Sabtu (13hb) baru-baru ini, penulis dan beberapa teman telah dijemput untuk hadir bersama di majlis ramah mesra aidul adha di Kg. Keliangau, salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Menggatal. Perjalanan ke kampung ini mengambil masa 30 minit dari bandar Kota Kinabalu. Kedudukan kampung ini yang berada di lereng-lereng bukit membuatkan pemandangan yang amat tenang sekali. Kedudukan suraunya yang berada di tanah tinggi menambat hati penulis untuk datang ke sini lagi pada masa-masa akan datang.
Cikgu Jamil bersama Pengerusi Surau En.Yunus
Menurut Pengerusi Surau, En. Yunus, penduduk muslim disini terdiri daripada 10 keluarga berbanding antara 40 hingga 50 keluarga yang terdiri dari mereka yang beragama kristian, kebannyakkannya terdiri daripada SDA dan SIB. Program yang dianjurkan bersama oleh JAKIM, PUM dan JIM ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Akmal (S/U PUM). Tazkirah mengingatkan para hadirin tentang dua sejarah pengorbanan yang tercatat di dalam Al-Quran. Pertama bagaimana Allah s.w.t mengkisahkan tentang Qabil dan Habil yang masing-masing mengorbankan binatang ternakan dan tanaman untuk menentukan yang mana satu diterima oleh Allah. Akhirnya korban Habil diterima Allah kerana adanya sifat takwa dan ikhlas.
Keduanya, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang terpasak menyembelih anaknya. Walaupun mengikut sejarah, Nabi Ibrahim hanya sempat bertemu dengan Nabi Ismail hanya 3 kali sahaja sejak dilahirkan. Namun atas arahan dan perintah Allah, nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
keadaan sekitar surau
antara penduduk yang hadir
No comments:
Post a Comment