HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, March 29, 2010

Sekitar Karnival PASTI kawasan Sepanggar (2)

Salam perjuangan..

'Karnival PASTI kawasan Sepanggar' yang telah rancang perlaksanaannya hampir 2 bulan yang lepas telah selesai dilaksanakan baru-baru ini. Semua kerahan tenaga dan buah fikiran telah di salurkan bagi menjayakan program tersebut. Kesyukuran ke hadrat Allah kerana memberi sedikit kudrat yang ada untuk membantu kelancaran program.

Acara sukaneka yang sedang berlangsung di padang (sumber gambar disini)

Program yang berlangsung pada 27 dan 28 hb Mac baru-baru ini telah membuka satu dimensi baru dalam usaha PAS Sabah mendekati masyarakat. Ternyata kehadiran PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam ini mendapat tempat yang istemewa di kalangan masyarakat setempat. Selain dari menyediakan khidmat pendidikan pra-sekolah, PASTI juga berupaya menyadiakan alternatif program ke arah membimbing masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul.


Program yang diatur bermula seawal 3.30 petang 27hb tersebut di isi dengan 'Kempen Derma Darah' dengan kerjasama kakitangan 'tabung darah' Hospital Queen, Kota Kinabalu. Seterusnya pada magribnya telah diadakan 'Ceramah Perdana' dan selepas isya' diadakan 'Solat Hajat Perdana' serta 'Majlis Tahlil' yang bertempat di Masjid Taman Putera Jaya, Kota Kinabalu. Program seterusnya diisi dengan 'Malam Kesenian Islam' bertempat di Dewan Masyarakat bersebelahan masjid. Program yang bertemakan 'Membangun Bersama Islam' tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sekeliling.

Pada keesokannya pula, pelbagai acara telah aturkan untuk semua pengunjung yang hadir. Bermula dengan perbarisan anak-anak PASTI dari 6 buah PASTI sekitar Sepanggar dan diteruskan dengan sukan PASTI di padang Taman Putera Jaya. Seterusnya, diadakan juga pertandingan tarik tali dan pertandingan masukan benang di dalam jarum untuk ibu bapa yang hadir.

Sementara itu di dalam dewan diadakan pameran dan jualan produk muslim. Antara pameran yang terlibat ialah pameran PASTI, Jabatan Amal, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Nisa. Selain dari itu pertandingan mewarna juga diadakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Seterusnya pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan untuk orang ramai di dalam dewan. Manakala di masjid pula, di adakan rawatan Islam dan juga rawatan berbekam.

Masyarakat serta ibu bapa pelajar PASTI yang hadir turut di jamu dengan jamuan 'bubur lambuk' secara percuma. Majlis yang berakhir 12.30 tgh hari tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar PASTI yang telah berjaya.

Kebanyakan masyarakat yang hadir begitu teruja dengan pengisian dan perkhidmatan yang disediakan oleh PASTI sepanjang program berlangsung. Manakala para peniaga pula pulang dengan pendapatan yang memberangsangkan. Secara keseluruhannya program 'Karnival PASTI kawasan Sepanggar' yang pertama kali diadakan ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Semoga bertemu lagi pada Karnival PASTI akan datang.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD