Kebobrokan sistem pengurusan di Sabah sangat ketara apabila banyak projek-projek kerajaan yang terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan. Isu banggunan Hospital Queen yang tidak selamat, akhirnya terpaksa diruntuhkan semula, isu banggunan di UITM Sabah yang dibina menggunakan pasir pantai yang akhirnya terpaksa dikosongkan, isu banggunan Politeknik yang dibina diatas paya menyebabkan sturktur banggunan tidak selamat dan yang paling mengejutkan ialah apabila sebanyak 38 buah sekolah di Sabah tidak dapat disiapkan pada RMK-9.
Sebahagian gambar yang didedahkan adalah keadaan sebenar yang berlaku di Sabah.
Papantanda projek sekolah terbengkalai di Kota Belud
Kontraktor dipersalahkan
1. Pembinaan sekolah dalam RMK-9 (skrg sudah RMK-10) hanya 25km dari bandar Kota Kinabalu
2. Papan tanda sebelah kiri SK Telipok, papan tanda sebelah kanan SMK Telipok
3. Sepatutnya telah siap pada tahun 2011 lagi
4. Ketua Penerangan PAS kawasan Sepanggar, Saudara Zulfikar ketika melawat tapak projek yang dipenuhi semak samun

atas kiri- keadaan dalam kelas (mcm mana pelajar hendak bermotivasi utk belajar)
bawah kiri- keadaan kelas dibawah khemah yg terpaksa pelajar hadapi
atas kanan- keadaan kantin (tempat pelajar makan dan minum- mcm kandang kambing)
bawah kanan- bergambar bersama dihadapan Sek. Keb. Tuarid Taud, Keningau (5-7 km dari Pekan Keningau).

SK Piasau, Kota Belud (10km dari Pekan Kota Belud)
hampir enam bulan tidak beratap kerana atapnya telah diterbangkan oleh ribut awal tahun ini
Datuk Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan untuk memperbaiki sekolah ini pada lawatannya di SMK Narinang bulan April lalu
Laporan dari salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk 'Sekolah tak siap ganggu pelajar'. (rujuk disini)
......................................................................................
Nantikan pendedahan ini pula..
No comments:
Post a Comment