
Sebenarnya telah lama penulis ingin mewujudkan ruangan ini, Buku Pilihan adalah ruangan yang ingin penulis manfaatkan bersama pembaca diluar sana. Kesukaan penulis terhadap bahan bacaan bermula sejak penulis bersekolah rendah lagi. Bahan bacaan yang menarik perhatian penulis pada ketika itu ialah bahan berkaitan kisah 'sejarah' dan 'sains fiksyen'. Pernah satu ketika, Allahyarham ayahanda pernah membawa penulis ke salah sebuah kedai buku untuk membeli buku-buku latihan sekolah. Namun ada sebuah buku yang menarik perhatian penulis. Tajuk buku tersebut masih penulis ingat, iaitu 'Jejak Membara'. Buku yang diluarnya memaparkan gambar seorang tentera Jepun bersama pedang samurai itu telah membuatkan penulis sangat minat untuk memilikinya. Akhirnya atas keperihatian ayahanda penulis, beliau membelikan buku tersebut yang berharga RM28 (kalau tak salah). Buku tersebut mengisahkan perjuangan hidup sebuah keluarga di Singapura yang hidup di zaman penjajahan Jepun.
Seperti juga sahabat-sahabat yang lain, sehingga sekarang kedai buku merupakan 'pot panas' yang menjadi pantang pada penulis. Pantang jumpa! Tak kiralah dalam poket ada duit atau tidak pasti akan penulis singgah walaupun sekejab. Semasa di Batu Pahat dahulu, sebuah kedai buku terkenal di bandar Batu Pahat sering menjadi tempat penulis menghabiskan masa untuk mencari buku-buku yang menarik. Toko Bajrai kalau tak salah nama kedai tersebut. Oleh kerana sering kesana, pekerja kedai tersebut pun dah kenal dan pasti akan beri diskaun pada setiap buku yang penulis beli. Masih ingat lagi pesanan naqib pertama penulis. Beliau berpesan, sekiranya memperolehi duit biasiswa, pastikan RM50 diperuntukkan untuk membeli buku atau bahan bacaan bermanfaat. InsyaAllah, sehingga sekarang penulis akan sentiasa meyampaikan pesanan tersebut kepada anak usrah.
Buku Pilihan: Pesanan dan Peringatan

- Adakah setiap muslim wajib melalui jalan dakwah yang sedang anda (IM) lalui?
- Adakah setiap muslim wajib bekerja menegakkan negara Islam?
- Adakah usaha-usaha tersebut mesti dilakukan dengan berjamah?
- Mengapa Negara Islam tidak dapat ditegakkan oleh Jamaah Ikhwan, walaupun masa yang berlalu sudah lebih dari setengah kurun?
- Adakah Ikhwan boleh menegakkan daulah Islamiah sedangkan musuh-musuh Allah sentiasa memukul dan meruntuhkan apa yang dibina sejak dari awal lagi?
- Adakah Ikhwan bertopengkan agama dan disebaliknya mereka mempunyai tujuan-tujuan duniawi?
1 comment:
Assalamualaikum saudara seIslam.:)
Saya ingin bertanya berkenaan 4 syarat sebagai ciri-ciri jemaah Islam, yang disebutkan oleh Al-Marhum Syeikh Mustafa Masyhur.
Diharapkan boleh berkongsi 4 ciri ini.
Sekian.
Post a Comment