HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, February 21, 2012

Jalan utama kk/ranau ke sandakan/tawau runtuh..!

Berikut adalah gambar yang aku perolehi dari teman-teman FB. Jalan yang runtuh ini adalah jalan dari Ranau-Telupid. Inilah satu-satunya jalan utama untuk sampai ke Sandakan atau ke Tawau. Akibat dari rutuhan ini, pengguna jalanraya terpaksa berpatah balik ke simpang jalan ke Kota Belud-Kota Marudu-Pitas keluar ke simpang Sapi-Nangoh kalau mahu ke sandakan-tawau. Ini bermakna pengguna jalanraya terpaksa mengambil masa lebih 16jam untuk ke Tawau.

Pada aku, inilah akibatnya apabila penyelenggaran jalan raya yang teruk di Sabah. Pengguna-pengguna jalanraya sedia maklum dengan keadaan jalan raya di Sabah, malah aduan demi aduan yang dibuat seolah-olah tiada tindakan yang komprehensif dilakukan untuk mengatasi masalah kerosakan jalanraya di Sabah.




Inikah yang dikatakan kerajaan yang terbaik untuk rakyat.. Jalanraya pun tak boleh urus dengan baik, belum sebut lagi kemudahan elektrik dan air.. Jawab aku.. INI KALI LAH...

Sunday, February 19, 2012

Memang patut orang Kelantan tolak BN

Salam perjuangan..

Beberapa hari lepas DS Najib Altantuya telah mengistiharkan Sabah bukan lagi negeri termiskin. Persoalan yang aku masih tak jumpa jawapannya ialah, statistik mana yang beliau rujuk atau penasihat bongok mana yang bagitahu statistik tersebut. Rasa tepat pribahasa hanya jauhari mengenal manikam, aku malas nak tokok tambah bab Sabah negeri termiskin, tengok saja laporan/statistik dibawah:



Perdana Menteri Malaysia menyindir orang Kelantan

Namun, apa yang lebih malang ialah apabila PM sendiri menyindir Kelantan di hadapan rakyat Sabah. Aku kira kalau ada orang Kelantan pada majlis tersebut, compem dia tak mengaku orang Kelantan. Apa tidaknya, Kelantan dijadikan bahan ketawa oleh para hadirin setelah disindir oleh DS Najib. Ianya dapat dilihat semasa berita TV3 pada malamnya, seluruh Malaysia juga menyaksikan sindiran tersebut. Inilah yang dikatakan politik tak cerdik.

Clik disini untuk melihat rakaman sindiran;

Thursday, February 16, 2012

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA: SPR NAK ‘MAIN WAYANG’


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam kenyataan beliau di Sinar Harian 16/2/2012 beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal ini akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan. Contohnya sebelum dari ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada di kalangan pengundi-pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri. Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan SPR supaya jangan bersikap ‘bodoh sombong’ dan perlu belajar dengan negara-negara lain yang lebih mampu menguruskan hal-hal pilihanraya yang lebih telus dengan skala pengundi yang lebih besar.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihanraya umum nanti selain mempastikan buku daftar pemilih pengundi talah “diputihkan dan dibersihkan” sepenuhnya.

MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

16 Februari 2012

Thursday, February 9, 2012

The Princess' Man: Ketamakan punca 'Gila Meroyan' dalam mendapatkan jawatan

Salam perjuangan..

Tulisan kali ini rasanya pertama kali aku sentuh bab drama Korea.. Teragak2 juga nak post disini, maklumlah drama Korea nie biasanya jiwang-jiwang ja yang layan. Macam aku nie tak berapa minat sangat drama jiwang-jiwang nie, tapi kalau filem sinsfiksyen + epik + aksi comfirm tengok. Sebenarnya aku pun hairan jugak, bila tiba-tiba terlekat dengan drama Korea satu nie.. tajuknya 'The Princess' Man' ditayangkan di TV2 jam 5petang.


Biasalah.. kalau dah nama drama korea, bab-bab cinta lah yang jadi tajuk utama jalan ceritanya. Jadi sapa2 nak layan, layanlah.. jangan sampai terbabas macam cerita tu dah la.. yang mana baik ambik dan lakonkan semula dengan isteri anda (pasti romantik.. agaknya lah..) Sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang sipnosis cerita nie, carilah dalam google.. berlambak.

Kisah drama ini diambil dari Dinasti Chosun  (1392 – 1910) yang mempunyai elemen sejarah serta ditokok tambah dengan kisah percintaan. Drama ini memaparkan kisah salah seorang adik kepada Maharaja yang kepinginkan jawatan maharaja sehinggakan beliau sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri, menteri, para cendiakawan dan rakyat demi untuk memperolehi jawatan tersebut.

Namun kisah ini berulang pada 2012, cuma wataknya sahaja yang berbeza..


Secara ringkasnya, apabila kemaruk nak jadi MB, maka tiada lagi erti persahabatan dan kekeluargaan..

Thursday, February 2, 2012

Tangan-tangan 'asing' dibelakang kontrak UMS

Salam perjuangan..

Pendedahan dari akhbar tempatan Sabah hari ini sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun, bagi rakyat Sabah khususnya di sekitar Kota Kinabalu, sedia maklum dengan laporan muka depan akhbar berikut. Rata-rata tahu bahawa penyelewengan sering berlaku di institusi tersebut, namun semuanya diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu. Khabar angin mengatakan, ada orang tertinggi yang menguasai keseluruhan kontrak-kontrak di IPT tersebut, menyebabkan hanya kroni-kroni terpilih sahaja yang berjaya memperolehi semua kontrak disana.

 Keratan akhbar dari muka depan harianekspres

Menurut cakap-cakap mulut yang aku dengar, ada juga kontraktor yang terpaksa menunggu sehingga lebih setahun untuk mendapat semula bayaran perkhidmatan yang diberikan. Kesemua ini adalah kelemahan yang berlaku di dalam pengurusan IPT tersebut, dan kemungkinan besar adalah berpunca dari pihak 'asing' yang mencampuri urusan kewangan.

Maklumat dari Facebook yang aku perolehi:

"Individu ni jika x silap ialah Datuk xx.. bru minggu lepas sia crita dgn En. xx ttg org ni sbab ada prtubuhan dibawah individu ini mahu menjalankan program brsama MPP..beliau merupakan seorang Pengarah Urusan Asli xx..skang... klu kmu cuba buka web syarikat ni, ia telah digantung..apapun biarkan pihak brwajib mbuat siasatan sehingga selesai..sememangnya isu pecah amanah bkn isu bru di UMS..sblum ni ada tuduhan tp x bukti kukuh..kita merasakan ini suatu yg x sihat buat UMS dari segi imej"-xx-


Kita semestinya sedia maklum, siapa pihak 'asing' yang dimaksudkan itu..?

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD