HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, February 28, 2009

Buli Sekolah vs Buli Profesinal


Kes buli disekolah bukanlah isu baru, malah telah banyak kali di siarkan. Pelajar sinior membuli pelajar junior bukan lagi pelik terutamanya di sekolah-sekolah berasrama, malah ianya kadangkala dianggap sebagai satu tradisi. Sebentar tadi TV3 melalui Blutein Utama menayangkan satu kes yang berlaku di Sarawak yang melibatkan kes buli di sekolah. Penulis tidak berhajat untuk menulis atau memberi cadangan penyelesaian kepada isu ini, kerana pada penulis ramai lagi tokoh-tokoh akademik, kaunseling malah pakar-pakar motivasi telah menerbitkan pelbagai makalah dan buku ilmiah sebagai penyelesaian kepada isu ini.

Apa yang penulis ingin perkatakan hanyalah. Salah siapa..? Disini penulis cuba untuk mempertontonkan beberapa kes 'buli' peringkat profesional.

1. Merampas wang royalti dari Kerajaan Terengganu.
2. Memukul rakyat yang menghadiri ceramah dan demontrasi aman.
3. Merampas, menyekat dan menghalang maklumat alternatif sampai kepada rakyat.
4. Kes-kes kematian suspek di dalam lokap.
5. Menahan tanpa bicara (ISA).
6. Menukarkan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang.
7. Merampas kerajaan negeri Perak secara haram.
8. Mengugut pengundi.

Itu hanya segelintir kerja-kerja buli peringkat profesional yang dilakukan oleh golongan-golongan yang menganggap diri mereka elite. Oleh itu, penulis ingin bertanyakan kepada para pembaca diluar sana, siapakah sebenarnya yang mengajar pelajar-pelajar kita disekolah untuk membuli?

wuzere: bapak borek anak rintek..

Wednesday, February 25, 2009

Sumbangan diperlukan

Sehubungan dengan Jambori Amal Negeri Sabah kali ke3 yang akan diadakan pada 20-22 Mac dan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah pada 1-3 Mei nanti. Pihak DPPN Sabah mengalu-alukan sumbangan dana kewangan dan juga beras untuk menjayakan kedua-dua program tersebut.

Jambori beserta khidmat masyarakat akan di adakan di sebuah kampung pendalaman di Sook, Daerah Pensiangan.

Juga kepada sesiapa yang ingin melaksanakan Aqiqah (RM380.00/bahagian), pihak DPPN Sabah amat mengalu-alukan. Lembu tersebut akan disembelih di kedua-dua program di atas.

Sumbangan boleh dimasukan ke akaun : 162263156276 (maybank) atas nama Muhammad Ruslan Azahari atau boleh terus menghubungi saudara Yusri: 013-8502097 atau saudara Saifuddin: 013-5305244.

Unit Penerangan
Pemuda PAS Pantai Barat

rujuk: http://pasabah.wordpress.com/2009/02/26/sumbangan-anda-diperlukan/


Monday, February 23, 2009

Membina Kota Khilafah Islamiyyah

Pengenalan

Memikirkan pembentukan khilafah Islamiyyah membuatkan terbuntu seketika kotak idea. Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana meletakkan diri ini dan keluarga di dalam jalan-jalan pembinaan khilafah. Sebetulnya bukan teori, tetapi pandangan ringkas penulis terhadap situasi ummah umumnya di bumi Malaysia.

Tajuk ini sebenarnya amat berat, bukan peringkat penulis untuk menulis tajuk ini. Namun biarlah tulisan ini menjadi tatapan anak-anak dan generasi akan datang bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh mereka itu pernah berada di jalan pembinaan kota khilafah Islam.

Khilafah dan realiti semasa

Keberadaan kita pada zaman ini telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Kepahitan melihat maksiat dan kemungkaran yang berlaku didepan mata membuatkan hati orang-orang beriman pedih dan pilu. Lorong-lorong dan ranjau dakwah masih panjang dan tiada penghujungnya. Ianya amat berat untuk ditanggung oleh insan yang lemah semangat dan kurang kebergantungan pada Allah. Rasa seperti tiada penghujung untuk menamatkan semua ini, ditambah lagi dengan kelemahan diri yang merencatkan perjalanan ini. Allahuakbar!!

Kebangkitan Khilafah Islam dan pertembungan.

Islam dan kufur menjadi pilihan kepada manusia diluar sana. Islam bukan sahaja berhadapan dengan kufur, tetapi juga berhadapan dengan munafik, jahili. Malah bukan sahaja kufur, munafik dan jahili terpaksa Islam berhadapan, tetapi Islam turut berhadapan sesama sendiri dalam menyatakan siapa yang paling betul (masalah sesama jamaah islam, pertembungan antara jamaah islam, pertembungan salaf dan khalaf). Entah bila akan tamat..

