HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, March 8, 2009

Catatan Perjalanan: Jalan ke puncak gunung

Semalam penulis bersama beberapa orang rakan berkesempatan bersama-sama ke Keningau untuk mengadakan pertemuan bersama penduduk setempat berhubung dengan program khidmat masyarakat yang akan kami adakan disana. Selama 4 tahun penulis di Sabah ini, inilah kali pertama penulis sampai di daerah Keningau, Alhamdulillah. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam ini melalui jalan 'kimanis'. Sebelum ini penulis hanya digambarkan bahawa jalan ini merupakan 'jalan maut' kepada para pengguna, mana tidak nya, tahun lepas 2 orang sahabiah dari UMS telah meninggal dunia dijalan ini. Pada bulan lepas, seorang guru dari daerah Keningau turut terkorban di jalan ini. Kalau tidak salah penulis Jefri Kitingan juga hampir-hampir maut/lumpuh kerana terlibat kemalangan di jalan ini. Hati penulis sangat berdebar semasa melalui jalan ini. Syukur kepada Allah kerana bantuan dari seorang sahabat yang sering berulang alik di jalan ini sentiasa mengingatkan penulis tentang jalan-jalan yang bahaya. Berikut adalah gambar yang sempat penulis rakamkan semasa berhenti untuk rehat di atas puncak sebuah gunung (istilah orang tempatan 'jalan ke puncak gunung').

Kabus tebal menyelubungi bukit bukau (ketika berada dipuncak gunung)

Keadaan jalan (terpaksa menggunakan gear satu)

Berhenti rehat seketika (menikmati pemandahan Maha hebat ciptaanNya)
.
Seterusnya perjalan kami ke sebuah kampung di daerah Sook. Kampung yang penulis boleh katakan memiliki pemandangan yang cantik dan bersih. Numun perjalanan ke kampung ini terpaksa melalui jalan yang tidak bertar sepanjang hampir 7km. Bekalan air dan elektrik juga tidak diperolehi dikampung ini. Maka terpaksalah penduduknya menggunakan generator dan menadah air hujan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air. Situasi ini benar-benar menginsafkan penulis. Diceritakan oleh salah seorang penduduk, bahawa pernah 3 bulan hujan tidak turun. Namun keadaan masjid yang sempurna menjadikan penawar bagi sesiapa yang hadir ke kampung ini. Menurut ketua kampung, masjid ini diluluskan pembinaan semasa Tun Ghafar Baba. Walau bagaimanapun agak mendukacitakan keadaan tikar di dalam masjid. Setelah berbincang dengan beberapa sahabat, kami bersetuju untuk berusaha menganti tikar yang mungkin tidak sesuai lagi digunakan. Oleh yang demikian penulis membuka kepada para pembaca diluar sana yang berhajat untuk melaksanakan wakaf tikar getah. (1 meter RM 5.00). Jumlah yang diperlukan 40mx40m. Setelah selesai berbincang dan bermesyuarat bersama penduduk, kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Semoga usaha ini mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.
Keadaan tikar masjid

Keadaan tikar masjid

Tiang 'politik': Telah bertahun dijanjikan elektrik, tetapi hanya tinggal janji

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD