HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, March 29, 2010

Sekitar Karnival PASTI kawasan Sepanggar (2)

Salam perjuangan..

'Karnival PASTI kawasan Sepanggar' yang telah rancang perlaksanaannya hampir 2 bulan yang lepas telah selesai dilaksanakan baru-baru ini. Semua kerahan tenaga dan buah fikiran telah di salurkan bagi menjayakan program tersebut. Kesyukuran ke hadrat Allah kerana memberi sedikit kudrat yang ada untuk membantu kelancaran program.

Acara sukaneka yang sedang berlangsung di padang (sumber gambar disini)

Program yang berlangsung pada 27 dan 28 hb Mac baru-baru ini telah membuka satu dimensi baru dalam usaha PAS Sabah mendekati masyarakat. Ternyata kehadiran PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam ini mendapat tempat yang istemewa di kalangan masyarakat setempat. Selain dari menyediakan khidmat pendidikan pra-sekolah, PASTI juga berupaya menyadiakan alternatif program ke arah membimbing masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul.


Program yang diatur bermula seawal 3.30 petang 27hb tersebut di isi dengan 'Kempen Derma Darah' dengan kerjasama kakitangan 'tabung darah' Hospital Queen, Kota Kinabalu. Seterusnya pada magribnya telah diadakan 'Ceramah Perdana' dan selepas isya' diadakan 'Solat Hajat Perdana' serta 'Majlis Tahlil' yang bertempat di Masjid Taman Putera Jaya, Kota Kinabalu. Program seterusnya diisi dengan 'Malam Kesenian Islam' bertempat di Dewan Masyarakat bersebelahan masjid. Program yang bertemakan 'Membangun Bersama Islam' tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sekeliling.

Pada keesokannya pula, pelbagai acara telah aturkan untuk semua pengunjung yang hadir. Bermula dengan perbarisan anak-anak PASTI dari 6 buah PASTI sekitar Sepanggar dan diteruskan dengan sukan PASTI di padang Taman Putera Jaya. Seterusnya, diadakan juga pertandingan tarik tali dan pertandingan masukan benang di dalam jarum untuk ibu bapa yang hadir.

Sementara itu di dalam dewan diadakan pameran dan jualan produk muslim. Antara pameran yang terlibat ialah pameran PASTI, Jabatan Amal, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Nisa. Selain dari itu pertandingan mewarna juga diadakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Seterusnya pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan untuk orang ramai di dalam dewan. Manakala di masjid pula, di adakan rawatan Islam dan juga rawatan berbekam.

Masyarakat serta ibu bapa pelajar PASTI yang hadir turut di jamu dengan jamuan 'bubur lambuk' secara percuma. Majlis yang berakhir 12.30 tgh hari tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar PASTI yang telah berjaya.

Kebanyakan masyarakat yang hadir begitu teruja dengan pengisian dan perkhidmatan yang disediakan oleh PASTI sepanjang program berlangsung. Manakala para peniaga pula pulang dengan pendapatan yang memberangsangkan. Secara keseluruhannya program 'Karnival PASTI kawasan Sepanggar' yang pertama kali diadakan ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Semoga bertemu lagi pada Karnival PASTI akan datang.

Sekitar Karnival PASTI kawasan Sepanggar

Laporan penuh berita sepanjang program akan dimuatkan pada masa terdekat.

Persiapan sebelum Karnival:


Persiapan di dalam dewan

Menyiapkan pameran Jabatan Amal Negeri Sabah

Muslimat menyiapkan pameran PASTI dan Dewan Muslimat kawasan Sepanggar

Bertungkus-lumus menyiapkan pentas untuk Malam Kesenian Islam

Pesiapan di tengah padang: memasang khemah

Tuesday, March 23, 2010

Kuliah bersama Ust Zahazan

Salam perjuangan..

Pada 22 Mac 2010 baru-baru ini, saya dan family akhirnya berkesempatan juga mengikuti kuliah Ust Zahazan yang diadakan di Surau Riadhodolihin, Austral Park. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali kehadiran Ust Zahazan ke Sabah, tetapi atas sebab-sebab tertentu saya tidak dapat mengikuti kuliah beliau.

Kuliah yang berakhir pada pukul 10.30 malam tersebut terasa tersangat singkat. Mungkin kerana pengisian yang padat membuatkan tidak terasa masa yang berlalu. Kuliah beliau menyentuh berkaitan wasiat Imam Khawaz, seorang ulama' yang diberi karamah oleh Allah s.w.t. Antara karamah yang diberikan oleh Allah kepada Imam Khawaz ialah dapat menjinakkan harimau.

Secara ringkasnya berikut ialah wasiat imam Khawaz bagi merawat hati:
1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur.
2. Qiamullail.
3. Istiqfar yang berkualiti (sebaiknya sebelum subuh).
4. Kurangkan makan.
5. Berdampinglah dengan orang-orang yang soleh.

Seterusnya beliau menyentuh kepentingan media Islam. Boleh rujuk di blog sahabat saya Ust. Jumat disini. Sebelum pulang sempat juga bergambar bersama beliau.

Sesi bergambar:


Ulfah bergambar dengan Ust Zahazan

Sunday, March 21, 2010

KPN baru sedar!


Membaca keratan berita di atas (malaysiakini) membuatkan hati tercuit untuk bertanya "Tak kan tuan KPN baru sedar!?"
  • SPRM
  • Badan Kehakiman
  • SPR
semuanya dah lama ada orang ketiga.. Siapa orang ketiga itu..? Rakyat tolong jawab...

Thursday, March 18, 2010

KARNIVAL PASTI Sepanggar 2010


Buat pertama kalinya, Jawatankuasa PASTI kawasan Sepanggar telah bersetuju untuk mengadakan KARNIVAL PASTI peringkat kawasan Sepanggar.

Antara aturcara program yang bakal diaturkan ialah:

1. Sukan PASTI (melibatkan 6 buah PASTI sekitar Sepanggar)
2. Sukaneka Ibu bapa dan anak-anak (melukis, tarik tali, memasukan benang dalam jarum dan lain-lain lagi)
3. Pemeriksaan kesihatan PERCUMA dan rawatan Alternatif (rawatan Islam)
4. Jualan gerai dan pameran.
5. Persembahan malam kebudayaan dan kesenian Islam.
6. Jamuan bubur lambuk percuma.
7. Solat hajat dan majlis tahlil perdana
7. dan perbagai lagi acara menarik.

TARIKH:
27 - 28 MAC 2010 (SABTU & AHAD)
BERTEMPAT:
MASJID, DEWAN & PADANG, TAMAN PUTERA JAYA

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Sunday, March 14, 2010

Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

Sumber: http://amalsabah.blogspot.com/

Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan unit Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah unit Amal Kudat, unit Amal Pitas, unit Amal Kota Marudu, unit Amal Kota Belud, unit Amal Sepanggar dan unit Amal Keningau.

Sebahagian peserta Jambori Amal Pantai Barat 2010 bergambar beramai-ramai.

Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.

Induksi Amal dan Majlis Pelancaran Briged Amal

Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.

Acara tarik tali

Gotong-royong membersih perkuburan

Pemeriksaan kesihatan oleh 'Amal Medical Team'

Kelas memasak untuk kaum ibu

Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahiah kepada semua!
Allahuakbar!

'Beramal kerana Allah'

Lagi gambar sepanjang program


Ayah cikgu Samad (sudah 88 tahun) tetap membantu bahagian dapur.

Chef Amal sedia memulakan kelas memasak untuk kaum ibu

Membaiki kemudahan tandas masjid

Aktiviti merempuh halangan

Pertandingan perkemahan dan gajet terbaik

Bergambar bersama Ust Asmaun (pengerusi masjid) dan Cikgu Samad (YDP PAS Kudat)


Thursday, March 11, 2010

program: Jambori Amal

BERGERAK KE JAMBORI AMAL
PERINGKAT ZON PANTAI BARAT SABAH
12-14 MAC 2010
KUDAT

Wednesday, March 10, 2010

Kemana arah sistem pendidikan Malaysia? -akhir

Menyambung pada tulisan saya yang lepas, kelemahan menguruskan sistem pendidikan negara sebenarnya adalah punca kepada terjadinya tragedi Mei 1969. Pun begitu, ini adalah akibat dari negara yang masih berada di dalam keadaan darurat serta tumpuan kerajaan terhadap menangani kemelut ekonomi selepas mencapai kemardekaan menyebabkan sistem pendidikan tidak begitu jelas hala tujunya pada ketika itu (ada pandangan mengatakan parti politik yang ber'manhaj'kan perkauman sebenarnya menjadi tulang belakang kepada tragedi ini).

Pendidikan sebenarnya bukan sahaja harus menumpukan kepada aspek penyampaian ilmu atau teori semata-mata. Tetapi pendidikan yang holistik perlu juga menumpukan kepada aspek praktikal (pengamalan). Inilah sebenarnya yang menjadi halangan utama kepada perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, isi pendidikan menerangkan tentang peri pentingnya menjaga hubungan antara kaum, tetapi pelajar atau murid kita tidak pernah berinteraksi antara kaum. Maka bagaimanakah pengamalan ini dapat dilaksanakan?

Saya tidak menyalahkan wujudnya SJK(C) atau SJK(T), aliran SK atau aliran Integrasi (agama) dan lain-lain. Namun sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan jurang ini tidak terus melebar dan akhirnya menjadi penghalang kepada agenda perpaduan kaum di Malaysia. Sekiranya dilihat pada pandangan Prof. Khoo Kay Kim, sebenarnya beliau mempunyai asas yang kuat untuk berkata bahawa sistem pendidikan negara bermasalah. Walaupun beliau seorang yang berbangsa cina, namun setelah berpuluh tahun melihat perkembangan sistem pendidikan negara dan kesannya beliau merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaikinya.

Kesan yang jelas dilihat ialah di universiti-universiti, yang mana penuntut kini seolah-olah kelihatan terbahagi kepada kelompok-kelompok mengikut kaum. Interaksi antara kaum amat terhad dan adakalanya tidak berlaku interaksi antara kaum. Ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini. Adakah ada diluar sana yang boleh menafikan kenyataan ini?

Oleh itu, saya berpandangan bahawa kerajaan patut memulakan langkah baru dalam mengatasi cabaran ini. Perbezaan politik dan ideologi perlu diketepikan bagi memastikan generasi masa akan datang tidak berhadapan dengan masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh generasi masa kini. Kewujudan sekolah wawasan merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah ini. Sila rujuk disini dan sini mengenai sekolah wawasan. Namun tidak cukup sekadar itu, sekiranya agenda perkauman melampau dari kalangan parti-parti politik dilindungi, malah kadang-kala ianya dijadikan senjata/modal untuk meraih sokongan.

Maka secara jelas, perintah Allah s.w.t agar 'berkenal-kenalan' merupakan suatu yang perlu dijadikan asas kepada sistem pendidikan negara. Manakala sekolah seharusnya menjadi instrumen utama ke arah merealisasikan perintah tersebut. Akhir sekali parti-parti politik yang berasaskan perkauman perlu singkirkan dari arena politik negara.

ISLAM FOR ALL

Konvensyen Ulama' Muda PAS Negeri Perak

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/
















IPOH, 11 Mac : Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Perak, Ustaz Shuaid Din mengingatkan peserta Konvensyen Ulama' Muda khususnya agar berhati hati dengan `zon selesa' kerana jika ianya tidak ditangani dengan baik dkhuatiri nanti zon selesa itu akan menjadi perangkap kepada mereka.

Akibatnya nanti mereka merasakan sudah selesa di zon tersebut dan tidak lagi mahu bersama sama berjuang menengakkan Islam serta tidak mahu lagi bergiat aktif dalam perjuangan Islam.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Ulama' Muda PAS Negeri Perak di Hotel Sri Malaysia 7 Mac lalu.

Menurut beliau, apa yang dimaksudkan dengan zon selesa itu mereka telah mendapat tawaran pekerjaaan yang cukup selesa dan memperolehi gajinya yang dikira setimpal dengan jawatan mereka, oleh kerana sudah merasa cukup selesa dengan jawatan menyebabkan mereka tidak lagi mahu bergerak dalam jemaah Islam khususnya PAS.
"Jawatan kadang kala satu perangkap yang dicipta oleh musuh musuh Islam untuk menghadkan pergerrakan kita untuk tidak terlibat dengan perjuangan, akibatnhya kita tidak bersemangat untuk berjuang," jelasnya.
"Apabila sudah terlibat dengan J Qaf, muslimat pula perlu menghadiri Kursus Dalam Cuti' , mereka mulai sibuk, lalu timbullah satu hujah baru, mereka yang telah sibuk ini jangan disibokkan lagi, itu cuma alasan sahaja," katanya.

Menurutnya, lebih parah lagi bila roh atau semangat perjuangan sudah tidak ada pada diri anak muda kerana sudah merasa keselesaan hidup dan menjadi malas untuk berjuang.
Para lulusan institusi pengajian tinggi dalam bidang Islam mempunyai tugas dan peranan yang boleh membantu PAS, mereka tidak semestinya menampakkan `wajahnya' dalam pentas PAS, tetapi boleh berperanan disebalik tabir dalam perjuangan Islam ini.

"Anda boleh buat satu kumpulan untuk menterjemahkan buku untuk kita gunakan dalam usrah usrah, ini juga satu jihad."
"Jika anda tidak berani tampil ke garisan depan perjuangan, anda boleh berjihad dengan wang ringgit, hulurkan sumbangan wang anda bagi membantu jemaah Islam PAS," jelasnya.
Beliau menarik perhatian peserta konvensyen, baru baru beliau berkesempatan melawat dua sekolah agama di Singapura antaranya Wak Tanjung Islamiah, sekolah tesebut yang didirikan atas tanah seluas satu ekar dan sekolah itu dibina lima tingkat, kos pembinaannya berjumlah RMS17 juta , satu sen pun tidak ada duit dari Kerajaan Singapura, sebaliknya masyarakat Islam Singapura menyumbangkan beberapa ringgit
untuk tabung pembinaan, akhirnya sekolah tersebut yang serba lengkap berjaya didirikan

Beliau berharap dengan berlangsungnya Konvensyen Ulama' Muda kali pertama, ianya akan dapat mengumpulkan seramai mungkin para lulusan IPT di bidang agama untuk membantu perjuangan Islam di negeri ini serta boleh menjadi pertugas petugas PAS sama ada di barisan depan atau barisan belakang, apa yang penting mereka bersama dan berjihad bersama PAS.

Sunday, March 7, 2010

Kemana arah sistem pendidikan Malaysia?

Melihat debat antara Prof. Khoo Kay Kim dan Datuk Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini, mendorong saya untuk meneruskan perbicaraan tentang sistem pendidikan Malaysia. Tajuk yang agak besar ini sebenarnya memerlukan mereka yang begitu mahir dan bidang untuk mengupasnya. Namun apa yang ingin saya lontarkan di sini ialah persoalan 'kemana arah kita' sebenarnya?(dalam konteks hubungan antara kaum dan hubungannya dengan sistem pendidikan).

Malaysia ditakdirkan Allah s.w.t untuk hidup bersama-sama dengan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Kepelbagaian inilah menjadikan keunikan Malaysia di peringkat antarabangsa malah menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, bagaimana sebuah negara yang unik ini boleh hidup aman.

Namun perlu diingat, sehingga bila keamanan ini akan dapat bertahan? dan apakah pemboleh ubah yang bakal menggugat keamanan ini? Inilah yang perlu difikirkan bersama.

Sejarah telah mengajar kita tentang apa yang kita bicarakan ini. Tragedi Mei 1969 mengajar kita keseimbangan ekonomi menjadi pembolehubah utama (menurut UMNO). Selain dari itu, monopoli politik perkauman juga turut merangsang ke arah kestabilan hubungan antara kaum (menurut UMNO). Namun pada saya, pembolehubah ini sebenarnya hanyalah 'kulit'. Maka apakah sebenarnya 'isi' kepada kestabilan hubungan antara kaum?

Jawapannya terdapat pada firman Allah s.w.t, pencipta sekelian manusia. Firman Allah:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Persoalan saya, benarkah kita sekarang menuju ke arah berkenal-kenalan sebagaimana firman Allah? Keduanya apakah 'instrumen' ke arah berkenal-kenalan tersebut?

-bersambung siri akan datang-

Politik Mufti Harussani Ejen UMNO -Nik Aziz Jawab

TERKILAN saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju.”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh Umno, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

Oleh:
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
Dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.
7Mac 2010

Thursday, March 4, 2010

UMNO menggunakan email untuk menyebarkan propaganda

Setakat ini saya telah menerima 3 email daripada 'individu' yang tidak dikenali. Apabila membukanya didapati isi kandungannya hanyalah 'propaganda jijik' UMNO untuk mengelirukan pembaca.

Mereka menggunakan email beralamat beruangsakti@kitagempur.com untuk menyebarkan dakyah anti-Pakatan Rakyat. Berikut adalah dua daripada tiga email yang telah saya terima.


Bantahan terhadap MP Bagan Serai malam ini.

Maklumat dari bro zul di perak, rakyat Perak akan sekali lagi membuat bantahan kepada MP Bagan Serai. Maklumat lanjut akan dimuatkan mungkin tangah malam ini. Sebelum tu layan dulu ini dulu..

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/

Mohsin diberi tempoh tujuh hari kosongkan kerusi

BAGAN SERAI, 4 Mac : Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.


Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.Malaysiakini

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD