Sekali lagi penulis mengimbas pelajaran di bangku sekolah, subjek Sejarah yang amat bermakna. Dalam buku teks yang terhidang, kita hanya menerima bulat-bulat bahawa Sabah merdeka apabila tertubuhnya Malaysia. Baik sungguh usaha tun ku Abdul Rahman membawa Sabah merdeka. Maka saban tahun apabila berlakunya sambutan Hari Malaysia rakyat sabah akan merasa terhutang budi dengan tindakan tun ku Abdul Rahman. Tapi, itu juga satu penyelewengan sejarah.
Asal Usul Nama Sabah
Dipetik dari Wikipedia...
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Î’ajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah ,sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.Tarikh Sebenar Kemerdekaan Sabah
Sabah sebenarnya merdeka pada tarikh yang sama dengan merdekanya Malaya, iaitu pada 31 Ogos tetapi tahun yang berbeza, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan Malaya. Antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gabenor Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi :
“ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963)
Tarikh sebenar kemerdekaan Sabah tercatat di dalam Wikipedia, tetapi tidak di dalam buku Teks Sejarah.
Penubuhan Malaysia
Selepas kemerdekaan Sabah, Tun Ku Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk mengajak Sabah serta beberapa negeri lain bagi menubuhkan Malaysia. Tawaran tersebut diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu dengan syarat bahawa harus ada 20 isi perjanjian antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin Sabah yang mewakili seluruh etnik di sabah.
Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama Perjanjian 20 Perkara, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa Sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani persetujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963. Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri Sabah sendiri.
Ironinya hasil bumi yang melimpah ruah belum dapat mengeluarkan kebanyakkan rakyat Sabah dari belenggu kemiskinan selepas 48 tahun negeri ini merdeka. Dari hasil minyak sehinggalah kepada pendapatan balak bagaikan tidak pernah wujud dan utara borneo ini. Sedangkan matlamat pembentukan Malaysia ialah untuk memajukan sosioekonomi negeri-negeri yang terlibat.
Hakikat Perjanjian 20 Perkara
Kurangnya penekananan perjanjian 20 perkara dan penerangan yang mendasar terhadap anak-anak Sabah menjadikan perjanjian tersebut seolah-olah tidak pernah wujud. Bahkan menjadi duri dalam daging bagi rakyat Sabah.
Disamping tidak mengetahui tentang isi kandungan perjanjian 20 perkara yang diperkatakan, wujudnya satu stigma di dalam masyarakat Sabah pada hari ini. Perjanjian 20 perkara adalah isu sensitif dan tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya rakyat Sabah sendiri gagal untuk mendapat manfaat daripada perjanjian yang telah diwartakan oleh pemimpin terdahulu.
Punca Krisis Yang Melanda
Ramai rakyat Sabah mula menyalahkan pihak persekutuan terhadap permasalahan tersebut. Antara yang paling hangat ialah pembahagian hasil bumi serta kebanjiran pendatang asing di bumi Sabah. Walhal kepimpinan negeri juga wajar diheret ke dalam permasalahan tersebut, kerana merekalah wakil untuk rakyat Sabah bersuara. Tapi mereka seakan membutakan mata dengan semua yang terjadi serta ikut tumpang sekaki. Memperjuangkan perjanjian 20 perkara seakan melepaskan batuk ditangga, sedangkan rakyat terus menderita.
Kesimpulan
16 September ialah hari penubuhan Malaysia manakala 31 ogos ialah hari kemerdekaan untuk Sabah. Mengimbau kembali hasrat penggabungan Sabah sebagai sebuah negeri di dalam persekutuan Malaysia iaitu ‘sabah maju jaya’, rakyat Sabah perlu bangkit kembali sebagai sebuah negeri benar-benar mempunyai jati diri. Anak-anak Sabah perlu berani bersuara untuk menuntut hak mereka.
Jika ada yang berkata “bersyukurlah sebab kita masih boleh menikmati keamanan dan kedamaian.” Maka katakanlah kepada mereka. “bersyukur tidak bermakna orang boleh menafikan hak kita!” Sabah bukan untuk Persekutuan dan Sabah bukan untuk kerajaan negeri, tapi…
“Sabah untuk orang Sabah!”
2 comments:
kembang bulu roma aku baca artikel ni.. syabas kepada penulis
Perjanjian 20 perkara antara Malaya dan North Borneo adalah benar. Terdapat artikel dari sudut undang undang yg perlu di kaji dan di semak semula. Contohnya terdapat juga kebaikan dan advantej besar yg telah di kecapi Sabah yg TIDAK pula disebut dalam Perjanjian 20 itu. Malah rakyat Sabah dan Sarawak bebas keluar masuk dan bekerja dan menetap di Malaya. (nama Malaya kekal sehingga hari ini untuk membezakannya dgn sabah dan sarawak dulunya Borneo). Perjanjian 20 perkara itu tetap benar dan bagus di rujuk. Namun kajian sekarang ialah apakah perjanjian itu, jika dilaung laungkan akan meretakkan jalinan kukuh rakyat Malaysia antara Borneo dan Malaya. Balak dan minyak tidak selamanya. Syabas. Daripada KUMPULAN RAJAMENANGIS.
Post a Comment