Secara jujur, isu ini saya pernah terbaca di dalam salah sebuah majalah beberapa tahun dahulu. Namun, benarkah sistem poligami ini mampu merubah dunia sekarang kepada dunia baru Islam? Jawapan saya ya, sekiranya matlamatnya dan perlaksanaannya sempurna.
Kebetulan baru-baru ini juga saya terbaca satu kajian tentang ketamadunan di dalam majalah Solusi (tak ingat edisi berapa, tetapi berkaitan Kompas Hidayah) . Menurut kajian yang dilakukan, sebuah keluarga perlu melahirkan sekurang-kurangnya dua orang anak untuk memastikan tamadun mereka kekal. Kajian ke atas bangsa Eropah menunjukkan populasi bangsa Eropah tidak mencapai tahap yang dimaksudkan. Ini bermaksud mungkinkah bangsa Eropah suatu hari nanti akan terkebelakang dan diganti dengan bangsa baru yang menerajui benua Eropah. Siapakah bangsa tersebut? Saya tinggalkan isu tersebut untuk kajian para pembaca sekelian.
Sebelum saya meneruskan perbincangan, pernahkah kita mendengar teori dominasi? Menurut kamus dewan, dominasi bermaksud menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap. Dominasi dari sudut penduduk, izinkan saya merujuk kepada bilangan umat. Sebagai contoh, negara China tidak perlu bergantung kepada ekonomi luar, kerana penduduknya yang ramai mampu untuk menjana ekonomi mereka. Sebuah syarikat automobil buatan China mampu untuk meraih jualan hingga berjuta-juta unit setahun hanya untuk jualan dalam negara sahaja. Ini beerti China telah mendominasi perusahaan automobil mereka, kerana rakyatnya hanya membeli kereta buatan tempatan.
Saya tinggalkan teori dominasi ekonomi negara China dan beralih kepada teori dominasi fikrah. Percayakah kita bahawa fikrah sesebuah masyarakat boleh berubah dengan teori dominasi. Contohnya dalam sebuah asrama terdapat 200 pelajar, 180 darinya adalah pelajar yang bermasalah (hisap rokok), manakala hanya 20 pelajar sahaja yang baik. Bolehkah kita menjamin 20 orang pelajar yang baik tadi tidak terpengaruh dengan 180 pelajar yang bermasalah. Pada perkiraan saya kalau tak semua terpengaruh, mungkin 5 atau 6 pelajar baik pasti akan terpengaruh dengan pelajar yang bermasalah. Kalau tak percaya, kita carilah asrama yang sedemikian dan hantarlah anak kita ke sana.
Sekarang, saya kembangkan teori dominasi ini pada sebuah kampung. Sebagai contoh mudah, dalam sebuah kampung ada 30 keluarga. 25 darinya mengamalkan gaya hidup barat, manakala 5 darinya gaya hidup Islam. Rasa-rasanya bagaimana keadaan 5 keluarga tadi? Kalau dilihat dari sudat dakwah, memanglah tugas 5 keluarga tadi berdakwah kepada 35 keluarga yang tersasar kehidupan mereka. Persoalan yang timbul, berapa tahunkah masa yang diperlukan untuk 35 keluarga tadi beralih arah kepada cara hidup Islam? Tidak ada siapa mampu untuk menjawab soalan tersebut. Namun teori dominasi mampu untuk mencari jawapan terhadap soalan di atas.
-bersambung-
No comments:
Post a Comment