HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, March 10, 2010

Kemana arah sistem pendidikan Malaysia? -akhir

Menyambung pada tulisan saya yang lepas, kelemahan menguruskan sistem pendidikan negara sebenarnya adalah punca kepada terjadinya tragedi Mei 1969. Pun begitu, ini adalah akibat dari negara yang masih berada di dalam keadaan darurat serta tumpuan kerajaan terhadap menangani kemelut ekonomi selepas mencapai kemardekaan menyebabkan sistem pendidikan tidak begitu jelas hala tujunya pada ketika itu (ada pandangan mengatakan parti politik yang ber'manhaj'kan perkauman sebenarnya menjadi tulang belakang kepada tragedi ini).

Pendidikan sebenarnya bukan sahaja harus menumpukan kepada aspek penyampaian ilmu atau teori semata-mata. Tetapi pendidikan yang holistik perlu juga menumpukan kepada aspek praktikal (pengamalan). Inilah sebenarnya yang menjadi halangan utama kepada perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, isi pendidikan menerangkan tentang peri pentingnya menjaga hubungan antara kaum, tetapi pelajar atau murid kita tidak pernah berinteraksi antara kaum. Maka bagaimanakah pengamalan ini dapat dilaksanakan?

Saya tidak menyalahkan wujudnya SJK(C) atau SJK(T), aliran SK atau aliran Integrasi (agama) dan lain-lain. Namun sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan jurang ini tidak terus melebar dan akhirnya menjadi penghalang kepada agenda perpaduan kaum di Malaysia. Sekiranya dilihat pada pandangan Prof. Khoo Kay Kim, sebenarnya beliau mempunyai asas yang kuat untuk berkata bahawa sistem pendidikan negara bermasalah. Walaupun beliau seorang yang berbangsa cina, namun setelah berpuluh tahun melihat perkembangan sistem pendidikan negara dan kesannya beliau merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaikinya.

Kesan yang jelas dilihat ialah di universiti-universiti, yang mana penuntut kini seolah-olah kelihatan terbahagi kepada kelompok-kelompok mengikut kaum. Interaksi antara kaum amat terhad dan adakalanya tidak berlaku interaksi antara kaum. Ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini. Adakah ada diluar sana yang boleh menafikan kenyataan ini?

Oleh itu, saya berpandangan bahawa kerajaan patut memulakan langkah baru dalam mengatasi cabaran ini. Perbezaan politik dan ideologi perlu diketepikan bagi memastikan generasi masa akan datang tidak berhadapan dengan masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh generasi masa kini. Kewujudan sekolah wawasan merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah ini. Sila rujuk disini dan sini mengenai sekolah wawasan. Namun tidak cukup sekadar itu, sekiranya agenda perkauman melampau dari kalangan parti-parti politik dilindungi, malah kadang-kala ianya dijadikan senjata/modal untuk meraih sokongan.

Maka secara jelas, perintah Allah s.w.t agar 'berkenal-kenalan' merupakan suatu yang perlu dijadikan asas kepada sistem pendidikan negara. Manakala sekolah seharusnya menjadi instrumen utama ke arah merealisasikan perintah tersebut. Akhir sekali parti-parti politik yang berasaskan perkauman perlu singkirkan dari arena politik negara.

ISLAM FOR ALL

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD