HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, November 9, 2008

Siri Memori Kehidupan

Pudu Raya dalam Kenangan



Pudu, telah menjadi sinonim dengan kebanyakan warga kota serta para musafir yang berkelana. Tidak kiralah bermusafir atas tujuan apa.. Pudu Raya juga telah menjadi saksi bahawa kaki-kaki para Pejuang Agama pernah bertapak disini demi meneruskan musafir di Jalan Allah. S.A sendiri tidak terlepas peluang pernah menjadi tetamu di Pudu Raya satu ketika dahulu. Kalau setakat tidur di atas 'kerusi tunggu bas' dah menjadi kebiasaan pada waktu tu.. (dengan bunyi bising bas dan teksi serta kepanasan yang memeritkan). Namun Pudu Raya kini sudah jauh berbeza.. bak kata pepatah iklan "Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju.." Mungkin setelah ramai pemerhati dan tidak kurang juga ahli Politik memberi komentar tentang kedaifan Pudu Raya suatu ketika dahulu, menjadikan kerajaan turut memberi perhatian untuk menaiktaraf semula Pudu Raya.



Surau Pudu, kini juga telah selesa untuk para musafir berkelana berhenti melepaskan lelah bagi mengadap Yang Maha Esa. Rasanya dulu kalau S.A nak tumpang tidur disini akan terasa ketidakselesaannya.. mana tidaknya, dengan bau yang harum semerbak ditambahkan lagi dengan keadaan sekeliling yang tidak sempurna (bagi yang pernah tidur kat kaki lima surau ini, pasti ada cerita tersendiri..). S.A juga pernah kehilangan kasut semasa bersolat disini, sehingga terpaksa menapak dengan seliper surau yang telah dipotong sekerat untuk berjalan ke Petaling Street bagi mendapatkan kasut baru (ishh... rasa macam peminta sedekah pulak masa tu..). Kini rasanya telah berubah.. ambil wuduk pun dah tak seperti dulu. Nak tumpang tidur kat kaki lima pun, tengok-tengok dah selesa.. itulah indahnya ISLAM.. rumah ibadat bukan sekadar tempat mengadap Yang Maha Esa.. bahkan menjadi tempat melepaskan lelah para pejuang untuk mengumpul semula kekuatan.
Sekiranya ada sahabat2 yang ingin berkongsi cerita di Pudu nie.. boleh lah postkan ke dalam ruangan komen..

wuzhere: Pudu Raya menceritakan kisah-kisah Rakyat Marhean..

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD