HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Monday, October 15, 2012

Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din di Kota Kinabalu

Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din ke Sabah baru-baru ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat sekitar Kota Kinabalu. Kehadiran beliau ke Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Pengijazahan Pertama Pertubuhan Kebajikan dan Perubatan Islam (Darul Syifa) Sabah.

Penerima sijil Pengijazahan Darussyifa' bergambar bersama TG Dato' Dr. Harun Din

Sebelum dari itu beliau telah merasmikan banggunan Persatuan Rawatan Islam Darussyifa' Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Pusat rawatan tersebut bersebelahan dengan Sekolah Rendah Islam Al-Hafid'z akan menjadi pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') yang pertama dibuka di Sabah.

Bergambar bersama penggerak Darussyifa' Sabah

Menandatangani plat perasmian Pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') Sabah

Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din juga pada sebelah malamnya telah bersama-sama dengan majlis Diskusi Pengubatan Islam dan Pelancaran Dana Waqaf Kompleks Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang mana beliau juga Penaung kepada PDS.

Dr. Harun Din sedang menyampaikan ceramah

Tetamu yang hadir terpaksa berdiri dibelakang bagi mendengar ceramah Dr. Harun Din


Pada majlis tersebut lebih RM16,000 sumbangan dana waqaf berjaya dikutip malah kehadiran tetamu diluar jangkaan penganjur.



No comments:

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD