HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, September 28, 2011

Madrasah Poligami: Melahirkan 'Super Husband'

Salam Ramadhan.. (artikel ini ditulis di dalam bulan Ramadhan tempoh hari, ketika menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu..)

Sebenarnya agak lama juga aku ingin ketengahkan isu ini, namun kekangan kehangatan 'politik negara' yang semakin meruncing, membantutkan seketika untuk aku menulis tentangnya. Sebaiknya, sebelum meneruskan pembacaan tajuk ini, aku sarankan agar pembaca merujuk dahulu penulisanku yang lepas (disini)

Hasrat aku menulis ini bukan bermakna ianya tepat seperti idealnya, namun konsep dan objektif yang tersirat pada keharusan poligami ini harus dibongkar kerana disana ada hikmah kenapa Islam yang mulia ini mengharuskan poligami, malah adakalanya sampai kepada situasi wajib.

Poligami dan Kehebatan Seorang Suami

Tidak dapat dinafikan bahaawa bukan mudah untuk menguruskan soal rumahtangga. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang telah berumahtangga, tanggungjawabnya terlampau hebat dan adakalanya tertewas juga dalam mengawal badai yang menimpa. Namun ibarat pepatah 'alah bisa, tegal biasa' membuktikan bahawa badai yang menerjah sebenarnya menguji kematangan sang nakhoda.

Mari kita andaikan situasi tersebut kepada kisah nakhoda dan kelasinya. Sekiranya sang nakhoda mempunyai seorang kelasi, ianya diibaratkan sebagai mendayung sebuah sampan.Andai kata pula kelasinya dua, dapatlah diibaratkan mengemudikan sebuah bot. Manakala apabila kelasi kapalnya tiga, ianya diibaratkan mengemudi sebuah kapal. Seterusnya andaikata kelasinya empat, maka semestinya lah diibaratkan nakhoda tersebut memimpin sebuah armada besar. Maka sudah pastilah keempat-empat situasi berikut memiliki perbezaan diantara satu sama lain.


Seharusnyalah seorang nakhoda armada itu lebih hebat pribadinya, lebih hebat semangatnya, lebih hebat jatidirinya dan lebih hebat spritualnya. Ini kerana nakhoda tersebut pasti akan menempuh ribut, taufan, badai dan segala macam rintangan yang maha besar bagi memastikan armada pimpinan beliau berjaya sampai ke destinasi yang sangat jauh berbanding nakhoda lain. Ibarat ini, sekiranya terzahir dalam kehidupan berkeluarga (berpoligami), maka disanalah akan lahirnya seorang manusiawi bergelar suami yang hebat.

Kasih Ditabur Dengan Sempurna

Ibu atau bapa sememangnya bercita-cita untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Ibu bapa yang punyai seorang anak pasti tidak sama emosi dan perasaannya bagi mereka yang punyai dua orang anak. Begitu juga, yang mempunyai dua orang anak, pastinya tidak sama emosi dan perasaan berbanding keluarga yang punyai tiga orang anak. Begitulah sunnahnya kehidupan dalam sesebuah keluarga. Bagi ibubapa yang mempunyai anak ramai, agihan kasih sayang terbaik akan diberikan kepada setiap anak, agar diantara mereka tidak merasa disisihkan.

Andaikata kita mempunyai anak sulung yang telah berusia 15 tahun dan 13 tahun, dan seorang anak bongsu berusia 2 tahun. Pada masa yang sama, kita ingin membeli suatu hadiah pada anak yang bongsu, nescaya hati kecil kita akan bergolak untuk memikirkan apa pula hadiah untuk diberikan kepada anak yang sudah dewasa tadi. Sedangkan mereka sudah dewasa dan tidak lagi hamburkan dengan hadiah-hadiah seperti kanak-kanak dibawah usia. Namun hati naluri seorang ibu bapa akan terganggu juga sekiranya hadiah hanya diberikan kepada anak yang bongsu sahaja. Maka semestinya sesuatu mesti dilakukan bagi memastikan semua anak-anak merasai nikmat kasih sayang serta tanda ingatan dengan seadilnya.

Sebaliknya perasaaan tersebut tidak akan timbul sekiranya kehadiran anak bongsu tidak ada. Malah kasih sayang yang diberikan hanya menurut usia anak-anak tadi tanpa dapat dibandingkan dengan anak bongsu.



Begitulah nilai kasih sayang yang secara fitrahnya akan lahir diatas sifat keibubapaan. Perasaan yang sama juga akan terbit di dalam konteks seorang suami. Mana mungkin suami akan mengabaikan nilai kesamarataan kasih sayang ini hanya kerana faktor usia perkahwinan. Seorang suami yang hebat, pasti akan tergerak emosi bagi menjamin kualiti hidup sekeluarga. Seterusnya nikmat kasih sayang ini akan terus dinikmati malah 'kesegaran' akan sentiasa menjelma di dalam kehidupan berkeluarga bagi memastikan kesan nilai kasih tersebut terus dirasai oleh semua.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana Madrasah poligami sebenarnya mampu melahirkan 'Super Husband'.

Tuesday, September 27, 2011

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah meriah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/



Dewan Pemuda PAS hari ini telah genab 25 tahun mengharungi badai perjuangan di bumi Sabah. Sehubungan dengan itu DPP Sabah telah mengadakan pelancaran 'Pelancaran Jubli Perak' seterusnya sambutan Aidilfitri. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut dihadiri Saudara Aminudin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.


Kehadiran tetamu yang dari pelbagai kaum menunjukkan PAS Sabah telah diterima oleh rakyat Sabah seterusnya bersedia untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pada masa hadapan. Pada ucapan Pelancaran Jubli Perak, Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu telah mengingatkan PAS kini telah menjadi harapan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN yang terbukti gagal dalam mentadbir urus kerajaan sehingga berlaku gejala rasuah, ketirisan dan sebagainya. Dewan Pemuda PAS Sabah yang kini berusia 25 tahun dan sememangnya telah bersedia serta cukup pengalaman untuk mengambil alih pentadbiran dari UMNO/BN.

Gambar sekitar majlis:

 Antara tetamu yang hadir

 Pimpinan-pimpinan PAS negeri Sabah menyaksikan tayangan video yang disediakan

 Tetamu menjamu selera

Masyarakat dari Tionghua juga turut sama menyerikan majlis

Thursday, September 22, 2011

NANTIKAN PENDEDAHAN SETERUSNYA: PENJUALAN PULAU BERHALA, SANDAKAN KEPADA TAUKE CINA



KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.


Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada  tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU
KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

ISU TANAH: PAS PENSIANGAN TURUN KE MAHKAMAH

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/

KENINGAU,20 SEPTEMBER 2011-Kehadiran lebih 100 orang penduduk kampung Alab Lanas Sook berkenaan tuntutan penduduk kampung di atas tanah NCR yang diceroboh Syarikat Borneo Timber.Penduduk Kampung yang majoritinya beragama kristian datang menuntut bela berkenaan kes rampasan tanah oleh syarikat kroni kerajaan itu.

Penduduk melakukan sesi ritual mereka dengan ketua mereka menikam tanah di perkarangan mahkamah dengan keris panjang sebagai satu signal kepada adat dan kepercayaan mereka. YDP Pas kawasan Pensiangan yang hadir ke mahkamah berkenaan diberikan sokongan dan tepukan kerana selama ini membantu membela nasib mereka tanpa mengira agama dan keturunan.Pas Pensiangan menghulurkan simpati dengan memberikan menaja makanan dan minuman mereka semasa berhimpun di perkarangan mahkamah.

Kes rampasan tanah ini terlalu banyak berlaku di Sabah dan di mana-mana sahaja.Apabila perasaan tamak haloba menguasai individu tertentu maka rintihan penduduk kampung dibiarkan tanpa pembelaan. Mengharapkan YB-YB UMNO/BN/PBRS jauh panggang dari api dan disifatkan "bagai kacang lupakan kulit',semasa pilihanraya mereka datang dengan muka ceria mengharap undi penduduk namun apabila penduduk dirampas tanah mereka senyap membisu.

Tahniah kepada Hisammuddin Sulaiman,yang merupakan YDP Pensiangan merangkap Presiden NGO TABAH(BELA TANAH RAKYAT SABAH)yang bertungkus lumus berkerja dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat!.


            Upacara adat,tikam tanah,seakan mahu menikam BN/UMNO/PBRS ini kali pilihanraya.


Rumainid yang akan dibaca pertuduhan ke atas beliau ini kerana menghalang jentolak yang mahu rampas tanah.

                             Hisammuddin memberi bantuan semampu mungkin.Pas GANTI PBRS!


Orang kampung,panas dihati seterik mentari namun berehat jua sekajap di bawah rimbunan pokok di perkarangan mahkamah.

Tuesday, September 20, 2011

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PENIPUAN SEMAKIN TERBONGKAR

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah ‘dinasihatkan’ oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya ‘membalas budi’ dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN. 

Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan ‘kempen kotor’ untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai ‘Projek IC’ yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut. 

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara ‘kotor dan haram’. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat. 

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.

MOHD SANY BIN HAMZAN    
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

21 September 2011

Friday, September 16, 2011

Muhammad Sabu Komunis di Sabah: UMNO kecut teloq!

Banner-banner provokasi Timbalan Presiden PAS ini dipasang di merata kawasan di Kota Kinabalu. Nampaknya ketakutan UMNO/BN terhadap Mat Sabu kini hingga ke Sabah. Syabas Abg Mat!!!

Kelihatan petugas keselamatan PAS sedang membuang benner-banner yang digantung di jejantas.


p/s: UMNO Sabah kini dah tak ada teloq.. klu ada, cuba lah datang demontrasi di depan dewan konvensyen... bawak la banner-benner haprak tu. Aku nak tengok budak UMNO mana yg kena lepuk dulu..

Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah meluluskan 20 Resolusi Buku Jingga Negeri Sabah

16 September, Kota Kinabalu: Bertempat di Star City, Pakatan Rakyat Sabah telah berjaya mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat Sabah yang telah dihadiri lebih 1500 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Dato' Seri Dr. Wan Azizah, Tn. Hj. Mohammad Sabu dan Mr. Lim Kit Siang selaku pemimpin ketiga-tiga parti kompenen Pakatan Rakyat hadir bagi mengesahkan 'Resolusi Buku Jingga' peringkat negeri Sabah yang diluluskan pada konvensyen kali ini. Buku Jingga negeri Sabah ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang negara berkebajikan serta kesepakatan bersama PAS, PKR dan DAP dalam 20 bidang utama negeri Sabah.

Berita Bergambar:

 Peserta yang hadir memenuhi setiap ruang dewan konvensyen

 Ucapan Tn. Hj. Mohammad Sabu

 Ucapan Mr. Lim Kit Siang

 Ucapan Datin Seri Dr. Wan Azizah

 Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat bersama-sama dengan negeri Sabah bersama-sama merasmikan simbolik pelancaran 'Resolusi Buku Jingga' Negeri Sabah.

Ketiga-tiga pimpinan pusat Pakatan Rakyat menandatanngi sebagai pengesahan dokumen buku Jingga Negeri Sabah


Thursday, September 15, 2011

Presiden dan Timbalan Presiden PAS di Sabah (update)

Salam Syawal..

Seminggu ini jentera PAS negeri Sabah sangat sibuk menyusun atur jadual perjalanan dan program kedua-dua tokoh besar dalam PAS dalam rangka lawatan mereka ke Sabah. Presiden PAS, Tn.Guru Hj. Abd Hadi Awang minggu ini telah mengunjungi Tawau dan Sandakan (rujuk disini), manakala Timbalan beliau Tn. Hj. Muhammad Sabu kini berada di Kota Kinabalu sempena pelancaran Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Sebelum dari itu beliau (Hj.Mohammad Sabu) telah berceramah di Kota Belud dan seterusnya bersama-sama dengan masyarakat di Kg.Suang Parai pada Majlis Sambutan Hari Raya PAS kawasan Sepanggar.


.............................................................................................................


Berita Bergambar:

 Tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PAS kawasan Sepanggar mendengar penjelasan terkini dari Tn. Hj. Mohammad Sabu

Timbalan Presiden PAS sudi menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir

Mohammad Sabu menyampaikan ceramah

Tetamu yang hadir mendengar ceramah beliau di Kota Belud

Thursday, September 8, 2011

Sekali lagi rakyat (ahli UMNO) Malaysia DIPERBODOHKAN!

Awal tahun dulu aku dah siarkan cukai post-paid akan dinaikkan 6% (baca sini). Maka berbondong-bondonglah rakyat Malaysia bertukar kepada pre-paid. Sekarang pre-paid pun naik cukai 6%, pas nie pakat tukar pulak pakai TM (telefon rumah). Tahniah la aku ucapkan pada seluruh ahli UMNO, kerana selepas ini kerajaan (PM) akan umumkan ekonomi Malaysia kukuh..!



Hari-hari menipu rakyat.. jom kita like page nih.. http://www.facebook.com/pages/100000-Bantah-Kenaikan-6-Terhadap-Prepaid-Simpack/111922938913592

Tuesday, September 6, 2011

Realiti Kemerdekaan Sabah

Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/



Sekali lagi penulis mengimbas pelajaran di bangku sekolah, subjek Sejarah yang amat bermakna. Dalam buku teks yang terhidang, kita hanya menerima bulat-bulat bahawa Sabah merdeka apabila tertubuhnya Malaysia. Baik sungguh usaha tun ku Abdul Rahman membawa Sabah merdeka. Maka saban tahun apabila berlakunya sambutan Hari Malaysia rakyat sabah akan merasa terhutang budi dengan tindakan tun ku Abdul Rahman. Tapi, itu juga satu penyelewengan sejarah.

Asal Usul Nama Sabah

Dipetik dari Wikipedia...
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Î’ajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah ,sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.
Tarikh Sebenar Kemerdekaan Sabah


Sabah sebenarnya merdeka pada tarikh yang sama dengan merdekanya Malaya, iaitu pada 31 Ogos tetapi tahun yang berbeza, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan Malaya. Antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gabenor Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi :

“ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963)

Tarikh sebenar kemerdekaan Sabah tercatat di dalam Wikipedia, tetapi tidak di dalam buku Teks Sejarah.

Penubuhan Malaysia


Selepas kemerdekaan Sabah, Tun Ku Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk mengajak Sabah serta beberapa negeri lain bagi menubuhkan Malaysia. Tawaran tersebut diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu dengan syarat bahawa harus ada 20 isi perjanjian antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin Sabah yang mewakili seluruh etnik di sabah.

Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama Perjanjian 20 Perkara, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa Sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani persetujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963. Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri Sabah sendiri.

Ironinya hasil bumi yang melimpah ruah belum dapat mengeluarkan kebanyakkan rakyat Sabah dari belenggu kemiskinan selepas 48 tahun negeri ini merdeka. Dari hasil minyak sehinggalah kepada pendapatan balak bagaikan tidak pernah wujud dan utara borneo ini. Sedangkan matlamat pembentukan Malaysia ialah untuk memajukan sosioekonomi negeri-negeri yang terlibat.

Hakikat Perjanjian 20 Perkara

Kurangnya penekananan perjanjian 20 perkara dan penerangan yang mendasar terhadap anak-anak Sabah menjadikan perjanjian tersebut seolah-olah tidak pernah wujud. Bahkan menjadi duri dalam daging bagi rakyat Sabah.

Disamping tidak mengetahui tentang isi kandungan perjanjian 20 perkara yang diperkatakan, wujudnya satu stigma di dalam masyarakat Sabah pada hari ini. Perjanjian 20 perkara adalah isu sensitif dan tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya rakyat Sabah sendiri gagal untuk mendapat manfaat daripada perjanjian yang telah diwartakan oleh pemimpin terdahulu.

Punca Krisis Yang Melanda

Ramai rakyat Sabah mula menyalahkan pihak persekutuan terhadap permasalahan tersebut. Antara yang paling hangat ialah pembahagian hasil bumi serta kebanjiran pendatang asing di bumi Sabah. Walhal kepimpinan negeri juga wajar diheret ke dalam permasalahan tersebut, kerana merekalah wakil untuk rakyat Sabah bersuara. Tapi mereka seakan membutakan mata dengan semua yang terjadi serta ikut tumpang sekaki. Memperjuangkan perjanjian 20 perkara seakan melepaskan batuk ditangga, sedangkan rakyat terus menderita.

Kesimpulan

16 September ialah hari penubuhan Malaysia manakala 31 ogos ialah hari kemerdekaan untuk Sabah. Mengimbau kembali hasrat penggabungan Sabah sebagai sebuah negeri di dalam persekutuan Malaysia iaitu ‘sabah maju jaya’, rakyat Sabah perlu bangkit kembali sebagai sebuah negeri benar-benar mempunyai jati diri. Anak-anak Sabah perlu berani bersuara untuk menuntut hak mereka.

Jika ada yang berkata “bersyukurlah sebab kita masih boleh menikmati keamanan dan kedamaian.” Maka katakanlah kepada mereka. “bersyukur tidak bermakna orang boleh menafikan hak kita!” Sabah bukan untuk Persekutuan dan Sabah bukan untuk kerajaan negeri, tapi…

“Sabah untuk orang Sabah!”

Friday, September 2, 2011

Ops. Sikap tahun ini HANCUR..?

Nak Tulis Tak Ada Mood
Jadi mari kita fikirkan bersama:

Apa yang akan terjadi pada 4hb September 2011 (Ahad)

Ibu Bapa mula menghantar anak-anak bagi pendaftaran pelajar baru ke IPTA seluruh negara
vs
Kepulangan warga Malaysia dari sambutan Aidilfitri  dari seluruh negara


Kesimpulan aku, Ops. Sikap tahun ini hancur..
Apa salahnya kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi menangguh sehari atau dua hari bagi memberi laluan kepulangan warga Malaysia menyambut Aidilfiri.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD