Salam perjuangan,
Syukur
Pertama sekali penulis ingin merafakkan sepenuh kesyukran kehadrat Allah s.w.t kerana menggerakkan hati seorang penderma untuk menyumbang RM4000.00 bagi menjayakan program kebajikan yang akan diadakan di Sook. Sebuah kampung pendalaman yang majoritinya muslim, namun apa yang mendukacitakan, tempat ini tiada bekalan air dan hanya bergantung pada perigi dan tadahan air hujan. Amat malang lagi apabila masjid yang berada dikampung ini juga hanya bergantung pada tadahan air hujan semata-mata. Bayangkan, sekiranya hujan tidak turun 2 minggu, akibatnya solat tidak dapat dilakukan di masjid tersebut. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan penderma tersebut, insyaAllah ianya akan digunakan untuk membina perigi bagi mendapatkan sumber air dalam tanah. Semoga Allah s.w.t membalasi tuan/puan dengan nikmatnya yang lebih berganda. Penulis juga mengalu-alukan, sekiranya masih ada pembaca yang ingin memberi sumbangan, kerana program yang akan diadakan di kampung tersebut selama 3 hari 2 malam. Sumbangan boleh diberikan sama ada, wang, beras ataupun bahagian aqiqah. Pembaca boleh merujuk di NoticeBoard al-mansur disebelah kanan.
Perangai UMNO amat memalukan bangsa Melayu.
Terus terang, penulis sebenarnya berasa amat mual dengan UMNO. Sebab tu penulis tidak akan iktiraf UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili orang Melayu. Penulis yakin bahawa kemuliaan sesuatu bangsa hanya terletak kepada setinggi mana bangsa itu menjulang kemuliaan Islam. Persoalan diminda kita, betulkah UMNO tu Melayu dan Melayu tu UMNO? Pada penulis, kalaulah UMNO pupus di muka bumi ini sekalipun, rasanya bangsa Melayu tetap ada.
Kalau betullah UMNO nie melayu, tolong jawab soalan-soalan berikut:-
1. Kenapa menghapuskan tulisan Jawi (asal tulisan melayu)?
2. Kenapa mendikriminasikan bangsa Melayu Kelantan hanya kerana perbezaan ideologi?
3. Kenapa sanggup mempertahankan PPSMI?
4. Kenapa memperendahkan dan mempermainkan kehebatan hukum-hukum Allah s.w.t?
5. Kenapa merosakan anak bangsa Melayu dengan hiburan yang melalaikan?
6. Kenapa..?
7. Kenapa..?
8. Kenapa..?
Kanapa 6, 7 dan 8 dan seterusnya, cuba pembaca fikirkan dan renungkan..
Proton dan masa depan ekonomi Melayu
InsyaAllah sekiranya diizinkan, penulis ingin sekali mengulas sedikit tentang tajuk diatas.
1 comment:
tambahan daripada post ini...
6. kenapa umno sanggup menghina tok guru nik aziz yang berbangsa melayu?
7. kenapa umno sanggup menipu orang melayu berkenaan petronas?
8. kenapa umno sanggup memutar belitkan org melayu sehingga menteri besar perak dikatakan penderhaka?
sekiranya Umno itu melayu, mmg dia x sayang bangsa dia sendiri... pengkianat.
Post a Comment