Pemenang Anugerah Akademi Nasyid, Saudara Azhan Atan telah bersama-sama memeriahkan program Majlis Silaturrahim dan Muhasabah Amal anjuran Yayasan Amal Malaysia. Program yang julung-julung kali ini diadakan di Shah Alam pada 15 Nov 2008. Majlis ini dihadiri oleh para pendakwah dari seluruh negara termasuk wakil dari Sabah dan Serawak. Macam biasa S.A mewakili Sabah, terima kasih kepada YAM yang men'sponser' tiket penerbangan.
Program yang dirasmikan oleh Tn. Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Saudara Azhan Atan yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Pulai. Beliau juga seorang anggota Unit Amal Johor.
Ucapan Tn. Haji Hussein Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Sesi soal jawab dan ramah mesra
Program yang berakhir sebelah petang ini telah memberi banyak manfaat kepada petugas-petugas amal seluruh negara. Selain daripada meraikan para petugas, ianya juga tempat bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.
wuzere: terasa seolah-olah kerdil di celah-celah petugas yang berjuang sepenuh masa dalam aktiviti dakwah.
No comments:
Post a Comment