Membicarakan tentang Biro Tata Negara (
BTN) semestinya kita akan dapat menduga apakah peranan disebalik egensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Semenjak dari dahulu lagi
BTN berperanan menyuntik semangat kebangsaan kepada peserta yang hadir ke kem-kem
BTN yang mereka anjurkan. Pada masa yang sama
BTN juga berperanan mendendangkan agenda kepimpinan negara. Bermula dari Wasawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahadhir Mohamad, kemudiannya Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Badawi dan kini mungkin 1 Malaysia oleh DS Najib Tun Razak akan menjadi modul utama
BTN.
Selain dari menyuntik semangat kebangsaan dan menerangkan agenda kerajaan,
BTN juga mengambil kesempatan untuk memburukkan individu-individu tertentu yang dianggap menentang dasar-dasar kerajaan. Mereka terdiri dari pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang dan juga pertubuhan-pertubuhan yang dianggap mengancam keselamatan negara seperti JI, HINDRAF dan lain-lain. Sebenar mana kenyataan ini, hanya mereka yang pernah mengikuti kem-kem
BTN sahaja yang mampu menjawabnya.
Namun, kelahiran idea 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DS najib Tun Razak (idea asal dari DS Anwar Ibrahim) seolah-olah memperlihatkan agenda
BTN untuk menyuntik semangat kebangsaan agak bertentangan dan mungkin terhalang. Masakan tidak, 1
Malaysia memaparkan kesamarataan kaum di
Malaysia manakala fungsi asal
BTN menekankan semangat kebangsaan Melayu.
Kerajaan PR dan BTN
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang menghalang kakitangan mereka untuk mengikuti kursus
BTN adalah merupakan satu langkah bijak. Ini adalah kerana peranan
BTN akan menyebabkan kakitangan Selangor termakan dengan hasutan yang disuntik kepada mereka, dan akhirnya menyebabkan kerajaan negeri berada dalam keadaan terancam. Tindakan kerajaan Selangor ini perlu juga dilaksanakan dikesemua negeri-negeri Pakatan Rakyat.
BTN umpama gunting dalam lipatan yang telah diresapi oleh agenda UMNO/BN untuk terus menaburkan fitnah dan hasutan terhadap kekitangan awam dan juga tidak terlepas golongan mahasiswa. Bagi mereka yang menentang dan menunjukan sikap tidak bersetuju di dalam sesi
BTN akan di cop sebagai
orang pembangkang yang akhirnya boleh menyebabkan kursus beliau mungkin akan gagal.
BTN dan halatuju
Merujuk kepada laman sesawang BTN,
kursus kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;
2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;
3. Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan
4. Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
Rujuk Disini
Namun apa yang berlaku, selain dari objektif di atas, BTN juga berperanan mengambil alih tugas UMNO/BN dalam suasana politik negara. Peranan tersembunyi inilah yang menjadi penghalang kepada kejayaan kursus BTN.
Sepatutnya BTN harus bersifat nuteral dan tidak mencampuri urusan politik negara. Ianya perlu di kendalikan oleh mereka yang layak dan tidak ‘bias’ dengan mana-mana agenda politik. BTN juga harus menjadi tonggak menyampaikan kefahaman Islam kepada peserta tanpa mengira kaum. Selain dari itu ianya wajib menjadi agensi yang melaksanakan agenda perpaduan kaum berasaskan Rukun Negara dan bukannya berasaskan parti politik.
Laman utama BTN boleh dilayari disini.
No comments:
Post a Comment