HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, February 8, 2009

Ulasan Isu Terpilih [2] : Kebodohan Karpal - Strategi Anwar

Karpal dan ideologi politiknya

Penulis sebenarnya tidak berasa terkejut langsung dengan kenyataan Karpal tentang DS Anwar Ibrahim, malah penulis tahu kenapa Karpal begitu lantang menghentam DS Anwar Ibrahim. Sebenarnya Karpal merupakan generasi tua dalam DAP yang masih tebal sifat anti keagamaan, namun disebabkan arus politik yang berubah, Karpal terpaksa mendiamkan diri walaupun ada ketikanya beliau bersuara.

Pendirian Karpal untuk menyaman Sultan Perak sebenarnya bukanlah keputusan Pakatan Rakyat, malah sekiranya kita lihat kenyataan media Pakatan Rakyat tentang isu Perak ini, PR hanya akan menyaman UMNO/BN kerana bertindak diluar batasan perlembagaan. Oleh yang demikian, Karpal kini terpaksa bersendirian untuk mempertahankan pendirian beliau untuk menyaman Sultan Perak. Tekanan yang hebat ini meletakkan beliau di situasi yang tidak baik, kerana isu Sultan akan mudah dipergunakan oleh UMNO untuk mendapatkan 'political mailege' seterusnya menghentam pribadi beliau (contoh: lucut warganegara). Akibat dari tekanan yang hebat ini, beliau terpaksa mencipta satu isu baru untuk mengalih perhatian umum terutamanya UMNO dengan menghalakan muncung senjata beliau terhadap DS Anwar dengan harapan dapat mengendurkan isu saman beliau terhadap Sultan Perak.

Beliau sememangnya menyimpan dendam terhadap DS Anwar. Bukan isu lompat parti yang sebenarnya menjadi isu utama, tetapi pendirian DS Anwar terhadap isu Hudud dan perlaksanaan Syari'ah. Inilah isu sebenar yang beliau berdendam dengan DS Anwar. Beliau amat marah apabila DS Anwar menyokong kenyataan DS TGHH berkaitan perlaksanaan syari'ah hanya untuk orang Islam sahaja. Kenyataan DS Anwar ini umpama menikam beliau dari belakang. Maka bermulalah hasrat beliau untuk mencantas DS Anwar dengan harapan sekiranya DS Anwar jatuh, maka PR akan berpecah dan akhirnya PAS gagal menguasai kerajaan pusat dan akhir perlaksanaan syari'ah tidak dapat dilaksanakan. Itulah matlamat beliau.

DS Anwar Ibrahim mempunyai 'strategi politik' yang tidak terjangkau akal.

Penulis akan mengulas dalam masa terdekat.

4 comments:

MSI said...

salam

sheikh, ana kurang setuju la tuduhan sheikh tu
ia macam lebih kepada prasangka kpd karpal

kena ada bukti jelas kalau nak describe kejahatan orang lain

prasangka kebaikan itu boleh
tp prasangka perkara tak baik Allah x bg sheikh


jzk

saif al mansur said...

terima kasih saudara Shahnom kerana memberi pandangan. Moga kita sentiasa berhati-hati dengan perancangan jahat musuh-musuh Islam.

Anonymous said...

ntah2 kapal sing makan rasuah x?? bukan main laser sokong BN?

Gadis Reformasi said...

mungkin dendam yang tak beralaskan perasaan yang spatutnya wujud,maka karpal memilih jalan bgtu.
ada bai & bagus si Karpal.DSAI juga pun ada baik & bruknya.Bila baik bgnding baek,maka ianya mnjdi lebih baek,tapi jika baek bganding buruk,maka ia jdi berat seblh.
mgkin Karpal spttnya berbicng tlbh dhulu,tnp memikrkn soal diri yng anti keagamaan atau anti apa shj(yang tidak patut).

Karpal juga brhak bsuara krn dia pun lbh arif ttg hal ehwal undang2,maka tidk slh rsnya,jika dia mnyaman sultan.agar dibri stu pgjrn
=]


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD