MB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin antara contoh terbaik pejuang yang memiliki roh tarbiyyah.
Sepanjang krisis rampasan kuasa di Perak, penulis merasakan DS Ir Nizar telah menonjolkan sikap seorang pejuang yang tulen yang memiliki roh tarbiyyah yang jitu. Bukan mudah untuk seseorang menghadapi saat-saat genting ini. Penulis amat berbangga berada di dalam Jamaah Islam ini (PAS) kerana memiliki insan-insan yang teguh prinsip perjuangan dan cekal. Suatu ketika dahulu kita pernah dihidangkan dengan kecekalan Ust Ibrahim Libya yang gugur syahid mempertahankan maruah perjuangan Islam. Rupanya pada setiap zaman akan ada insan-insan yang dijanjikan Allah,
Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :
لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ
Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.
Mungkin ada juga yang berpandangan serong terhadap DS Ir Nizar, tetapi sebagai seorang yang pernah ditarbiyyah dan dilatih untuk meletakkan obor perjuangan dalam kehidupan, inilah janji Allah kepada hambanya.
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلكم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين.
Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengethaui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.
Penulis lakarkan kebanggaan ini di dalam blog ini, agar ianya menjadi tauladan pada generasi akan datang serta anak-anak penulis yang kian membesar. Mereka akan mengambil botton perjuangan ini!
.
Beraja dimata bersultan dihati (sejarah berulang..)
Penulis akan cuba membawa para pembaca untuk menilai situasi yang berlaku kini, dan dibanding dengan sejarah yang pernah berlaku di Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Penulis yakin bahawa para pembaca pernah mempelajari sejarah di sekolah. Namun, catatan sejarah yang dilakarkan di dalam buku sejarah tidak cukup untuk menjelmakan apa yang sebenarnya berlaku di dalam dunia Melayu suatu ketika dahulu. Buku sejarah sekolah tidak mencatatkan ’aliran darah’ yang mengalir di urat-urat para panglima dan pandekar melayu yang menentang penjajah British. Buku sejarah hanya mencatitkan tarikh-tarikh penting, peristiwa-peristiwa penting, tempat-tempat penting dan kulit sejarah sahaja.
Sekiranya kita membaca catitan-catitan perjalanan perjuangan melalui para panglima dan pandekar melayu, pastinya kita akan jumpa kisah sebenar mengapa Tanah Melayu jatuh ke tangan penjajah. Penulis agak obses untuk membaca kisah-kisah sejarah sejak dari darjah 4 lagi, buku-buku yang dibaca dipenuhi dengan kisah-kisah para pejuang tanah air yang ingin membebaskan negeri dari penjajah dan anjing-anjing penjajah. Bermula dari kisah penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis semuanya telah menjadi bahan bacaan penulis sejak dari darjah 4 lagi. Namun akibat dari masa yang berlalu sekian lama, kisah-kisah perjuangan ini kian luput dari ingatan penulis. Namun penulis masih mampu membuat beberapa kesimpulan dari bahan-bahan bacaan tersebut.
1. Kejatuhan Melaka akibat dari sifat melayu yang mudah dibeli dengan wang dan kelemahan Sultan Mahmud mengendali pemerintahan.
2. Kekalahan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah berpunca dari Sultan Pahang yang tunduk kepada tekanan British.
3. Kebangkitan Dato Maharajalela di Perak di padamkan oleh kebacullan Sultan Perak untuk membela para pembesar dan panglimanya serta perjanjian Pangkor antara Sultan dan British.
4. Peranan Sultan Kelantan dan Terengganu yang berdiam diri ketika kebangkitan Dato Abd Rahman Limbong dan Tok Janggut di era kebangkitan ulama menentang penjajah British.
5. Pulau Pinang dan Seberang Perai menjadi Negeri Selat British akibat dari tindakan Sultan Kedah menandatanangi perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
6. Perbalahan antara kerabat diraja Johor menyebabkan Singapura yang ketika itu digelar Temasik jatuh ke tangan British.
Di atas apa yang telah berlaku, berapa ramaikah pandekar-pandekar dan panglima-panglima melayu yang telah gugur? Juga berapa ramaikah rakyat yang tergadai maruah dan menderita akibat dari kebobrokan istitusi istana pada ketika itu.
Sejarah kini berulang, panglima yang bernama Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin bersama pandekar-pandekar melayu yang lain akan dikorban sekali lagi oleh Sultan dan istana yang ditunggangi oleh UMNO. Penulis kini berada kembali dizaman dimana Tanah Melayu dijajah oleh British, biarlah penulis tediri dari catatan-catatan sejarah antara pandekar melayu yang gugur demi kerana mempertahankan ketinggian ISLAM. Hanya yang buta sejarah akan mengulangi kesilapan..!!
No comments:
Post a Comment