HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, January 29, 2012

Ustaz Azhar Idrus @ Shah Alam: UMNO pasti hilang akal..!

Masa depan milik Islam..

Lokasi Masjid Shah Alam (foto fb: Firdaus Ahmad)

Semasa sesi soal jawab (foto: fb Mohamad Zul Hilmey)

Tuesday, January 24, 2012

Kemeriahan Tahun Baru Cina diraikan bersama oleh Pemuda PAS Sepangar

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

21hb Januari (Inanam): Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini telah mengedarkan buah limau sebagai tanda persaudaraan terhadap masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Pekan Inanam telah menjadi lokasi edaran buah limau pada kali ini. Rata-rata masyarakat cina yang ditemui terkejut dengan kehadiran pemuda PAS serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya PAS sebagai sebuah parti Islam.

Pada kesempatan ini juga PAS kawasan Sepangar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini mendatangkan kemenangan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya.


Gambar sekitar edaran buah limau


 Pemuda PAS Sepangar bersedia untuk mengedarkan buah limau

 Berdoa memohon keberkatan di atas usaha yang dilaksanakan

Menyampaikan buah limau kepada pengunjung restoran

 Salah seorang masyarakat Tionghua yang menerima buah limau dari pemuda PAS Sepangar

Monday, January 23, 2012

BR1M bakal mengundang padah pada UMNO/BN

Rata-rata rakyat kini menunggu janji BN untuk memberi 'wang saku' seperti yang dinyatakan oleh PM ketika pembentangan 'Bajet Pilihanraya' baru-baru ini. Tidak kiralah samaada rakyat kebanyakan, pelajar sekolah, kakitangan awam, bahkan mahasiswa juga menuntut janji tersebut. Secara zahirnya, kita akui bahawa pemberian itu mampu memberi sedikit senyuman pada mereka, tetapi pada hakikatnya ianya umpama racun yang sedang meresapi jangka hayat UMNO/BN.

 Berbaris panjang (sumber)

Hingga ada yang pengsan

Mana tidaknya, pemberian baucer pada mahasiswa kini dijadikan bahan tukaran wang untuk mereka enjoy malah ada yang melelongnya di internet. Manakala, rakyat pula terpaksa bersusah payah hadir ke majlis-majlis penyerahan BR1M sehinggakan ada yang menunggu berjam-jam, malah ada yang kecewa apabila nama mereka tidak tersenarai dalam pemberian sumbangan tersebut.

Jelas segala apa yang berlaku kini memperlihatkan bahawa kerajaan UMNO/BN berada pada hujung usia, kerana apa yang mereka cuba laksanakan umpama 'adhoc decision' yang mengundang bencana kepada mereka sendiri.

Mari kita tunggu dan saksikan peristiwa seterusnya yang bakal berlaku dari BR1M ini nanti..!

Thursday, January 19, 2012

Ugutan dari Pengerusi Masjid ada kaitan dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim ke Kota Kinabalu

Salam perjuangan..

Pagi tadi ketika bersarapan pagi bersama bro KP Sabah dan ketua penerangan pemuda, aku ditunjukan dengan SMS dari Pengerusi Masjid di salah sebuah masjid di Sepangar. Isi SMS tu boleh dibaca dibawah, namun apa yang mengecewakan aku ialah, beginikah cara urus tadbir masjid sehinggakan takut pada banyang-bayang UMNO/BN. Mampus UMNO..!

SMS yang diterima

Pemberian BR1M di Semporna kecoh

Juga berita yang aku perolehi, pemberian wang BR1M di Semporna kecoh serta pemimpin UMNO yang hadir dimalukan apabila kehadiran rakyat labih dari 10000orang, tetapi yang menerimanya sumbangan hanya 3000orang sahaja. Betulkah berita tersebut..? hanya teman-teman di Semporna yang boleh menjawabnya.. rujuk disini. Mungkin inilah yang dikatakan "manusia merancang tipu daya, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu lah yang terbaik"

Tuesday, January 10, 2012

SETENGAH HARI BERSAMA YB DS MOHD NIZAR

Sumber: http://abunuha.wordpress.com/



Catatan santai oleh : Mohd Jubirin (melalui emel) & foto oleh Abu Nuha.

Selesai bersarapan pagi 31 Disember 2011 di Restoran Sri Keningau Putatan, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga AJK PAS Pusat singgah di Tamu Pekan Putatan. Beliau ditemani oleh Encik Suhaimi Embong dari Terengganu yang juga Pengarah Jabatan IT PAS Pusat. Tamu ini beroperasi bermula petang jumaat sehingga tengahari ahad. Di sini beliau bertemu dengan masyarakat yang berurusan sama ada penjual, pembeli dan sebagainya. Kami perhatikan, sejak mula beliau turun, ramai yang melihatnya dari dekat dan jauh, mungkin sebahagian mengenalinya atau sebahagian lagi ‘macam kenal’.
Rupanya bekas Menteri Besar Perak.

