Dewan  Pemuda PAS hari ini telah genab 25 tahun mengharungi badai perjuangan  di bumi Sabah. Sehubungan dengan itu DPP Sabah telah mengadakan  pelancaran 'Pelancaran Jubli Perak' seterusnya sambutan Aidilfitri.  Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut dihadiri  Saudara Aminudin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.
Kehadiran  tetamu yang dari pelbagai kaum menunjukkan PAS Sabah telah diterima  oleh rakyat Sabah seterusnya bersedia untuk bersama-sama dengan Pakatan  Rakyat untuk mentadbir pada masa hadapan. Pada ucapan Pelancaran Jubli  Perak, Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu telah mengingatkan  PAS kini telah menjadi harapan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN yang  terbukti gagal dalam mentadbir urus kerajaan sehingga berlaku gejala  rasuah, ketirisan dan sebagainya. Dewan Pemuda PAS Sabah yang kini  berusia 25 tahun dan sememangnya telah bersedia serta cukup pengalaman  untuk mengambil alih pentadbiran dari UMNO/BN.Gambar sekitar majlis:
 Antara tetamu yang hadir
 Pimpinan-pimpinan PAS negeri Sabah menyaksikan tayangan video yang disediakan
 Tetamu menjamu selera
Masyarakat dari Tionghua juga turut sama menyerikan majlis





No comments:
Post a Comment