Pertubuhan@Jamaah Islam merintis pembentukan Khilafah Islam.

Dimana sahaja kita berada, kesatuan ummah merupakan asas dalam perjuangan. Masakan boleh berjuang bersendirian tanpa mengharapkan ikatan ukhwah islamiyyah yang semestinya berada di dalam jamaah islam. Kerna itulah antara didikan tarbiah yang diterima ialah imtima' dengan mana-mana pertubuhan@jamaah islam walau dimana pun berada. Keyakinan penulis amat bulat dan padu bahawa jamaah Islam lah yang akan membawa kepada pembinaan kota khilafah islam, InsyaAllah.

tulisan akan bersambung...

Saturday, February 21, 2009

UMNO memperkudakan Sultan Perak


Apa yang berlaku kini, merupakan ujian kepada perlembagaan Malaysia yang sangat-sangat disayangi oleh UMNO. Banyak sebenarnya kenyataan UMNO berkaitan mempertahankan perlembagaan kufur ini dan dalam masa yang sama merendahkan perlembagaan Allah (Al-Quran&As-Sunnah). Rasanya tak perlu lagi penulis ulas tentang itu, segalanya tercatat di dalam lipatan sejarah.

Namun hari ini, UMNO dilihat tidak lagi merujuk kepada perlembagaan walaupun ianya memihak kepada keadilan. Contoh paling besar adalah isu pemecatan DS Ir. Nizar. Jelas menunjukkan bahawa perlembagaan tubuh Negeri Perak mengatakan bahawa jawatan MB tidak akan gugur melainkan dengan 3 cara. Jelas! Tetapi UMNO masih meneruskan usaha samseng mereka (rujuk kata Tok Guru: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19494&Itemid=50).

Penulis berpandangan UMNO telah mempergunakan Sultan untuk kepentingan politik mereka. Penulis bersetuju sekiranya di dalam soal ini Sultan Perak akan dijadikan kambing hitam oleh UMNO bagi 'menyuci tangan' mereka atas apa yang telah berlaku. UMNO akan berulang-ulang menyebut atas nama Sultan. Pembaca boleh menilai atas kata-kata ini..

"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan."

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai."

Kata-kata di atas diucapkan oleh MB haram Perak. Ianya jelas memperlihatkan niat sebenar UMNO terhadap Sultan Perak. Penulis berharap segalanya akan berakhir dengan baik dan Sultan Perak akan dapat menilai, yang mana intan dan yang mana kaca. Bagi penulis UMNO hanyalah sebuah parti yang berselindung atas nama bangsa Melayu tetapi sebenarnya menghancurkan kemuliaan bangsa Melayu dengan sifat buruk mereka. Penulis yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas membela kemuliaan agamanya tanpa mengira bangsa dan warna kulit mereka.

Friday, February 20, 2009

Parti Komponen Baru BN?

Maklumat terkini yang yang diperolehi, BN kini sedang berusaha untuk mendaftarkan beberapa parti komponen baru bagi mengukuhkan dan melindungi segala jenayah yang telah dan bakal dilakukan nanti. Antara parti kompenen baru tersebut ialah:-

Pertama: Parti SPR
Kedua: Parti SPRM


wuzere: kita masih menunggu lagi kemasukan parti kompenen baru ke dalam BeEnd.. nantikan..

Thursday, February 19, 2009

Boikot adalah jihad nafsu


Salam perjuangan..

15hb yang lalu adalah tarikh reminder boikot yang ke-3 setelah dilancarkan pada bulan lepas. Seperti biasa, nasi yang panas akan jadi sejuk, lauk yang panas boleh jadi sejuk dan begitulah juga isu boikot, boleh menjadi sejuk. Oleh yang demikian agenda boikot ini perlulah dilaksanakan secara berterusan dan terancang. Selain dari media maya, semua mujahidden perlu mempelbagaikan kaedah. Gunakan segala saluran yang ada, contohnya fotostat 100 copy seorang tentang agenda boikot berstrategi ini dan edarkan di seluruh masjid-masjid dan surau-surau yang berada disekitar kita.

Alhamdulillah.. sudah dua minggu berturut-turut penulis dapat menyelitkan agenda boikot ini di dalam risalah jumaat disini. Mudah-mudahan ianya memberi kesan kepada pembaca. Kita tidak mengharapkan semua pembaca diluar sana bersetuju, tetapi cukuplah agenda boikot ini memberi pengajaran yang besar kepada Zionis. Teruskan usaha. Allahuakbar!!

Antara primis yang perlu dijauhi disekitar kota kinabalu.

Restoran McDonald bersebelahan Shell berhampiran dengan UMS
.
Starbucks yang berada di One Borneo
.
Penulis memperolehi beberapa maklumat tentang penutupan 'starbucks'. Pembaca boleh merujuk di sini: http://musafir03.wordpress.com/2009/02/02/boikot-berjaya/.


Tuesday, February 17, 2009

Komunis dan ciri-ciri tingkahlaku mereka


Penulis cuba berfikir dan merenung kembali zaman penjajahan 13 hari Komunis di Malaya suatu ketika dahulu. Walaupun penulis belum lahir lagi zaman itu, dari cerita-cerita dan bacaan, rasanya kita dapat gambaran bagaimana kehidupan zaman komunis 13 hari tersebut. Antaranya:

1. Tiada perbincangan secara terbuka mengenai kuasa pimpinan. Mana-mana pihak yang mempersoalkannya boleh diklasifikasikan sebagai membahayakan keselamatan Negara.


2. Tembakan peluru hidup ke arah orang ramai yang berhimpun, menghayun belantan kepada rakyat, menyepak terajang juga membelasah rakyat.

3. Menyumbat hidup-hidup tanpa bicara individu tertentu ke kem tahanan.

4. Perisik/penyiasat terperinci seperti tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga diteliti, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau.

5. Wujudnya pelbagai Akta yang mengikat kebebasan asasi warganegara antaranya hak untuk bersuara, berpersatuan, untuk berdemonstrasi secara aman di kalangan ahli akademik dan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi.

5. Mana-mana perhimpunan/ceramah umum dilarang dan perlu mendapat permit terlebih dahulu.

6. Merampas akhbar, risalah dan seumpamanya serta menyekat maklumat sampai kepada rakyat jelata.

Gotong Royong Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu

Pada 15hb (Ahad) baru-baru ini telah diadakan satu program Gotong Royong bersama Pakatan Rakyat di Taman Rekreasi Pantai Anjung Selera. Program yang bermula pada pukul 11 pagi ini turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Sabah Tn. Hj. Muhammad Abdullah.

Anggota 'unit amal' turut membantu
.
Pesuruhjaya PAS Sabah (Tn.Hj. Muhammad Abdullah)
.
Komponen Pakatan Rakyat bergambar bersama
.
Pesuruhjaya bergambar bersama remaja yang menggelar diri mereka 'Jrock' (produk UMNO)

Sunday, February 15, 2009

Perak: Tanah dijadikan isu untuk jatuhkan PR

Salam perjuangan..

Sejak dua hari ini penulis tidak 'post' sebarang berita, laptop buat hal.. bermula dengan install anti virus kypersky, kononnya nak protect dari virus, alih-alih laptop jem.. memanjang restart. dugaan perjuangan...

Semalam sempat bertemu dengan rakan lama, sambil berbual sempat juga berbincang tentang isu Perak. Bukan isu rampasan kuasa yang jadi topik, tapi isu pemberian tanah oleh PR kepada kaum cina di Perak. Secara tak langsung, rakan penulis memberi pandangan bahawa kerajaan PR di Perak sebenarnya dikuasai oleh kaum Cina, hanya kerana pemberian tanah kepada penduduk Kg. Baru. Untuk itu penulis terpaksa la juga mencari maklumat dari media alternatif untuk meneliti kembali apa yang diperkatakan oleh rakan tadi. Apa yang penulis dapati sebenarnya amat bertentangan, pembaca boleh meneliti maklumat dibawah dan buatlah sedikit 'research' kalau rasa-rasa maklumat ini meragukan dan belum mencukupi:

Isu tanah di Perak

Pemberian tanah oleh PR kepada rakyat

7000 ekar yang mana 70% penduduknya adalah kaum Melayu yang terdiri daripada 75,000 ahli keluarga.

5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina yang terdiri daripada 134 kampung baru yang melibatkan 65,000 ahli keluarga.


Pemberian tanah oleh UMNO pada ‘Ali Baba Cina’

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung;

5,000 ekar di Bruas;

1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR);

12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor;

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL.

rujuk: http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2715

wuzere: harap korang yang banyak komen pasal pemberian tanah oleh PR kepada rakyat dapat cari jawapan apa yang telah UMNO buat di Perak selama 50 tahun memerintah..

Tuesday, February 10, 2009

DERHAKA: Antara Sultan dan Allah

Berikut adalah dialog antara katak dan beruk:

Dialog 1
Katak : Eh.. beruk, kenapa ko tak g solat Jumaat tadi...?
Beruk : Aku malas la hari nie.. badan rasa letih sebab banyak bergayut tadi..
Katak : Bahaya tu beruk, ko nie dah kira derhaka pada Sultan..!

Dialog 2
Beruk : Katak, aku tengok ko asyik menyelam jer, kan sekarang bulan Ramadhan, batal puasa ko nanti..
Katak : Sambil menyelam aku tertelan jugak ayor cket..
Beruk : Gilo ker engko nie.. derhaka pada Sultan tu!

Berikut adalah dialong antara PR dan UMNO

UMNO : Kenapa korang tak nak letak jawatan lagi..?
PR : Jawatan itu kan amanah dari Allah, selagi ianya sah, selagi itu kami bertanggungjawab terhadap Allah di akhirat nanti..
UMNO : Bahaya tu.. korang nie dah kira derhaka pada Sultan..!

wuzere: UMNO lebih takut derhaka pada Sultan daripada derhaka pada Allah... pelik!

ISA membuktikan UMNO golongan 'transeksual'

Bicara Sebelum Tidur

Sudah sampai masanya untuk UMNO melakukan pembedahan bagi menukar jantina mereka. Penulis menyarankan kepada UMNO untuk joint 'transeksual team'. Kalau pondan boleh lagi dikatakan lelaki (lelaki yang lemah lebut) tetapi kalau dah 'transeksual' bermaksud, anu nya telah dikasi. Kenapa penulis berkata sedemikian, mana idak nyer, kome asyik-asyik dengan ISA.

Sungguh memalukan! Kalau ada lagi lelaki-lelaki diluar sana yang masih mempunyai anu duduk dalam UMNO, cepat-cepatlah hubungi TV3, kerana syarat untuk keahlian UMNO kini mestilah dari golongan transeksual. Patut la TV3 beriya-iya mempromosikan 'Paper Doll Dance', rupe-rupenye untuk menarik orang ramai menyertai UMNO.

Satu lagi tindakan 'transeksual umno': merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan. (rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/97993)

wuzere: Kome ingat ISA tu hebat sangat ker berbanding dengan neraka Allah s.w.t.

Monday, February 9, 2009

TV3 Mempromosi Transeksual

Segmen Pengacara Jemputan Nona: Evolusi Tarian

Program NONA pada 8hb baru-baru ini telah memaparkan satu segmen berkaitan dengan evolusi tarian. Pada mulanya segmen tersebut memaparkan tarian makyong yang menunjukan para penari perempuan yang berlenggang lenggok. Penulis tidak berhajat untuk mengulas tarian makyong, para pembaca boleh merujuk tentang ’MakYong’ di http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong.

Setelah itu paparan evolusi tersebut diteruskan dengan satu tarian terkini yang dipanggil 'Paper Doll Dance'. Menurut pengacara jemputan tersebut, tarian ini bermula pada tahun 70an lagi dan berkembang pesat pada akhir 90an. Sedutan persembahan tarian tersebut diambil dari satu majlis hari jadi seorang anak kenamaan yang beragama Islam ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16. Apa yang mengejutkan, penari-penari tarian ini terdiri daripada golongan transeksual (tukar jantina) dan mereka ini beragama Islam.

tarian ala 'tiger show'

Golongan ini berpakaian seksi dan membuat persembahan tarian yang tidak sopan dan menghairahkan. Semasa diwawancara, salah seorang daripada penari tersebut menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah banyak membuat persembahan di luar negara, seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Eropah. Penari itu menyatakan bahawa, tarian ini tidak salah dan tidak boleh dianggap tidak bermoral kerana tarian ini hanyalah sekadar hiburan. Malah mereka juga sedih kerana telah terlalu lama mereka didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka berharap dengan tarian ini dapat membuka peluang mereka untuk bersama-sama berada di dalam masyarakat tanpa disisihkan.


Apa yang menyedihkan, pengacara Nona tersebut telah membuat kesimpulan bahawa tarian ini hanyalah sekadar untuk memeriahkan seni tarian agar lebih berwarna warni. Beliau juga menyarankan kepada penonton agar jangan takut untuk mencuba dan anggaplah ianya sebagai hiburan semata-masa. Penulis dan isteri yang menyaksikan segmen tersebut berasa amat kecewa dengan rancangan NONA yang telah bersekongkol mempromosikan golongan transeksual, walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam dan tatasusila masyarakat Malaysia.

Rampasan Kuasa di Perak [New Edition]

Mood untuk menulis sebenar masih belum ada, permergian YB Roslan masih membungkam perasaan penulis. Itulah indahnya perjuangan Islam, walaupun antara kita tidak mengenali, tetapi hubungan perasaan dan kejiwaaan hadir di dalam hati atas Rahmat yang Maha Pengasih.

Berbalik isu 'rampasan kuasa di perak', semalam penulis ada menerima sms dari mujahidperak yang mengatakan Osman Jailu dimasukan ke Hospital Selayang kerana sakit jantung. Pakat ramai-ramailah ke Hospital Selayang menghadiahkan fatihah kepada beliau. Kalau boleh bawak bannel "Moga cepat sembuh untuk hadir ke mahkamah". Ada yang kata beliau sengaja nak masuk wat sebab nak lari dari mahkamah, tetapi penulis tidak lah terfikir begitu, sebab bab-bab sakit tenat nie mana boleh buat main-main. Wallahu'alam..

Media UMNO Menggila
Serangan media BN semacam menggila dan hampir-hampir gila dibuatnya, betullah kata-kata Tn Hj. Muhammad Sabu, "kalau harga tv tu RM0.20, rasanya dah banyak tv kat rumah aku pecah" Itulah kelebihan Abg Mat, di dalam gurauan ada makna mendalam.. Moga Allah terus memberi kekuatan kepadanya untuk menegakkan keadilan.

Pemimpin UMNO Menggila
Semalam sempat tengok sekejab Blutein Utama, komen dari Kak Lina memang best. Walaupun sakit hati, tapi, nak ketawa pun ada bila tengok dia komen. Kak Lina suruh Ir. Nizar di ISAkan. Wahai kak Lina, ingat ISA tu menakutkan ahli Gerakan Islam..? Kami tetap kukuh dengan janji Allah s.w.t dan bukan mencari keredhaan manusia seperti Cik Azalina.

9 orang pandekar melayu dibebaskan
maklumat rujuk: http://politikbanjar.blogspot.com/2009/02/4-bloggerslive-cerita-dari-lokap-polis.html

Al-Fatihah buat kekanda Roslan Shaharum


Semasa berada dikampung hujung tahun lepas penulis berkesempatan mengikuti ceramah beliau. Penulis berpandangan kekanda Roslan merupakan seorang yang amat teliti di dalam setiap ucapan beliau. Beliau akan menerangkan sesuatu isu dengan sempurna dan berasaskan fakta dan mudah untuk difahami oleh orang ramai. Penulis berkongsi kesedihan dengan keluarga beliau dan mendoakan semoga beliau ditempatkan disisiNya sebagai seorang mujahid yang gugur di tengah-tengah perjuangan ISLAM. Al-Fatihah..

Sunday, February 8, 2009

Ulasan Isu Terpilih [2] : Kebodohan Karpal - Strategi Anwar

Karpal dan ideologi politiknya

Penulis sebenarnya tidak berasa terkejut langsung dengan kenyataan Karpal tentang DS Anwar Ibrahim, malah penulis tahu kenapa Karpal begitu lantang menghentam DS Anwar Ibrahim. Sebenarnya Karpal merupakan generasi tua dalam DAP yang masih tebal sifat anti keagamaan, namun disebabkan arus politik yang berubah, Karpal terpaksa mendiamkan diri walaupun ada ketikanya beliau bersuara.

Pendirian Karpal untuk menyaman Sultan Perak sebenarnya bukanlah keputusan Pakatan Rakyat, malah sekiranya kita lihat kenyataan media Pakatan Rakyat tentang isu Perak ini, PR hanya akan menyaman UMNO/BN kerana bertindak diluar batasan perlembagaan. Oleh yang demikian, Karpal kini terpaksa bersendirian untuk mempertahankan pendirian beliau untuk menyaman Sultan Perak. Tekanan yang hebat ini meletakkan beliau di situasi yang tidak baik, kerana isu Sultan akan mudah dipergunakan oleh UMNO untuk mendapatkan 'political mailege' seterusnya menghentam pribadi beliau (contoh: lucut warganegara). Akibat dari tekanan yang hebat ini, beliau terpaksa mencipta satu isu baru untuk mengalih perhatian umum terutamanya UMNO dengan menghalakan muncung senjata beliau terhadap DS Anwar dengan harapan dapat mengendurkan isu saman beliau terhadap Sultan Perak.

Beliau sememangnya menyimpan dendam terhadap DS Anwar. Bukan isu lompat parti yang sebenarnya menjadi isu utama, tetapi pendirian DS Anwar terhadap isu Hudud dan perlaksanaan Syari'ah. Inilah isu sebenar yang beliau berdendam dengan DS Anwar. Beliau amat marah apabila DS Anwar menyokong kenyataan DS TGHH berkaitan perlaksanaan syari'ah hanya untuk orang Islam sahaja. Kenyataan DS Anwar ini umpama menikam beliau dari belakang. Maka bermulalah hasrat beliau untuk mencantas DS Anwar dengan harapan sekiranya DS Anwar jatuh, maka PR akan berpecah dan akhirnya PAS gagal menguasai kerajaan pusat dan akhir perlaksanaan syari'ah tidak dapat dilaksanakan. Itulah matlamat beliau.

DS Anwar Ibrahim mempunyai 'strategi politik' yang tidak terjangkau akal.

Penulis akan mengulas dalam masa terdekat.

Saturday, February 7, 2009

Ulasan Isu Terpilih [1] : DS Ir Nizar - Kesultanan

MB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin antara contoh terbaik pejuang yang memiliki roh tarbiyyah.

Sepanjang krisis rampasan kuasa di Perak, penulis merasakan DS Ir Nizar telah menonjolkan sikap seorang pejuang yang tulen yang memiliki roh tarbiyyah yang jitu. Bukan mudah untuk seseorang menghadapi saat-saat genting ini. Penulis amat berbangga berada di dalam Jamaah Islam ini (PAS) kerana memiliki insan-insan yang teguh prinsip perjuangan dan cekal. Suatu ketika dahulu kita pernah dihidangkan dengan kecekalan Ust Ibrahim Libya yang gugur syahid mempertahankan maruah perjuangan Islam. Rupanya pada setiap zaman akan ada insan-insan yang dijanjikan Allah,

Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :
لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ
Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.

Mungkin ada juga yang berpandangan serong terhadap DS Ir Nizar, tetapi sebagai seorang yang pernah ditarbiyyah dan dilatih untuk meletakkan obor perjuangan dalam kehidupan, inilah janji Allah kepada hambanya.

Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلكم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين.
Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengethaui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.

Penulis lakarkan kebanggaan ini di dalam blog ini, agar ianya menjadi tauladan pada generasi akan datang serta anak-anak penulis yang kian membesar. Mereka akan mengambil botton perjuangan ini!

.
Beraja dimata bersultan dihati (sejarah berulang..)

Penulis akan cuba membawa para pembaca untuk menilai situasi yang berlaku kini, dan dibanding dengan sejarah yang pernah berlaku di Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Penulis yakin bahawa para pembaca pernah mempelajari sejarah di sekolah. Namun, catatan sejarah yang dilakarkan di dalam buku sejarah tidak cukup untuk menjelmakan apa yang sebenarnya berlaku di dalam dunia Melayu suatu ketika dahulu. Buku sejarah sekolah tidak mencatatkan ’aliran darah’ yang mengalir di urat-urat para panglima dan pandekar melayu yang menentang penjajah British. Buku sejarah hanya mencatitkan tarikh-tarikh penting, peristiwa-peristiwa penting, tempat-tempat penting dan kulit sejarah sahaja.

Sekiranya kita membaca catitan-catitan perjalanan perjuangan melalui para panglima dan pandekar melayu, pastinya kita akan jumpa kisah sebenar mengapa Tanah Melayu jatuh ke tangan penjajah. Penulis agak obses untuk membaca kisah-kisah sejarah sejak dari darjah 4 lagi, buku-buku yang dibaca dipenuhi dengan kisah-kisah para pejuang tanah air yang ingin membebaskan negeri dari penjajah dan anjing-anjing penjajah. Bermula dari kisah penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis semuanya telah menjadi bahan bacaan penulis sejak dari darjah 4 lagi. Namun akibat dari masa yang berlalu sekian lama, kisah-kisah perjuangan ini kian luput dari ingatan penulis. Namun penulis masih mampu membuat beberapa kesimpulan dari bahan-bahan bacaan tersebut.

1. Kejatuhan Melaka akibat dari sifat melayu yang mudah dibeli dengan wang dan kelemahan Sultan Mahmud mengendali pemerintahan.
2. Kekalahan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah berpunca dari Sultan Pahang yang tunduk kepada tekanan British.
3. Kebangkitan Dato Maharajalela di Perak di padamkan oleh kebacullan Sultan Perak untuk membela para pembesar dan panglimanya serta perjanjian Pangkor antara Sultan dan British.
4. Peranan Sultan Kelantan dan Terengganu yang berdiam diri ketika kebangkitan Dato Abd Rahman Limbong dan Tok Janggut di era kebangkitan ulama menentang penjajah British.
5. Pulau Pinang dan Seberang Perai menjadi Negeri Selat British akibat dari tindakan Sultan Kedah menandatanangi perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
6. Perbalahan antara kerabat diraja Johor menyebabkan Singapura yang ketika itu digelar Temasik jatuh ke tangan British.

Di atas apa yang telah berlaku, berapa ramaikah pandekar-pandekar dan panglima-panglima melayu yang telah gugur? Juga berapa ramaikah rakyat yang tergadai maruah dan menderita akibat dari kebobrokan istitusi istana pada ketika itu.

Sejarah kini berulang, panglima yang bernama Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin bersama pandekar-pandekar melayu yang lain akan dikorban sekali lagi oleh Sultan dan istana yang ditunggangi oleh UMNO. Penulis kini berada kembali dizaman dimana Tanah Melayu dijajah oleh British, biarlah penulis tediri dari catatan-catatan sejarah antara pandekar melayu yang gugur demi kerana mempertahankan ketinggian ISLAM. Hanya yang buta sejarah akan mengulangi kesilapan..!!

Friday, February 6, 2009

Rampasan Kuasa di Perak [3] update

6.30am
Seawal pukul 6.30 pagi setelah selesai solat subuh berjamaah di kediaman MB, maklumat dari mujahidperak mengatakan keadaan tenang. Pemuda setiap kawasan di Perak di arahkan untuk menghantar 5 orang wakil setiap hari untuk mengawal rumah MB.

Kita berada di atas landasan kebenaran

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1. Pembubaran DUN.
2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
3. Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Pandangan SUHAKAM atas apa yang berlaku:
http://www.malaysiakini.com/news/97784

UMNO/BN menuju kehancuran!!

UNIT AMAL: Bersedia untuk mempertahankan kediaman MB


Maklumat dari mujahidperak sebentar tadi menyatakan bahawa rumah MB telah dikepung, berkemungkinan jalan-jalan kesana ditutup. Rakyat perlu digerakkan untuk berkumpul disana, dan memastikan UMNO/BN tahu bahawa nilai sebuah kerajaan bukan dengan air liur, tetapi nilai sebuah kerajaan adalah dengan keringat dan darah. Allahuakbar!!

Penulis akan cuba update berita terkini dari rumah MB dari semasa ke semasa.
.
.
7.25pm
keaadaan tenang, kelihatan beberapa orang polis berpakaian preman berada disekitar.
.
8.22pm
hanya orang yang dikenali dan unit amal sahaja yang dibenarkan memasuki kediaman MB. Usrah pemuda akan diadakan dan terdapat kira-kira 200 orang termasuk muslimat kini berada di kediaman MB.
.
9.36pm
Keadaan tenang, usrah berjalan seperti biasa
.
10.53pm
usrah baru habis, orang makin bertambah
.
11.15pm
orang ramai berhimpun di depan pintu rumah MB, ada sedikit taklimat.
.
11.37pm
Sekarang ada 12 orang unit tentera khas di luar rumah MB. Malumat yang diterima mereka nak masukan MB ke ISA. Keputusan MB tetap tunggu dirumah, sebab itu keputusan pimpinan PAS.

Thursday, February 5, 2009

Rampasan Kuasa di Perak [2] update 6Feb

maklumat terus dari mujahidperak (Pemuda Ipoh Timur) yang berada disana.

12.50pm
Jalan ke masjid Ubudiah sesak, polis menghalang org ramai ke sana, masjid masih lengang.

1.20pm
UMNO sedang berusaha merampas rumah MB. Unit Amal dr seluruh negara dikerah ke rumah MB.

1.30pm
jalan ke masjid dan istana masih di tutup, kemungkinan pimpinan PR akan d bawa melalui sungai.

2.15pm
Demontrasi dibatalkan, rakyat diminta menandatanangi pada banner sebagai tanda bantahan. Ribuan bergerak ke Istana.

2.25pm
FRU menghalang pergerakkan rakyat ke Istana. Pertempuran berlaku, FRU melepaskan gas pemedih mata. Suasana kelam kabut, FRU turut diserang.

2.30pm
Rakyat kembali ke masjid dan bersiap sedia untuk bergerak kembali.

2.35pm
laluan ke Istana dihalang oleh rakyat bagi menghalang MB perampas kuasa tiba ke Istana.

2.40pm
Watercanon ditembak, suasana kelam kabut, rakyat masih bertahan di atas jalan.

2.43pm
Polis mengeluarkan arahan supaya bersurai dan tidak menghalang jalan, halangan terus dibuat. FRU mula turun dan loceng dibunyikan.

2.47pm
FRU mula membuat formasi, rakyat masih bertahan. Doakan keselamatan kami.

2.50pm
FRU mula bergerak, pertempuran telah berlaku dengan rakyat.

2.57pm
Serangan gas pemedih mata kali kedua, rakyat mula berundur ke masjid.

2.59pm
Rakyat mula membaling batu kepada polis, walaupun arahan telah diberikan jangan membaling batu.

3.02pm
Satu tingkap truck polis pecah kena batu, rakyat masih bertahan.

3.08pm
rakyat dikepung dari hadapan dan belakang, namun masih dapat bertahan.

3.11pm
Perampas telah berjaya melepasi halangan rakyat dan bergerak ke istana. Rakyat masih berada diatas jalan. Kereta najib mungkin sedang ditahan.

3.12pm
Kereta najib akhirnya terlepas, rakyat mula berbaring diatas jalan.

3.15pm
suasana kelam kabut, sudah ada tangkapan dibuat. Polis mula dikepung oleh rakyat.

berita bergambar oleh mujahidperak boleh dilihat di:
http://mujahidperak.abufaris.com/?p=474

Rampasan Kuasa di Perak (update)

Berkampung di perkarangan rumah MB
.
sumber: http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/05/15368/
.
Mari berkumpul di rumah MB, biar rakyat tahu, kita akan mempertahankan perlembagaan (hak rakyat) hingga ke saat akhir. Sumber dari rumah MB, orang semakin ramai berkumpul, harap jadi seperti Thailand.. Tuntut Pilihanraya!! Allahuakbar!!

5 Febuari 2009 (9.25pm)
Berita yang penulis terima dari sahabat-sahabat di perak sebentar tadi menggambarkan kehadiran rakyat semakin bertambah di kediaman MB. Penulis juga berkesempatan berhubung secara 3G dengan adik penulis yang juga berada di perkarangan rumah MB. Apa yang dikatakan itu benar, memang rakyat kini menumpukan perhatian di Perak dan sejarah akan terlakar di sana. Penulis cuba untuk dapatkan gambar terkini, tetapi terdapat sedikit masalah teknikal pada telefon adik, menyebabkan tidak dapat memperolehi gambar terkini. Kalau penulis kat sana, comfirm malam nie pegi supermarket cari khemah paling besar dan sleeping bag.

Rehda..? Fahamkah kita dengan maksud redha..?

Penulis sempat berbincang dengan beberapa teman tentang apa yang berlaku di Perak. Ada yang mensarankan redha atas apa yang berlaku. Itulah perkataan yang penulis istilahkan 'bikin panas'. Tahukah kenapa Melaka jatuh ke tangan Potugis? Tahukah kita kenapa Belanda mampu ambil alih Melaka dan Johor..? Mengertikah kita kenapa British dapat menguasai Tanah Melayu..? Jawapanya mudah, orang Melayu akan memujuk hati dengan berkata 'redha lah'. InsyaAllah penulis sedang mengarang satu tulisan tentang mengapa Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah dari perspektif penulis sendiri. Berbalik kepada isu di Perak, mengapa perlu redha dengan penipuan UMNO/BN, sedangkan kita masih mampu menyatakan bantahan terhadap sikap buruk dan jahat mereka apabila bertindak merampas kuasa kerajaan negeri sekarang. Adakah menyerah itu dikatakan redha..? menyerah hanya sekulumit dari istilah redha.. redha yang sebenarnya adalah mempertahankan hak walaupun terpaksa mengorbankan nyawa! (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19236&Itemid=1)

Dikenang sampai bila-bila.

Kalian akan dikenang sebagai pengkianat rakyat!
.
wuzere: Kiranya diadakan pilihanraya DUN di Perak, hampir pasti BN akan akan ditolak sekali lagi..

Wednesday, February 4, 2009

Perak bukti keazaman Pakatan Rakyat! (update)

SPR punca kekalutan!

Penulis berpandangan kekalutan yang berlaku di Perak, adalah berpunca dari tindakan SPR. Sikap yang tidak profesional dan terburu-buru membuat keputusan menjadi punca kepada UMNO/BN mengambil kesempatan untuk merampas kembali Kerajaan Negeri Perak. Sepatutnya SPR menerima keputusan Speaker Perak untuk membubarkan dan mengistiharkan PRK di dua DUN berikutan perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.

Berita SMS dari rakan-rakan di Perak.

7.53 pm
Alhamdulillah, MB br buat knyataan media. PAS masih memerintah Perak. Kenyataan Najib x boleh diterima. Sultan masih bagi mandat kpd MB selagi tiada keputusan dari Sultan.

8.44 pm
Maklumat dari Ust. Azli. Sultan tidak mahu bubar DUN dan mahu MB terus memerintah. Dan baginda minta buat solat hajat. Baginda baca ayat Quran, 'Innallah ma a sobirin', 2 DUN tu masih kes siasatan. Berita tv propaganda BN.

Najib campuri urusan Istana Perak?

Penulis berasa pelik dengan sikap Dato Seri Najib nie, orang Pahang tetapi campur tangan urusan Istana Perak. Semoga Yang Dibawah Duli Sultan Perak memahami isi hati rakyat terbanyak, yang memohon agar di adakan semula pilihanraya di Perak bagi menentukan semula kerajaan negeri. Jelas Dato Seri Najib seorang yang perongos (bahasa utara) dan main sondol sahaja di dalam membuat keputusan dan pengumuman sedangkan urusan pembentukan kerajaan negeri tertakluk pada perkenan sultan. Najib.. Najib..

Polis perlu adil dalam menjalankan tugas.

Maklumat terbaru tentang kenyataan polis yang ingin menghalang rakyat mempertahankan kerajaan SAH di Perak menambahkan lagi kekalutan. Sepatutnya pihak polis hanya perlu menjaga keamanan kerajaan negeri dari gangguan UMNO/BN dan pencacai, bukannya menghalang rakyat untuk mempertahankan kerajaan negeri yang sah. Tindakan ini sama seperti yang berlaku di Palestin, dimana FATAH merampas kuasa dari HAMAS. Mungkin benar telahan sesetengah orang bahawa UMNO dan FATAH sama saja perangainya.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD