesama pejuang untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia tercinta ini.

Beliau dihantar dari balai polis tempat dikenakan tahanan oleh dua anggota Unit Amal Pasir Salak yang kemudiannya bersama seorang lagi anggota Kuala Kangsar.

Beliau dibebaskan setelah ditahan bersama 15 yang lain di Balai Polis Kampung Gajah selepas operasi tangkapan di sekitar kawasan tapak program himpunan tersebut.

Sementara itu, Razman ketika berucap dalam majlis usrah itu, berkata itulah kelebihan yang ada dalam jamaah yang memperjuangkan Islam, di mana apabila anggota jamaah berada dalam kesulitan, ada anggota lain yang rela berkorban menyelesaikan masalah saudaranya.

Katanya, ini terbukti dengan kerjasama ahli jamaah dari Pasir Salak dan Kuala Kangsar, mangsa tahanan yang dibebaskan, yang dalam keadaan tidak ada saudara mara untuk mengambilnya, malah dalam keadaan poket kosong, dibantu oleh ahli jamaah setempat sehingga mangsa selamat sampai di rumahnya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan masalah itu dan mendoakan semoga semuanya mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah.

ir: Indahnya perjuangan sekiranya di sulam kasih sayang kerana Allah..

Sunday, August 1, 2010

Diskusi Ramadhan bersama Ust. Zahazan Mohamed


Ustaz Zahazan bersama Ulfah Ays-Syaffaa' (bergambar sebelum ini di Surau Austral)


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD