Kiranya aku dilahirkan 1511
Pastinya akan aku berjuang bersama Sultan Mahmud menentang Portugis
Kiranya aku lahir bersama pahlawan Bentan
Pastinya akan ku menghunus senjata menentang Belanda
Kiranya aku lahir bersama pemuda Semantan
Pastinya akan aku berjuang bersama Mat Kilau di Sg. Lembing
Kiranya aku lahir di perkampungan Pasir Salak
Pastinya akan ku sahut seruan Dato Maharaja Lela menentang anjing British
Kiranya aku lahir di negeri Bayu
Pastinya akan ku pertahankan Kota Tibabar itu bersama Paduka Datu Mat Salleh
Kiranya aku lahir bersama pasukan 136
Pastinya akan aku sertai bersama mereka menentang penjajah Jepun
Kiranya aku lahir di Gubir
Pastinya aku bersama pahlawan Gubir menghapuskan gerombolan komunis
Kiranya aku dilahirkan zaman itu
Pasti akan aku bersama Dol Said,
Pasti aku bersama Tok Janggut
Pasti aku bersama Rantap
Pastinya aku bersama Abd Rahman Limbung
Aku pasti bersama pemuda-pemuda itu
Untuk membela tanah air tercinta
Demi mempertahankan maruah agama dan bangsa
Namun aku dilahirkan sekarang
Aku dilahirkan bukan di zaman mereka
Namun aku tetap berbangga dilahirkan sekarang
Kerna aku berjuang bersama pembela-pembela agama
Aku berjuang bersama pasukan penegak agama
Aku berjuang demi membebaskan manusia dari penghambaan kepada manusia
Kepada penghambaan pada Yang Maha Esa
Aku pasti bersama perjuangan mereka
Kerana itulah kemardekaan yang aku cari selama ini
Biarkan darah pemuda ini mengalir dan tertumpah bersama perjuangan ini
Bersama perjuangan menegakkan Khilafah Islam
Bersama bahtera perjuangan Parti Islam Se-Malaysia
Al-Mansur
28 Ogos 2010
Kota Kinabalu, Sabah
No comments:
Post a Comment