Kira-kira 45 minit di sini, ramai juga yang disapa oleh beliau atau beliau disapa oleh orang lain. Tidak ketinggalan beberapa orang yang berasal dari Perak  yang bekerja di sini dan memberi sokongan terhadap beliau. Ada seorang wanita tionghua dari Putatan yang lama berbual dan menyatakan masalah yang beliau alami. Kami perhatikan YB Nizar memberi tumpuan penuh kepada aduan wanita berkenaan. Beberapa jemaah masjid (yang kami dimaklumkan dari) sekitar Petagas dan Putatan juga sempat beramah mesra dengan beliau dan mereka merasa teruja dengan kehadiran beliau di sini.

Dari Putatan menuju ke Pekan Tanjung Aru. Di sini rombongan singgah di beberapa restoran cina dan melayu. Kami melihat beliau begitu agresif bertemu rakyat dan sebahagian besar yang ditemui menyambut baik kedatangan beliau. Mungkin sikap masyarakat yang peramah dan tidak berkira dengan sesiapa yang menyapa mereka. Atau juga sebahagiannya terkejut dan teruja dengan kehadiran seorang tokoh yang tiba-tiba saja ada di hadapan mereka. Kepada masyarakat tionghua, YB Mohd Nizar bertutur dalam 3 bahasa, melayu, inggeris dan cina. Tidak kurang juga mereka yang berterus terang menyokong Pakatan Rakyat.

Dari Pekan Tanjung Aru bergerak ke Pasar Besar Kota Kinabalu. Tidak dapat penganjur membawa ke seluruh pasar yang memang besar. Hanya di bahagian hadapan sahaja yang sempat diziarahi dan beliau dapat bertemu dan mendengar beberapa permasalahan rakyat terutama hal ekonomi yang membelenggu rakyat serta isu-isu politik Sabah. (Kami pula berdiri sedikit jauh untuk memberi peluang mereka berbual). Kebetulan kami bertemu dengan beberapa penjual majalah dan suratkhabar, ada harakah dijual di sana yang di muka hadapannya memaparkan foto Presiden PAS dan YB Nizar sedang makan-makan santai dan bersila. Terkejut juga penjual tu yang melihat orang dalam foto itu ada di hadapannya.

Dari Pasar Besar ke Pasar Tani Asia City pula. Beliau beramah mesra dengan beberapa peniaga dan pelanggan termasuk seorang peniaga yang berasal dari Perak juga. Ada peniaga durian, penjual arnab, penjual ubat-ubatan tradisional, semuanya disapa dan ditegur oleh beliau. Sebelum berehat minum di restoran berhampiran, YB Nizar mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan darah yang disediakan percuma oleh seorang peniaga di sana. Di restoran berhampiran, beliau duduk bersama tuan kedai dan bercerita dengan beberapa orang yang lain.

Waktu zuhur kami semua ke Masjid Negeri Sabah. Rombongan tiba tepat ketika azan dilaungkan. YB Nizar dan berada di saf pertama sebelah bilal bertugas. Kami saksikan ramai jemaah yang bersalaman dengannya termasuk beberapa orang ketua jabatan (kami dimaklumkan) yang kebetulan solat zuhur bersama-sama juga. Beliau beramah mesra dengan tuan imam dan jemaah lain. Juga ada seorang yang kelihatan sangat teruja kerana sebelum ini katanya hanya melihat di surat khabar atau internet saja. Ada seorang pelancong muslim dari Australia yang turut bersama-sama bercerita dengan beliau. Rupanya pelancong berkenaan boleh bertutur dalam bahasa melayu.

Program terakhir yang kami sempat bersama-sama sepanjang setengah hari itu ialah jamuan tengahari di Restoran Lengkuas Sembulan. Sekitar setengah jam di sana, dan sebelum berangkat beliau sempat menemui taukeh restoran dan mendoakan agar restorannya maju dan berkembang. Program berikutnya YB Nizar hari itu ialah bersama kawan-kawan di Sepanggar dan seterusnya ke Kota Belud pada sebelah malam. Tugasan kami selaku kumpulan media Putatan berakhir di sini.

Keseluruhannya, kami melihat atas peribadi YB Nizar sendiri amat dikenali ramai, dan kami mempelajari banyak perkara contohnya dalam mendekati masyarakat seperti apa yang dikenali sebagai dakwah bilhal, seperti sentuhan, sapaan, senyuman dan ucapan-ucapan yang bersesuaian kepada setiap mereka yang ditemui. Ini kerana perkara-perkara asas dan mudah ini cukup memberi kesan walaupun tidak mesti mengungkapkan isu-isu politik pada semua keadaan. - (Penulis – Mohd Jubirin)

Thursday, January 5, 2012

Pelancaran KinabaluTV dan Wacana Media Baru di Sabah

Sumber: http://www.prkn41.pas.org.my/


KOTA KINABALU: Menjelang kedatangan tahun  baru 2012, Jabatan IT PAS Sabah telah melancarkan satu saluran webtv sendiri dengan jenama KinabaluTV pada 30hb Disember di Pejabata PAS Putatan, Kota Kinabalu Sabah.


Pelancaran tersebut dilakukan oleh Pengarah Jabatan  IT PAS Pusat (JITP), Saudara Suhaimi Embong. KinabaluTV boleh dilayari melalui youtube dan blog di alamat www.youtube.com/user/kinabalutv dan kinabalutv.blogspot.com

Serentak dengan pelancaran KinabaluTV, satu wacana Media Baru dihadiri 50 penggerak Media Baru Sabah.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD