HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Thursday, November 1, 2012

Bicara Pendidik di Kuala Penyu dicemari agenda politik UMNO/BN

Salam perjuangan..

Aku baru mendapat berita (melalui whatapp) dari teman guru disana, tentang majlis yang diadakan khas untuk guru-guru di daerah Beaufort (kuala penyu). Nama majlis tersebut ialah 'Bicara Pendidik Demi Negara' dengan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah. Namun selepas majlis tersebut, ucapan diambil alih oleh seorang Ketua Cawangan Khas Kontijen Polis Sabah dari Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Majlis pada awalnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Sabah

Paru guru merasa muak dengan ucapan KEJI serta FITNAH mula beransur keluar dari dewan

Maka bermulalah ceramah politik KOTOR wakil UMNO yang beruniform. Antara yang di basuh guru-guru ialah termasuk Himpunan Hijau yang menjadi ancaman, TABAH (NGO Bela Tanah Rakyat Sabah) yang dikatakan tidak berdaftar dan juga Sang Saka Malaya yang dikatakan hasrat pembangkang mahu menubuh republik dengan menyingkirkan raja-raja Melayu. Termasuk isu BERSIH yang dituduh mengancam keselamatan negara kerana diterajui oleh Ambiga.

Penceramah BANGANG yang dimaksudkan (berbaju biru)

Inilah kerja BODOH UMNO/BN apabila menjadikan para pendidik/guru tempat untuk mereka melepaskan geram dan tuduhan. Aku rasa memang usia UMNO dah sampai hujung betul sudah ni..

Tuesday, October 30, 2012

Koleksi ucapan pemimpin Pakatan Rakyat pada Konvensyen Politik Baru Sabah

Kredit to KinabaluTV


















Berita lanjut boleh rujuk blog member aku ni- blogger Abu Nuha (rujuk disini)



ADUN Sekong (BN) dikatakan punyai gundik PTI?

Kebelakangan ini terlalu banyak isu di Sabah yang perlu rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui. Pada masa yang sama aku dilanda virus malas menulis dan diserang bekteria suka membaca yang menyebabkan blog nie sunyi seketika.

Aku mulakan dengan isu ADUN BN (UMNO) yang bengong sorang ni. Kerana mungkin inginkan perhatian disebabkan PRU13 yang semakin dekat ini, beliau tiba-tiba muncul di Dewan Undangan Negeri Sabah dengan membawa isu yang HAPRAK. Sepatutnya kawasan beliau yang terlalu daif yang perlu dibincangkan di DUN, tetapi sebaliknya beliau membawa isu Ketua Pemuda PAS Sabah pula.


Kesempatan ni juga, aku nak ucap terima kasih banyak kepada YB bodoh sorang ni, kerana beliau terlupa dengan mengangkat isu ini sebenarnya beliau mengiktiraf kehadiran PAS di Sabah yang semakin menggugat dan bakal meranapkan UMNO dan BN. Malah serangan beliau kepada Ketua Pemuda PAS bukan sahaja merugikan beliau dan BN Sabah tetapi ibarat menepuk air di dulang. Ini kerana beliau sendiri tercalit dengan projek IC Projek (rujuk disini)

Selain terpalit dengan IC Projek beliau juga terlibat skandal gundik simpanan. Aku terima messege dari whatapp saudara Lahirul Latigu. Mesege ini beliau foward dari laman Facebook beliau,

"salam pertemuan kembali saudara Lahirul. saya hanya tahu bahawa saudara adalah Ketua dewan pemuda PAS sabah pada tahun lepas. rupanya saudara meneruskan perjuangan saudara sejak dari UUM lagi. kita adalah satu batch sesi 1998-2001(kalau saya tidak tersilap). saya kagum dengan usaha-usaha saudara dalam membangkitkan kesedaran rakyat sabah daripada terus di jajah oleh BN bin UMNO. sejak kebelakangan ini saya nampak saudara sedang diserang oleh puak BN bin UMNO berkaitan dengan status kewarganegaraan saudara dan daripada kenyataan saudara, status kewarganegaraan saudara sememangya tidak perlu diragui dan saudara adalah WARGANEGARA MALAYSIA. sebab itu, saya merasa amat kelakar bila adun sekong Datuk Samsudin Yahya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar supaya tubuhkan RCI untuk menyiasat kewarganegaraan saudara. sekiranya saudara bercadang untuk mengeluarkan kenyataan media(akhbar atau internet) untuk timbal balas kenyataan adun sekong ini, saya sarankan supaya saudara membangkitkan isu GUNDIK Datuk 'S' (samsudin yahya) iaitu Pia Binti Dahlan (670315-12-5012) yang mendapat kewarganegaraan songsang melalui datuk s, Siapakah Pia dan siapakah Dahlan? Pia ialah perempuan Visaya atau orang Sabah panggil 'Tagalog' dari Manila yang memasuki Sabah secara sah sebagai pekerja sosial tetapi gagal memperbaharui pasportnya dan menjadi PATI di Sabah..." (mesege seterusnya terlalu detail pendedahannya sehingga aku pun bimbang nak masukkan ke dalam blog ini)

Namun bagi lebih mengetahui siapa Datuk Samsuddin boleh rujuk disini dan disini.

Hasil dari isu ini, pelbagai pihak telah tampil membela saudara Lahirul Latigu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah bagi membuktikan bahawa beliau adalah anak jati Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah.

Lahirul Latigu merupakan Ikon anak muda Sabah yang berani bangkit menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini menzalimi rakyat Sabah. (gambar: ketika beliau ditahan pihak polis dengan tangannya digari dibelakang seperti penjenayah hanya kerana terlibat dengan BERSIH 2.0)
 

Pada pemerhatian aku, serangan demi serangan terhadap PAS di Sabah kebelakangan ini menunjukkan bahawa PAS Sabah semakin diterima oleh rakyat Sabah bagi menjatuhkan BN pada PRU akan datang.

Friday, October 19, 2012

LIVE: Konvensyen Politik Baru Sabah esok

Salam perjuangan..

Tahniah aku ucapkan kepada team KinabaluTV. Seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah akan dapat mengikuti Konvensyen Politik Baru Sabah secara langsung yang akan diadakan esok bertempat di Star City Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Siaran langsung boleh ikuti di sini : http://www.ustream.tv/channel/kinabalutv

Monday, October 15, 2012

Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din di Kota Kinabalu

Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din ke Sabah baru-baru ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat sekitar Kota Kinabalu. Kehadiran beliau ke Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Pengijazahan Pertama Pertubuhan Kebajikan dan Perubatan Islam (Darul Syifa) Sabah.

Penerima sijil Pengijazahan Darussyifa' bergambar bersama TG Dato' Dr. Harun Din

Sebelum dari itu beliau telah merasmikan banggunan Persatuan Rawatan Islam Darussyifa' Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Pusat rawatan tersebut bersebelahan dengan Sekolah Rendah Islam Al-Hafid'z akan menjadi pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') yang pertama dibuka di Sabah.

Bergambar bersama penggerak Darussyifa' Sabah

Menandatangani plat perasmian Pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') Sabah

Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din juga pada sebelah malamnya telah bersama-sama dengan majlis Diskusi Pengubatan Islam dan Pelancaran Dana Waqaf Kompleks Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang mana beliau juga Penaung kepada PDS.

Dr. Harun Din sedang menyampaikan ceramah

Tetamu yang hadir terpaksa berdiri dibelakang bagi mendengar ceramah Dr. Harun Din


Pada majlis tersebut lebih RM16,000 sumbangan dana waqaf berjaya dikutip malah kehadiran tetamu diluar jangkaan penganjur.



Wednesday, October 3, 2012

PANAS: TNC UTHM yang dituduh rasuah terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Pro-M di UTHM?

Salam perjuangan..

Berita hari menggemparkan seluruh Malaysia apabila seorang TNC di UTHM, Batu Pahat telah dituduh terlibat dalam rasuah oleh SPRM. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah, TNC yang dimaksudkan itu juga dikatakan antara individu yang banyak merancang di dalam Pilihanraya Kampus UTHM baru-baru ini.

Beliau merupakan Ketua Pemilihan MPP bagi PRK yang menyaksikan beberapa orang calon Pro-Mahasiswa telah terbatal dari menjadi calon.


Persoalannya sekarang, adakah sah pemilihan MPP UTHM baru-baru ini. Menurut sumber dalaman, calon yang ditolak baru-baru ini perlu membayar RM200 untuk proses rayuan bantahan. Adakah ini juga amalan rasuah yang cuba diterapkan didalam universiti tersebut.

Kes video baru-baru ini juga menyaksikan UTHM tercalar kerana campur tangan pihak pentadbiran (Suara Keadilan)
 
Aku juga mendapat makluman bahawa pihak Alumni UTHM (NGO) sedang berusaha untuk menghantar surat terbuka kepada pihak universiti diatas pengurusan pemilihan MPP yang caca merba.

Tuesday, September 25, 2012

PENDEDAHAN: Ketua Pemuda UMNO Tawau miliki kekayaan luar biasa

Salam perjuangan..

Semalam box FB aku diterjah oleh salah seorang teman dari Tawau. Beliau meminta aku untuk dedahkan laporan kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau yang diadakan baru-baru ini. Laporan tersebut jelas menunjukkan Ketua Pemuda UMNO seorang yang mewah kerana mampu memberi sumbangan sehingga RM 441, 976.93 kepada organisasinya. Sumbangan yang begitu besar ini menjadi tanda tanya bagaimana beliau memperolehi kekayaan begitu banyak.

Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tempoh Jun 2011 Hingga Ogos 2012

 Pendedahan tersebut tersebar di Fecebook

 Ariffin Kassim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau

Sekiranya beliau mampu menyumbang sebanyak itu, persoalan besar yang menjadi tandatanya, berapakah pula jumlah sebenar harta kekayaan yang beliau kumpul..? SPRM perlu siasat..!


Monday, September 24, 2012

TERKINI: Rakyat Sabah saman Petronas!

Setelah bersabar sekian lama, kini rakyat Sabah mula menyatakan hak mereka. Hari ini, rakyat Sabah telah memfailkan saman terhadap Petronas berhubung perjanjian Petronas 1976 yang mencabuli perjanjian Malaysia 1963. Sebelum dari ini rakyat Kelantan telah bangkit menuntut hak mereka (rujuk disini:http://www.malaysiakini.com/news/209733)
Nantikan pembongkaran seterusnya..

Saudara Lahirul Latigu (kiri) bersama Gabungan Nasionalis Sabah ketika memfailkan proses saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu sebentar tadi


Hakikat hak rakyat Sabah yang dizalimi oleh  UMNO/BN telah disebut oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang melalui ucapan beliau sebelum ini.



Politik Sabah semakin PANAS..!

Friday, September 14, 2012

SABAH: BANTAHAN TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W DI KOTA KINABALU DAN TAWAU



BANTAHAN DAN KECAMAN OLEH UMAT ISLAM DIADAKAN DI 2 LOKASI SELEPAS JUMAAT SEBENTAR TADI.



UMAT ISLAM BERSATU MEMBANTAH KEBIADAPAN PAPARAN FILEM PENDEK YANG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

Thursday, September 13, 2012

Sambutan Hari Malaysia ke-49

Seluruh rakyat Malaysia dijemput ke Sambutan Hari Malaysia ke-49 Peringkat Kebangsaan pada:

15 September 2012 (Sabtu)
Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
7.00pm - 12.00pm

Pimpinan utama Pakatan Rakyat akan turut hadir memeriahkan..
"Sebangsa, Senegara, Sejiwa"


Wednesday, September 12, 2012

Gula-Gula bertong-tong telah tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu

Khas untuk Rakyat Sabah.. haha..




p/s - siap logo 1 Malaysia

Tuesday, September 11, 2012

Presiden ISMA terus dikecam kerana kenyataan Dwi-Standard beliau di Facebook

Salam Syawal

Kepada mereka yang mengenali Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, aku mohon sangat-sangatlah agar dapat tegur atau memberi penjelasan kepada beliau tentang isu-isu semasa. Aku tengok akhir-akhir ini beliau seperti gali lubang untuk ISMA dikuburkan bersama-sama UMNO saja. Komen beliau tentang program 'Janji Bersih' seolah-olah beliau menjadi lidah pemimpin UMNO.

Aku tak kisah kalau nak tegur bab-bab akhlak nie, sebab aku pun tak setuju kaedah menghina sebegitu. Namun biarlah adil dan menyentuh keseluruhan isu, bukan hanya membabitkan sebelah pihak sahaja. Bagaimana beliau ingin menonjolkan imej ISLAM sedangkan dalam masa yang sama beliau membuang prinsip keadilan dalam melontarkan pandangan dan teguran. Cubalah belajar dengan Dr. Asri (MAZA) yang sentiasa memastikan tegurannya seimbang dan menyeluruh walaupun pada aku ada juga yang MAZA kadangkala terlepas pandang. Namun sekurang-kurangnya MAZA tidaklah berpihak pada sesiapa ketika melontarkan pandangan.

Berikut aku print-screen kenyataan dan komen orang ramai di Facebook beliau.




komen dan kecaman dari pengunjung laman FB beliau








p/s- Ketika artikel ini ditulis, aku baru saja dikeluarkan dari group ISMA Sabah kerana mengkritik pandangan presiden mereka dalam isu ini. Hairan juga, bila sebuah gerakan Islam yang mengaku lebih IKHWAN dari yang lain tidak mahu berlapang dada dengan teguran dan pandangan orang ramai.


Monday, September 10, 2012

PENDEDAHAN: Masa depan anak Sabah di perjudikan oleh UMNO/BN

Salam Syawal..

Kebobrokan sistem pengurusan di Sabah sangat ketara apabila banyak projek-projek kerajaan yang terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan. Isu banggunan Hospital Queen yang tidak selamat, akhirnya terpaksa diruntuhkan semula, isu banggunan di UITM Sabah yang dibina menggunakan pasir pantai yang akhirnya terpaksa dikosongkan, isu banggunan Politeknik yang dibina diatas paya menyebabkan sturktur banggunan tidak selamat dan yang paling mengejutkan ialah apabila sebanyak 38 buah sekolah di Sabah tidak dapat disiapkan pada RMK-9.

Sebahagian gambar yang didedahkan adalah keadaan sebenar yang berlaku di Sabah.

Papantanda projek sekolah terbengkalai di Kota Belud
Kontraktor dipersalahkan
 
‎1. Pembinaan sekolah dalam RMK-9 (skrg sudah RMK-10) hanya 25km dari bandar Kota Kinabalu
2. Papan tanda sebelah kiri SK Telipok, papan tanda sebelah kanan SMK Telipok
3. Sepatutnya telah siap pada tahun 2011 lagi
4. Ketua Penerangan PAS kawasan Sepanggar, Saudara Zulfikar ketika melawat tapak projek yang dipenuhi semak samun
 
atas kiri- keadaan dalam kelas (mcm mana pelajar hendak bermotivasi utk belajar)
bawah kiri- keadaan kelas dibawah khemah yg terpaksa pelajar hadapi
atas kanan- keadaan kantin (tempat pelajar makan dan minum- mcm kandang kambing)
bawah kanan- bergambar bersama dihadapan Sek. Keb. Tuarid Taud, Keningau (5-7 km dari Pekan Keningau).
 
SK Piasau, Kota Belud (10km dari Pekan Kota Belud)
hampir enam bulan tidak beratap kerana atapnya telah diterbangkan oleh ribut awal tahun ini
Datuk Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan untuk memperbaiki sekolah ini pada lawatannya di SMK Narinang bulan April lalu
 

Laporan dari salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk 'Sekolah tak siap ganggu pelajar'. (rujuk disini)
 


......................................................................................

Nantikan pendedahan ini pula..



Sunday, September 9, 2012

Ordinan Native: Manipulasi Setiausaha PRESS terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS (bahagian pertama)

Sumber: http://sahabatblogsabah.blogspot.com/

Sahabat Blogger Sabah (SBS.Media) merasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang memainkan isu keturunan dan etnik tanpa memikirkan kesannya terhadap kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat di Sabah. Perkembangan terbaru ialah apabila kenyataan Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu berkaitan isu RCI telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

Polimik tersebut bermula apabila Ketua Pemuda PAS Sabah menyatakan pendirian terhadap penubuhan RCI yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kenyataan beliau boleh dirujuk pada keratan akhbar bertarikh 13 Ogos 2012 yang diterbitkan oleh DailyExpress.

Bulatan: Kesilapan laporan oleh DailyExpress

Melalui laporan media tersebut, saudara Mohd Zaki Harry Susanto yang juga setiausaha PRESS (Persatuan Etnik Suluk Sabah) telah mendesak Ketua Pemuda PAS Sabah memohon maaf terhadap laporan media tersebut, dimana beliau mempertikaikan kenyataan yang mengatakan etnik Suluk sebagai pendatang (PTI) di Sabah. Ianya disusuli dengan laporan polis yang dibuat terhadap saudara Lahirul bertarikh 2 September 2012 di balai polis Tawau.

Berikutan dengan tindakan tersebut, saudara Lahirul telah membuat kenyataan balas bahawa laporan berita tersebut sebenarnya mempunyai kesilapan terhadap apa yang dilaporkan. Beliau telah mengeluarkan kenyataan balas yang boleh dirujuk di sesawang Sabahkini dan sesawang saudara Lahirul sendiri sebagai reaksi kepada isu yang dibangkitkan (rujuk disini dan disini). Namun begitu setiausaha PRESS tersebut masih tidak mahu mengakui penjelasan yang diberikan, sebaliknya terus mendesak saudara Lahirul di laman-laman Facebook, sehinggalah saudara Lahirul terpaksa membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dikeluarkan oleh saudara Zaki (rujuk disini)

Laporan polis oleh Lahirul Latigu pada 4 September 2012 dibalai polis Karamunsing, Kota Kinabalu

Bagi menjernihkan keadaan saudara Lahirul telah bertemu dengan Presiden PRESS sendiri iaitu En. Kahar Tan bagi menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan tersebut sebenarnya telah mencapai persefahaman bahawa apa yang berlaku sebenarnya ialah salah lapor pihak media terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS tersebut.

Namun kerana kepentingan politik, isu tersebut seperti tidak mahu diselesaikan oleh bloger-blogger upahan, malah dibabitkan pula dengan keluarga dan etnik saudara Lahirul.

Pertemuan bagi menjernihkan suasana bersama Presiden PRESS, En. Abd Kahar Tan (tengah)

Nantikan pendedahan seterusnya.

Thursday, August 30, 2012

Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sabah

Salam Syawal..

Kepada semua pengunjung blog ISLAMRETURN, mohon maaf dihulurkan kerana lama tidak mengaktifkan laman blog ini. Juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman-teman seperjuangan yang menyokong REFORMASI ke Arah Malaysia Baru. InsyaAllah, keizinan dariNya pasti kita akan nikmati sebuah NEGARA BERKEBAJIKAN kelak.

Kesempatan ini aku ingin promosikan program yang penuh sepanjang 1 September (sabtu) ini. Berikut adalah poster-poster yang sempat aku muat naik kan untuk paparan pengunjung. InsyaAllah, kira berkesempatan, info-info terkini akan aku masuk dari masa ke semasa.






 
 
Nantikan kejutan..

Tuesday, July 31, 2012

Bangkit (ISLAM) Nusantara..!

Sebenarnya aku dengar lagu nie beberapa kali di radio.. namun kurang ambil perhatian liriknya. Tapi bila aku teliti liriknya kebelakangan ini, rupanya ianya satu suntikan semangat buat ummat Nusantara. Ayuh, kita bangkit mengembalikan kegemilangan ISLAM di Nusantara sebagaimana sejarah Kesultanan Melaka, Acheh, Champa, Pattani, Sulu, Brunei, Sulawesi dan lain-lain lagi.



...(lirik)
"Jadi Bangkit Berkumpul Di Bawah Panji Bulan Sabit"

Bersama Kepimpinan Ulama Ke Arah Kebangkitan ISLAM

Friday, July 27, 2012

Demontarasi membantah kekejaman terhadap Etnik Rohingya di Kota Kinabalu

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini telah mengadakan 'Demontrasi Bantahan Terhadap Kekejaman Etnik Rohingya'. Demontrasi yang sama juga turut diadakan di Sandakan dan Tawau sejurus selepas menunaikan solat Jumaat. Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu mengingatkan kerajaan Myanmar agar momohon maaf dan segera menamatkan kekejaman terhadap umat Islam. Selain dari itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia agar segera mengenakan tekanan diplomatik terhadap Myanmar diatas perlakuan yang tidak berperikemanusiaan oleh pihak tentera dan penduduk awam terhadap umat Islam disana.

Gambar sekitar domontrasi di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.







UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD