HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, November 30, 2008

Siri Perjalanan Dakwah

salam perjuangan..
pada post kali ini S.A amat tertarik dengan penulisan salah seorang teman S.A yang juga aktif di dalam blog. Boleh lihat blog beliau di http://puncakduagunung.blogspot.com/ tulisan beliau S.A paparkan buat renungan semua. Terima kasih PuncakDuaGunung..

UKHAWAH: Berkorban atau TERKORBAN???


salam...

Di kesempatan yg terluang di dalam kesempitan ruang waktu sedia ada ini adalah lebih andainya dapat dimanfaatkan dengan sedikit coretan di sini...

Hm...setelah sekian lama memerhati dan terus menekuni perkembangan keadaan sekeliling tergerak pula hati kecil ini untuk meluahkan rasa berkongsi bicara.

Sebaik kita melangkah ke alam haraki mahu tidak mahu kita sering kali berdepan dengan situasi yg menghimpit dan pilihan yg menjepit...semuanya berlegar dibawah payung satu kalimah iaitu UKHUWAH...

Sedar atau tidak sebenarnya atas nama UKHUWAH itulah ramai dikalangan pendokong perjuangan ini berada di dalam dilema...Memang benar lg diakui bhw UKHUWAH tidak mungkin subur tanpa pengorbanan drpd ahli. masakan manisnya persahabatan dan tautan hati dpt dirasa tanpa pengorbanan yg cukup kuat utk shbt2.

Tetapi benarkah atas nama UKHUWAH itu td segalanya perlu di korbankan??? sehingga akhirnya si pengorban td turut terkorban???? Mungkin kita tidak sedar, terlepas pandang atau sebenarnya sengaja mengambil kesempatan dengan melakukan PENYELEWENGAN terhadap ukhuwah....

Ramai dikalangan kita hari ini sebenarnya telah tega untuk mengorbankan kebaikan sahabat kita demi kepentingan diri sendiri dan kita BERANI pula menamakannya atas nama UKHUWAH sejati. Mari kita renungkan..

Kadangkala di dalam sesuatu urusan realitinya kita mampu menyelesaikannya sendiri tanpa perlu mengharapkan pertolongan org lain tetapi demi kepentingan sendiri (mahu cepat, mahu mudah, mahu senang) maka kita pun tanpa segan silu meminta pertolongan drpd sahabat kita atas nama UKHUWAH.

Lazimnya permohonan kita itu td akan ditunaikan oleh shbt itu dengan senang hati wpun mungkin ada beberapa kepentingannya perlu dikorbankan atau ditangguhkan seketika. TETAPI biasa jg terjadi apabila kita melihat efisyennya shbt itu td maka kita pun yg pada asalnya ingin meminta 1 shj pertolongan telah pun mengupdate lg permohonan kita sedangkan hakikatnya kita MAMPU menyelesaikan segalanya sendiri!!!

Maka kebingungan lah shbt itu td mana yg harus di dahulukan antra kepentingan diri atau permohonan kita...tetapi atas nama UKHUWAH itulah sekali lg shbt itu tetap mendahulukan kita dan berkorban sekali lg....

Mungkin kita melihat itu perkara kecil shj bukan..tetapi adakah situasi td hanya berlaku SEKALI shj??? TIDAK cuba bayangkan jika hal ini berulang puluhan kali bahkan mungkin sehingga ratusan kali!!!....Inikah sebenarnya tuntutan drpd kalimah UKHUWAH itu????Kita mungkin bijak berhujah bhw dgn pengorbanan shbt itu td ALLAH pasti akan memudahkan lebih byk urusannya... BENAR dan tetaplah BENAR! Tetapi mengapakah kita sendiri tidak mahu mengamalkannya??? Bukankah jika kita meringankan dan memudahkan saudara kita maka urusan kita juga akan dipermudahkan ALLAH???

Itulah hakikatnya! kita sebenarnya yg terlalu dambakan kemudahan dan kesenangan di dalam semua urusan perjuangan hidup ini sehingga kita sanggup menjerat shbt td dengan slogan UKHUWAH!!! Mari kita bayangkan alangkah BESARNYA dosa kita sekiranya disebabkan penyelewangan ukhuwah yg kita amalkan yg akhirnya menyebabkan shbt yg begitu baik td TERKORBAN (istilahnya gugur) dr medan dakwah ini???

Justeru seruan saya kepada dr ini dan shbt2 diluar sana terutamanya yg msh di alam kampus (yg sama-sama susah/tidak berduit) agar mengambil tindakan berikut:

1. Marilah beramal dgn kata-kata hukamak ini "Mukmin yg hebat itu ialah mukmin yg mampu membebaskan dirinya drpd bergantung dgn org lain". Jangan kita begitu mudah dan cepat meminta pertolongan tanpa mencuba berusaha untuk menyelesaikan segalanya sendiri terlebih dahulu. Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh menggunakan shbt atau menyusahkan shbt tetapi kadang kala dan sekali sekala memadailah dan tolonglah jangn berlebih-lebihan!!!

2. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dpd kata-kata ini " Org yg bijak sesekali tidak akan menambah beban di atas pundaknya sekiranya ia tahu bahawa tidak mungkin lg ia untuk memikulnya". Marilah kita mulai SAAT ini berani untuk berkata TIDAK di atas segala sesuatu yg berada diluar kemampuan kita. Kerana budaya malu untuk menyatakan yg HAK bahawa sebenarnya kita TIDAK dpt membantulah yg menjadi punca utama ramai pejuang menjadi kotor hatinya krn kerap menunaikan sesuatu amanah yg diberi tanpa rasa ikhlas dan jujur(sambil merungut, mengungkit dan membebel) ...

Yg PENTING sekiranya ada sedikit kemampuan maka bantulah saudara kita yg memerlukan krn pertolongan ke atas mukmin yg lain amat besar nilainya di sisi ALLAH dan sekiranya tidak mampu maka KATAKANLAH TIDAK!!!


wuzere: Puncak Dua Gunung nie ada geng blog sendiri.. antaranya bayu gunung blog, salju gunung blog, suara gunung blog dan denai gunung blog. ;)

Friday, November 28, 2008

CONCERN-Gabungan NGO-NGO Islam Sabah

Menyuarat Gabungan NGO Islam Sabah diadakan di Wisma USIA

Semalam telah diadakan mesyuarat postmorterm program bersama 'Yusuf Estes'. Untuk maklumat program, boleh rujuk http://abunuha.wordpress.com/2008/11/11/sheikh-yusuf-estes-di-sabah/. S.A juga berkesempatan mengikuti program tersebut, yang mana telah dihadiri oleh orang ramai hampir 1500 orang. Antara berita gembira yang dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut adalah, seorang wanita kadazan dari Beufort telah memeluk Islam setelah mendengar ceramah dari Sheikh Yusuf Estes. Allahuakbar..

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak merupakan satu kerjasama pertama pihak Concern. Untuk makluman Concern merupakan gabungan NGO-NGO Islam di Sabah, yang terdiri dari USIA, ABIM, Yayasan Amal Malaysia, WADAH, SAHABAT, JIM, Masjid Negeri, Masjid Bandaraya, PUM, Persatuan Siswazah Sabah dan lain-lain lagi.

Diakhir menyuarat, satu ketetapan untuk di adakan satu bengkel bagi menubuhkan Concern sebagai satu pertubuhan yang sah telah dibuat. InsyaAllah ianya akan berlangsung pada 20 dan 21 hb Disember ini. Semoga dengan gabunagn ini akan dapat memantapkan lagi usaha dakwah di bumi Sabah.

wuzere: Tanggungjawab dakwah di pikul oleh setiap individu muslim...

Wednesday, November 26, 2008

Menyiut


Menyiut dalam bahasa Bajau, manakala kebanyakan orang Sabah memanggil menyadak. Itulah antara aktiviti orang-orang tempatan di salah sebuah kampung di Tuaran. Bersama ini S.A sertakan gambar pekerjaan tersebut yang sempat S.A rakamkan. Sekiranya dilihat, ianya sama seperti di Terengganu, cuma disini ianya dilakukan di sungai.



wuzere: dulu masa zaman kanak-kanak, pernah juga buat kerja-kerja macam nie.. memukat, pasang taut. pasang bubu belut, menimba dan macam-macam lagi.. lupa dah nama-nama istilah di kampung.

Saturday, November 22, 2008

Program Jelajah Qoarban

Program Jelajah Qorban AMAL Negeri Sabah 2008
(Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H)

Anjuran : Yayasan AMAL Pusat & AMAL Cawangan Sabah
Tarikh :
4hb - 6hb Disember 2008 - Kg. Lobou, Kg.Kionsom, Kota Kinabalu
6hb - 8 Disember 2008 - Kg. Luanti Baru, Ranau.
6hb - 10hb Disember 2008 - Kg. Nunuk Ragang, Ranau.
10hb - 13hb Disember 2008 - Daerah Pitas.
Aktiviti :
1. Jelajah ziarah masyarakat muallaf dan non muslim pendalaman sabah.
2. Program Keluarga angkat bersama masyarakat kampung.
3. Qorban lembu dan agihan sumbangan kepada masyarakat pendalaman.
4. Majlis solat sunat aidiladha bersama masyarakat pendalaman.
5. Teknik dakwah kreatif dengan aktiviti yang menarik.
6. Belajar bahasa masyarakat setempat.

Kepada yang berminat untuk sertai program jelajah ini boleh terus berhubung dengan urusetia :
013 - 530 5244 (Saifudin)
019 - 510 2454 (Fawwaz)
088 - 389 515 (Pej./Fax)

Kami juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari sesiapa yang sudi menyumbang untuk menjayakan jelajah pada kali ini. Kewangan diperlukan terutama untuk pembiayaan sewa kenderaan selama 9 hari. Sumbangan boleh dimasukan ke Akaun:

BIMB (10016010054313)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.
Sila maklumkan pada urusetia sekiranya sumbangan dimasukkan.

Segala sumbangan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, November 21, 2008

Serangan bertalu-talu

Bom-bom BN/UMNO yang dah berkarat masih digunakan

Salam perjuangan..!

Jentera media maya perlu dipertingkatkan dan sentiasa dikemaskini dalam menghadapi serangan pusingan kedua kerajaan BN terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Pada pusingan pertama dahulu, Kedah diserang dengan isu menaiki kapal terbang prbibadi, Perak diserang dengan isu-isu kedaulatan melayu, Selangor isu Babi, Pulau Pinang S.A tak ingat.. sory.

Tetapi serangan kedua ini dilihat lebih menyengat.. biasa lah TV3 dan RTM menjadi pelapor media BN. Umpama kata Hj Mohd Sabu, kalau tv tu harga RM 0.20, pasti dah banyak tv yang pecah. Sekiranya dilihat, serangan kedua ini.. Perak diserang dengan isu ISA dan pengikisan kepercayaan terhadap MB. Kedah bermula dengan isu kuota 50%, batahan dari Kawasan2 dan isu BABI. Pulau Pinang isu Bahasa Jalan (pada S.A nak taruk bahasa apa pun tak apa, yang penting Bahasa Malaysia mesti diutamakan..) Selangor S.A tak pasti..

Walau apa pun serangan yang dibuat.. bersedia media MAYA, rakyat akan mencari maklumat dari media alternatif. Tugas kita, sebar-sebarkan segala media alternatif kepada masyarakat.

wuzere: 3 media maya utama: Harakahdaily, Tranungkite dan Malaysiakini..

Tuesday, November 18, 2008

Mengenali PASTI di Sabah

Konvensyen PASTI Pantai Barat (Kota Kinabalu) baru-baru ini
Salam Perjuangan..!

Kepada pejuang-pejuang PASTI di Sabah S.A ucapkan TAHNIAH atas kejayaan kalian menguruskan PASTI. S.A memahami bahawa bukan mudah untuk menguruskan PASTI. Pelbagai dugaan dan bebanan yang perlu ditanggung oleh para Da'ei, malah ada ketikanya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dari poket sendiri untuk menguruskan PASTI. Walaupun S.A tidak terlibat secara langsung di dalam PASTI, tetapi penangan tetap terasa. Tahniah sekali lagi dari S.A untuk PASTI Sabah.

Tentang PASTI nie sebenarnya ada juga kisah yang S.A dapat kongsikan di dalam blog nie.. pernah salah seorang sahabat S.A pernah memberitahu S.A tentang perihal Ketua Pemuda PAS Sabah, sape lagi kalau bukan Utz Anuar.

Dia kata pada S.A "Ana nie paling takut kalau keluar dengan Utz Anuar.. bukan apa, kalau pergi mana-mana ucapan yang lahir dari mulut dia, tempat nie bagus untuk ditubuhkan PASTI.. nta fikirkan untuk tubuh PASTI disini. Sebab tu ana takut nak keluar dengan Utz Anuar, pantang jumpa tempat.. disuruhnya kita fikirkan untuk tubuhkan PASTI".

Itulah dialog sahabat S.A.. sekarang beliau dah pun balik Semenanjung. Apapun begitulah cekalnya usaha Utz Anuar dalam menekankan peri pentingnya penubuhan PASTI dan menambah bilangan PASTI. Semoga PASTI Sabah terus mengorak langkah. Setakat ini S.A hanya dapat mencari 3 blog PASTI Sabah untuk tatapan para pengunjung blog S.A. Juga boleh lihat video di http://www.youtube.com/user/pastikotakinabalu.














wuzere: PASTI... jihad yang perlu dilaksanakan..

Monday, November 17, 2008

JAKIM Sabah: Penganjuran Karnival Dakwah Berjaya!

Salam Perjuangan!

Rasanya terlalu banyak yang ingin S.A lampirkan di dalam blog, cuba bimbang para tetamu merasa jemu dengan berita yang cuba disampaikan. Maklumlah, cara penulisan pun asalkan boleh je. Tapi, itulah cara S.A ingin sampaikan, motto blog islamreturn ialah ’santai, ringkas dan bermanfaat’.


Majlis Khatam Al-Quran Para Pelajar KAFA
Baru sebentar tadi S.A sempat melawat Karnival Dakwah, Anjuran JAKIM Sabah yang berlangsung di One Borneo. Untuk maklumat lanjut tentang program tersebut boleh rujuk blog sahabat S.A di http://hijazi-alislami.blogspot.com/. Namun apa yang membanggakan S.A, malah mungkin juga pada para pendakwah, adalah Izzah Islami yang ditonjolkan di dalam Program Karnival Dakwah pada kali ini. S.A berasa puas, bukan kerana dapat hadir ke program, tetapi kekuatan para pendakwah dapat ditonjolkan di Karnival kali. Sekurang-kurangnya masyarakat bukan Islam menyedari akan kehadiran para Da’ei dan mereka dapat bertemu muka, Maha Suci Allah yang mempertemukan hati-hati manusia.

Berikut adalah beberapa gambar yang dapat S.A rakamkan untuk dikongsikan bersama.


Tetamu yang hadir semasa majlis Perasmian Penutupan oleh Tuan Yang Di Pertua Sabah
Kehadiran pengunjung ke ruang pameran.
Kelihatan TYT dan Dato' Zahid Hamidi di Ruang Pameran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
Ruang Pameran Yayasan Amal bersama ABIM dan Wadah
S.A bersama dengan seorang petugas Yayasan Amal Malaysia
(boleh lihat blog beliau di http://bayugunung.blogspot.com/)

Wassalam..
Wuzere: Dakwah berjalan hingga kiamat menjemput tiba....

Sunday, November 16, 2008

Bersama Azhan Atan


Pemenang Anugerah Akademi Nasyid, Saudara Azhan Atan telah bersama-sama memeriahkan program Majlis Silaturrahim dan Muhasabah Amal anjuran Yayasan Amal Malaysia. Program yang julung-julung kali ini diadakan di Shah Alam pada 15 Nov 2008. Majlis ini dihadiri oleh para pendakwah dari seluruh negara termasuk wakil dari Sabah dan Serawak. Macam biasa S.A mewakili Sabah, terima kasih kepada YAM yang men'sponser' tiket penerbangan.
Program yang dirasmikan oleh Tn. Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Saudara Azhan Atan yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Pulai. Beliau juga seorang anggota Unit Amal Johor.

Ucapan Tn. Haji Hussein Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Sesi soal jawab dan ramah mesra
Program yang berakhir sebelah petang ini telah memberi banyak manfaat kepada petugas-petugas amal seluruh negara. Selain daripada meraikan para petugas, ianya juga tempat bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.

wuzere: terasa seolah-olah kerdil di celah-celah petugas yang berjuang sepenuh masa dalam aktiviti dakwah.

Thursday, November 13, 2008

Hassan Al Banna: Potret yang membawa seribu makna.

Salam Perjuangan!

Imam Hassan Al-Banna telah kita kenali tentang sejarah perjuangan beliau. Malah ketokohan beliau menyalakan api perjuangan anak-anak muda sehingga kini. Sekiranya kita cuba merenungi mata beliau, pastinya kita akan terasa akan sesuatu yang beliau harapkan kepada kita. S.A mengabadikan potret beliau di dalam blog ini.

wuzere: dari mata akan jatuh ke hati..

Siri Perbandingan Agama


Kisah Mariam

Kisah Mariam dapat dilihat di dalam Al-Quran, bahkan kita juga sekian maklum tentang kisah Mariam ibu Nabi Isa. Untuk siri perbandingan agama kali ini S.A kemukakan hujah Bible dan AlQuran tentang kisah Maryam, dimana di dalam Bible ia di gelar Maria.

Kisah Mariam di dalam Bible

Lukas 1:28 Ketika malaikat itu masuk ke rumah Maria, ia berkata: "Salam, hai engkau yang dikaruniai, Tuhan menyertai engkau."

Lukas 1:29 Maria terkejut mendengar perkataan itu, lalu bertanya di dalam hatinya, apakah arti salam itu.

Lukas 1:30 Kata malaikat itu kepadanya: "Jangan takut, hai Maria, sebab engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah.

Lukas 1:31 Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus.

Lukas 1:29 Kata Maria kepada malaikat itu: "Bagaimana hal itu mungkin terjadi, karena aku belum bersuami?"

Lukas 1:35 Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah.

Kisah Mariam di dalam Al-Quran

Aal-e-Imran 3:45 (Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Aal-e-Imran 3:47 mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman; Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.

At-Tahrim 66:12 Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.

Aal-e-Imran 3:59 Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.

wuzere: Keindahan bahasa Allah jelas kelihatan di dalam kisah yang dinukil kan di dalam Al-Quran..

Wednesday, November 12, 2008

ISA: Tahniah Kerajaan Negeri Perak

Pada pendapat S.A sudah sampai masanya untuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersatu dan senada dalam menunjukan bantahan terhadap penyalahgunaan Akta ISA. Apabila kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa keluarga mangsa ISA sebagai sebahagian dari penerima bantuan kebajikan, maka belang UMNO yang sebenar dapat dilihat. UMNO dan ISA tidak dapat dipisahkan.. umpama isi dengan kuku. Mungkin kalau ISA mansuh maka UMNO pun akan pupus.

S.A berpendapat kerajaan negeri Pakatan Rakyat perlu mempunyai pendirian yang tegas di dalam isu ini. Selain dari itu, Kerajaan Negeri PR juga perlu mempunyai perbincangan secara kolektif dalam isu-isu seperti ini. Ini adalah bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri PR mempunyai kesatuan dan senada dalam menyatakan pendirian. InsyaAllah momentum terhadap isu ini pasti akan dapat dibuktikan pada bulan MAC nanti (rujuk: http://www.tvpas.com/material.php?id=6560&cat=berita ).

wuzere: Ada dikalangan isteri mangsa ISA di Sabah yang terpaksa bekerja di Pub bagi menyara keluarga..

Tuesday, November 11, 2008

Mari Berkenalan dengan Freemason di Sabah


Rasanya ramai dikalangan kita sudah pun mengenali tentang apa itu freemason. rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pergerakan_Freemasonry. Malah di dalam majalah Mastika suatu ketika dahulu pun sudah memaparkan latarbelakang freemason dan gerak kerja mereka di Malaysia. Malah tranungkite juga seringkali memaparkan artikel-artikel dan pandangan mengenai gerakan freemason khususnya di Malaysia.

Pendedahan yang ingin S.A berkongsi ini, khusus akan menumpukan gerakkerja freemason di Sabah. Umumnya di Malaysia freemason bergerak diatas pertubuhan yang bernama 'District Grand Lodge Of Middle East'. rujuk: http://dglme.org/. Pertubuhan ini juga bergerak di atas nama kebajikan antaranya 'Lion Club' dan 'Rotery Club'. Contohnya pada 15 November ini akan diadakan Program kesedaran AIDS, seperti gambar yang S.A sertakan.

Bulatan yang menunjukan 'Region 5 District 308A2' mempunyai maksud tersendiri yang hanya mungkin difahami oleh ahli mereka. Namun sedikit sebanyak kita dapat melihat maksudnya di: http://www.lions308b1.org/download/MD_C_BL.pdf. Pusat pergerakan freemason di Sabah boleh ditemui di Karamunsing. Jelas dapat dilihat lambang freemason di bahagian hadapan pintu pagar mereka. Lihat gambar di bawah.
Gerakkerja berteraskan kebajikan ini membuatkan umat Islam turut sama terlibat. Malah ada diantaranya berstatus Hajjah. rujuk: http://www.sabah.org.my/lionstgaru/
Pendedahan demi pendedahan akan terus dibuat. Semoga umat Islam sentiasa berhati-hati dengan perancangan Yahudi untuk merosakan umat Islam.

wuzere: kalau difikirkan.. memang kerja Yahudi untuk menyesatkan umat Islam, tetapi apakah kerja kita sebagai Umat Islam? Mungkin jawapan kita.. 'Kerja-Anak-Isteri-Makan-Tidur'.

Monday, November 10, 2008

16 Sept: Kenapa Perlu Kecewa..


salam perjuangan..


Dalam membicarakan soal politik, jangan sesekali kita menghadkan daya pemikiran dan ketahanan kita.. seperti juga dalam suasana perang, sekiranya Janeral Perang kata esok kita akan tawan Negeri XX.. maka bukanlah bermakna esok adalah harinya. Lihat juga bagaimana serangan 'MENTAL' yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w dalam usaha menawan 'kota constanapel'. Setelah hadith belalu hampir seabad barulah kota tersebut dapat dibuka. Inilah politik!

16 Sept hanya satu tarikh.. bukannya PENAMAT. Kita perlu tahu bahawa dunia politik ada pasang surutnya.. ketika pasang, memang kita lihat seperti dah nak menang.. tapi tiba2 boleh surut. Itulah dunia politik.. terlalu subjektif daripada objektif tetapi memerlukan objektif. Maka, untuk mencapai objektif pelbagai jalan perlu dinilai, dikaji dan dilaksana semula.. kalau jalan A (objektif A) tak berjaya bukanlah bermakna CITA-CITA BERKECAI.. Hanya orang yang lemah mental dan semangatnya sahaja yang memiliki CITA-CITA BERKECAI. Maka yang demikian memerlukan jalan B (objektif B) dan begitulah seterusnya..
wuzere: Lihat bagaimana Optimisnya Tn. Guru Nik Aziz dalam isu 16 Sept..

Sunday, November 9, 2008

Siri Memori Kehidupan

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang

Kampung halaman sememangnya menyimpan seribu kenangan bahkan sejuta kenangan yang menggamit memori suka duka bermulanya sebuah kehidupan. Sesekali apabila S.A kembali ke kampung halaman, akan terasa asing keadaan sekeliling.. yang dulu rasanya biasa, tetapi sekarang terasa keindahan dan ketenangan apabila merenunginya. Mana tidaknya.. sejak tingkatan 3 lagi S.A telah mula keluar dari daerah Tg.Piandang. Sejak dari itu semakin jauh dan jauh S.A meningggalkan kampung halaman.. bermula di Bgn.Serai kemudian ke Kuala Lumpur, kemudian ke Bt.Pahat dan kini merantau ke bumi Sabah. Sudah hampir 19 tahun rupanya S.A merantau ditempat orang.. terasa begitu lama malah kerinduan ke kampung halaman semakin terasa hari demi hari...

keseronokan berkubang
Bermandi-manda menjadi rutin harian.. (mandi atau istilah orang utara 'berkubang')
Sekolah mengajar erti kehidupan
Keindahan sawah menggamit hati untuk kembali menabur bakti.
wuzere: perkembangan politik boleh layari link ini http://paritbuntar.pas.org.my/

Bengkel IT (Perbincangan Blogger Sabah)


9 Novembar bertempat di Pejabat DPPNS telah diadakan Bengkel IT yang dikendalikan olah Sdr Hanafiah dari Terengganu. Pelbagai pandangan dan sumbang saran diperbincangkan dalam mencari penyelesaian bagi memajukan 'media maya' di Sabah. Antara blogger yang turut sama dalam bengkel ini adalah:-


wuzere:..

Siri Memori Kehidupan

Pudu Raya dalam Kenangan



Pudu, telah menjadi sinonim dengan kebanyakan warga kota serta para musafir yang berkelana. Tidak kiralah bermusafir atas tujuan apa.. Pudu Raya juga telah menjadi saksi bahawa kaki-kaki para Pejuang Agama pernah bertapak disini demi meneruskan musafir di Jalan Allah. S.A sendiri tidak terlepas peluang pernah menjadi tetamu di Pudu Raya satu ketika dahulu. Kalau setakat tidur di atas 'kerusi tunggu bas' dah menjadi kebiasaan pada waktu tu.. (dengan bunyi bising bas dan teksi serta kepanasan yang memeritkan). Namun Pudu Raya kini sudah jauh berbeza.. bak kata pepatah iklan "Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju.." Mungkin setelah ramai pemerhati dan tidak kurang juga ahli Politik memberi komentar tentang kedaifan Pudu Raya suatu ketika dahulu, menjadikan kerajaan turut memberi perhatian untuk menaiktaraf semula Pudu Raya.



Surau Pudu, kini juga telah selesa untuk para musafir berkelana berhenti melepaskan lelah bagi mengadap Yang Maha Esa. Rasanya dulu kalau S.A nak tumpang tidur disini akan terasa ketidakselesaannya.. mana tidaknya, dengan bau yang harum semerbak ditambahkan lagi dengan keadaan sekeliling yang tidak sempurna (bagi yang pernah tidur kat kaki lima surau ini, pasti ada cerita tersendiri..). S.A juga pernah kehilangan kasut semasa bersolat disini, sehingga terpaksa menapak dengan seliper surau yang telah dipotong sekerat untuk berjalan ke Petaling Street bagi mendapatkan kasut baru (ishh... rasa macam peminta sedekah pulak masa tu..). Kini rasanya telah berubah.. ambil wuduk pun dah tak seperti dulu. Nak tumpang tidur kat kaki lima pun, tengok-tengok dah selesa.. itulah indahnya ISLAM.. rumah ibadat bukan sekadar tempat mengadap Yang Maha Esa.. bahkan menjadi tempat melepaskan lelah para pejuang untuk mengumpul semula kekuatan.
Sekiranya ada sahabat2 yang ingin berkongsi cerita di Pudu nie.. boleh lah postkan ke dalam ruangan komen..

wuzhere: Pudu Raya menceritakan kisah-kisah Rakyat Marhean..

Pemikiran Kreatif


Salam Perjuangan!
Pada tarikh 3 hingga 6 November 2008, bertempat di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, S.A telah berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pemikiran Kreatif. Pengisian di dalam kursus ini sememangnya amat bermanfaat, khususnya di dalam kita membuat keputusan serta merancang sesuatu perancangan. Berikut adalah antara tajuk-tajuk yang dibentangkan di dalam kursus ini:-


Sesi 1: Asas Kemahiran Berfikir
Sesi 2: Gaya Berfikir
Sesi 3: Pemikiran Kreatif
Sesi 4: Elemen Percambahan Daya Fikir Kreatif
Sesi 5: Petua-petua Ke Arah Pemikiran Kreatif
Sesi 6: Berfikir Kreatif Secara Berkumpulan


Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk perjuangan..
wuzhere:Pemikiran akan berakhir setelah roh kembali kepada Pencipta.

Saturday, November 1, 2008

Siri Perjalanan Dakwah


Jambori Amal Kebangsaan


Dimana Bumi Dipijak Disitu Dakwah Dijunjung


Esok, genaplah 3 tahun 9 bulan berada di bumi Sabah. Siri pertama ini sengaja dimuatkan perjalanan dakwah di bumi Sabah sepanjang berada disini. Moga-moga ianya menjadi memori yang bakal ditayangkan semula suatu masa kelak sebagai amal kebajikan.







UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD