UKHAWAH: Berkorban atau TERKORBAN???
salam...
Di kesempatan yg terluang di dalam kesempitan ruang waktu sedia ada ini adalah lebih andainya dapat dimanfaatkan dengan sedikit coretan di sini...
Hm...setelah sekian lama memerhati dan terus menekuni perkembangan keadaan sekeliling tergerak pula hati kecil ini untuk meluahkan rasa berkongsi bicara.
Sebaik kita melangkah ke alam haraki mahu tidak mahu kita sering kali berdepan dengan situasi yg menghimpit dan pilihan yg menjepit...semuanya berlegar dibawah payung satu kalimah iaitu UKHUWAH...
Sedar atau tidak sebenarnya atas nama UKHUWAH itulah ramai dikalangan pendokong perjuangan ini berada di dalam dilema...Memang benar lg diakui bhw UKHUWAH tidak mungkin subur tanpa pengorbanan drpd ahli. masakan manisnya persahabatan dan tautan hati dpt dirasa tanpa pengorbanan yg cukup kuat utk shbt2.
Tetapi benarkah atas nama UKHUWAH itu td segalanya perlu di korbankan??? sehingga akhirnya si pengorban td turut terkorban???? Mungkin kita tidak sedar, terlepas pandang atau sebenarnya sengaja mengambil kesempatan dengan melakukan PENYELEWENGAN terhadap ukhuwah....
Ramai dikalangan kita hari ini sebenarnya telah tega untuk mengorbankan kebaikan sahabat kita demi kepentingan diri sendiri dan kita BERANI pula menamakannya atas nama UKHUWAH sejati. Mari kita renungkan..
Kadangkala di dalam sesuatu urusan realitinya kita mampu menyelesaikannya sendiri tanpa perlu mengharapkan pertolongan org lain tetapi demi kepentingan sendiri (mahu cepat, mahu mudah, mahu senang) maka kita pun tanpa segan silu meminta pertolongan drpd sahabat kita atas nama UKHUWAH.
Lazimnya permohonan kita itu td akan ditunaikan oleh shbt itu dengan senang hati wpun mungkin ada beberapa kepentingannya perlu dikorbankan atau ditangguhkan seketika. TETAPI biasa jg terjadi apabila kita melihat efisyennya shbt itu td maka kita pun yg pada asalnya ingin meminta 1 shj pertolongan telah pun mengupdate lg permohonan kita sedangkan hakikatnya kita MAMPU menyelesaikan segalanya sendiri!!!
Maka kebingungan lah shbt itu td mana yg harus di dahulukan antra kepentingan diri atau permohonan kita...tetapi atas nama UKHUWAH itulah sekali lg shbt itu tetap mendahulukan kita dan berkorban sekali lg....
Mungkin kita melihat itu perkara kecil shj bukan..tetapi adakah situasi td hanya berlaku SEKALI shj??? TIDAK cuba bayangkan jika hal ini berulang puluhan kali bahkan mungkin sehingga ratusan kali!!!....Inikah sebenarnya tuntutan drpd kalimah UKHUWAH itu????Kita mungkin bijak berhujah bhw dgn pengorbanan shbt itu td ALLAH pasti akan memudahkan lebih byk urusannya... BENAR dan tetaplah BENAR! Tetapi mengapakah kita sendiri tidak mahu mengamalkannya??? Bukankah jika kita meringankan dan memudahkan saudara kita maka urusan kita juga akan dipermudahkan ALLAH???
Itulah hakikatnya! kita sebenarnya yg terlalu dambakan kemudahan dan kesenangan di dalam semua urusan perjuangan hidup ini sehingga kita sanggup menjerat shbt td dengan slogan UKHUWAH!!! Mari kita bayangkan alangkah BESARNYA dosa kita sekiranya disebabkan penyelewangan ukhuwah yg kita amalkan yg akhirnya menyebabkan shbt yg begitu baik td TERKORBAN (istilahnya gugur) dr medan dakwah ini???
Justeru seruan saya kepada dr ini dan shbt2 diluar sana terutamanya yg msh di alam kampus (yg sama-sama susah/tidak berduit) agar mengambil tindakan berikut:
1. Marilah beramal dgn kata-kata hukamak ini "Mukmin yg hebat itu ialah mukmin yg mampu membebaskan dirinya drpd bergantung dgn org lain". Jangan kita begitu mudah dan cepat meminta pertolongan tanpa mencuba berusaha untuk menyelesaikan segalanya sendiri terlebih dahulu. Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh menggunakan shbt atau menyusahkan shbt tetapi kadang kala dan sekali sekala memadailah dan tolonglah jangn berlebih-lebihan!!!
2. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dpd kata-kata ini " Org yg bijak sesekali tidak akan menambah beban di atas pundaknya sekiranya ia tahu bahawa tidak mungkin lg ia untuk memikulnya". Marilah kita mulai SAAT ini berani untuk berkata TIDAK di atas segala sesuatu yg berada diluar kemampuan kita. Kerana budaya malu untuk menyatakan yg HAK bahawa sebenarnya kita TIDAK dpt membantulah yg menjadi punca utama ramai pejuang menjadi kotor hatinya krn kerap menunaikan sesuatu amanah yg diberi tanpa rasa ikhlas dan jujur(sambil merungut, mengungkit dan membebel) ...
Yg PENTING sekiranya ada sedikit kemampuan maka bantulah saudara kita yg memerlukan krn pertolongan ke atas mukmin yg lain amat besar nilainya di sisi ALLAH dan sekiranya tidak mampu maka KATAKANLAH TIDAK!!!
wuzere: Puncak Dua Gunung nie ada geng blog sendiri.. antaranya bayu gunung blog, salju gunung blog, suara gunung blog dan denai gunung blog. ;)
No comments:
Post a Comment