HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, October 26, 2011

TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan

Seperti yang telah dinyatakan baru-baru ini, sidang media semalam telah mendedahkan penyelewengan terhadap pasukan pertahanan (TLDM). Sebenarnya pagi tersebut aku terpaksa menguruskan jenazah seorang penduduk yang mana diminta untuk membantu oleh keluarganya. Jadi terlepas untuk ke Sidang Media tersebut, pun begitu boleh lihat di paparan Harakahdaily:

........................................................................................................

KOTA KINABALU, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggotaapprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.
“Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka,” dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
“Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.
“Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.
Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
“Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.
Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu.

Sunday, October 23, 2011

TERGEMPAR: Sidang Media Pemuda PAS Sabah

Setelah Dewan Pemuda PAS Sabah mendedahkan penjualan pulau baru-baru ini, dan isu tersebut masih tidak dapat ditangani oleh kerajaan Sabah dengan baik. Esok satu lagi pendedahan berkaitan 'Penyelewengan dan Penindasan terhadap Appeantice Tentera Laut Malaysia' akan di dedahkan.



Nantikan pendedahannya esok dari Islamreturn...

Sunday, October 16, 2011

Jom layan BERSIH 2.0 versi Sabah

Video nie sebenarnya dah lama siap.. tapi agak lambat nak di upload ke Youtube.. pembaca sekelian boleh rujuk di KinabaluTV. Jom Layan.. Tahniah kepada Ikhwan Nain..

promosi aku nih..

Wednesday, October 12, 2011

Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS

Oleh: Muhammad Faeez  


TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.


Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini. Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno. "Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Wednesday, October 5, 2011

TRAVELOG Perjuangan PAS Di Bumi PENSIANGAN

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/


"PENSIANGAN,1 OKTOBER 2011-Pas kawasan Pensiangan telah memulakan “Episod Jelajah Tautan Kasih Sekampit Beras" bagi DUN N37 Sook.Kali ini destinasi tujuannya ialah Ke Masjid Kg Malima yang berada lebih kurang 1 jam lebih perjalanannya dari pekan Keningau. Bermula dengan perjalanan selepas waktu Asar Program jelajah ini diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah merangkap Yang Dipertua Pas Pensiangan,Sabah serta beberapa Ahli jawatankuasa Pas Pensiangan.

Hisammuddin,menyerah infak kepada fakir miskin.

Islam diimarahkan dan rakyat didahulukan oleh PAS.

Menempuh jalan-jalan berdebu yang tidak berturap amat menduga fizikal dan mental.Inilah hasil yang rakyat dapat kesan daripada janji PBRS/UMNO/BN yang menjanjikan “syurga”bagi penduduk Sook,namun yang mereka dapat hanya “debu-debu”kuning  sahaja.Janji yang ditaburkan berupa “bunga ros” tapi penduduk hanya dapat “bunga tahi ayam”.Apatah tidaknya dengan jalan “grabel”yang tidak berturap yang menggoncang perut dan badan dan yang paling buruk ialah penduduk terpaksa menyedut debu-debu kuning hasil jalan yang berdebu.
Hisammuddin Hj.Sulaiman yang juga merupakan Presiden Tabah(Bela Tanah Rakyat Sabah)dan AJK tiba di Masjid Kg.Malima Sook,hampir Maghrib dan para jemaah serta orang kampung menyambut kedatangan PAS PENSIANGAN dengan penuh ceria dan hiba.Hiba kerana PAS sanggup datang jauh untuk menjenguk dan cakna kepada kebajikan rakyat berbanding PBRS/UMNO/BN yang hanya menjenguk mereka pada waktu pilihanraya sahaja.
Majlis dimulakan dengan solat berjamaah dan seterusnya YDP Pas Pensiangan,Hisammuddin memberikan ceramah berkenaan krisis kepercayaan umat kepada agamanya termasuk persoalan agama dan politik.Majlis itu juga diserikan dengan pembahagian infak dan zakat kepada golongan muaallaf dan juga fakir miskin.Mereka ini dipinggirkan UMNO/PBRS DAN BN.Majlis diakhiri dengan jamuan rakyat.
Pas di kawasan Pensiangan ini sudah meneroka bumi Allah ini yang mempunyai kekayaan dan harta melimpah ruah namun,sedih kerana urus tadbir bumi ini amat dhaif dan dipimpin oleh orang-orang yang tidak amanah!Pas Pensiangan akan terus komited untuk mendapat legasi kepimpinan politik Islam di Pensiangan.Terima kasih,rakyat Muslim yang menjadi Ahli Pas dan Non-muslim yang menjadi tonggak kepada Pas pensiangan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas(DHPP).Mereka telah memberi kepercayaan penuh kepada Pas untuk menjadi parti alternatif menggantikan PBRS/UMNO DAN BN.

Saturday, October 1, 2011

Jual Pulau: Butiran Memorandum Pemuda PAS Sabah

Sumber: http://sahabatblogsabah.blogspot.com/


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAU MENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulau Montukod, Mengalum dan Pandanan rujuk: http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masih mendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yang konkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara.


Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau “land swap” antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum sedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kini telah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangat bernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individu yang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut!

Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilik kepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulau berkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hak NCR di Pulau Pendanan Kecil, Datu Pangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambil tindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit. Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.

DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana Pulau Montukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual di Pasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian.

Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuan membangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak saja diserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurus beberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran dan Pulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihak Asing.

DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulau tersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apa tindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentingan bersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu menguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatan negara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatif dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.

Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Lahirul Latigu
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah

(019-3692597)

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD