Salam perjuangan..
Penulis merasakan isu kali ini agak krontroversi untuk ditulis.. mana tidaknya, bukan kata hendak dibaca, sebut pun kalau boleh tak nak (mungkin bagi sesetengah orang berfikiran begitu). Namun penulis cuba juga untuk mengetengahkan isu ini agar ianya sentiasa segar untuk direnungi dan difahami.
Persoalan poligami bukanlah satu persoalan yang No. 'Wahid' untuk dibincangkan, apatah lagi di dalam kesibukan membicarakan persoalan 'Politik Negara' yang semakin panas suhunya. Kalau nak sebut pun tak sempat, apatah lagi nak melaksanakannya.. jauh sekali.
Namun begitu, apa yang penulis ingin sampaikan adalah dari sudut isu 'Pembinaan Rumahtangga Dakwah'. Pembinaan rumahtangga dakwah bukanlah suatu angan-angan ataupun sekadar menjadi teori-teori yang hanya sekadar dibentang di dalam usrah dan berakhir begitu sahaja. Tetapi rumah tangga dakwah merupakan satu agenda perjuangan bagi membentuk sebuah masyarakat Islam contoh. Seterusnya akan terbentuk sebuah 'biah solehah' yang akan menjadi taman-taman untuk anak-anak kita bermain dengan aman pada suatu hari nanti.
Kembali kepada tajuk, poligami akan menjadi isu sensitif sekiranya persoalan kematangan, kemampuan, keilmuan dan penghayatan tidak menjadi 'asas' kepada perbincangan dan meletakan emosional dihadapan. Ianya akan menjurus ke arah perbalahan yang tiada kesudahan, dan akhirnya merugikan institusi kekeluargaan Islam itu sendiri. Pada penulis sendiri suasana masyarakat sekarang, menuntut kepada kefahaman yang jelas tentang permasalahan ini. Secara pribadi penulis sendiri telah banyak meneliti tulisan-tulisan, artikel serta bahan bacaan berkaitan poligami ini semenjak dari menuntut di IPT dahulu lagi. Kalau ditanya kenapa? Entahlah, mungkin ingin melihat apakah masalah sebenar disebalik isu ini.
Berikut adalah pandangan penulis,
Hukum poligami
Harus
(perlu diingatkan semua hukum bermula dengan 'harus' dan yang 'harus' itu boleh berubah menjadi WAJIB, MAKRUH bahkan boleh menjadi HARAM).
rujuk: http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf
Persoalan Rahsia
Sekiranya suami ingin berpoligami, JANGAN BERAHSIA dengan isteri. Rahsia hanya akan membawa kemudaratan dikemudian hari. Maka syarat pertama adalah JANGAN BERAHSIA. Kalau takut lagi nak berterus terang maka belum memenuhi syarat pertama, maka senang kata BELUM LAYAK
Persoalan Keadilan
Penulis pernah berbincang dengan seorang ustaz tentang perkara ini. Jawapannya mudah, keadilan akan berlaku di atas perkataan 'REDHA'. Sebab itu ada isteri Rasulullah yang memberikan gilirannya pada isteri yang lain. Maka bolehkah dikatakan Rasulullah tidak adil apabila Baginda melebihkan giliran malam pada isterinya yang lain? Disinilah terletaknya maksud perkataan 'REDHA' dalam memahami ADIL berpoligami.
Persoalan Mampu
Senang cerita, adakah pihak suami mampu..? kalau mampu silakan.. kalau tak, tangguhkanlah dulu niat tu. Namun sekiranya perkahwinan itu 'Misyar' terpulang kepada persoalan kedua tadi.
Persoalan Calon
Pada pendirian peribadi penulis, ketegori calon adalah seperti berikut:
1. Wanita (Muslimah) yang telah melebihi usia.
2. Wanita (Mualaf) yang perlu bimbingan dan perlindungan.
3. Wanita (Janda) yang dalam kesusahan dan penderitaan.
4. Wanita (Sesiapa) dalam keadaan darurat bagi menyelamatkan AKIDAH. Kalau tak masuk dalam ketergori di atas, penulis rasa tak perlulah kot..
Persoalan Tujuan
Persoalan inilah yang paling PENTING.. Pada pendirian penulis, satu sahaja jawapan yang penulis akan berikan. DAKWAH.
Itulah antara persoalan-persoalan yang cuba untuk penulis rungkaikan di dalam ruangan yang terhad ini. Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat dan sebelum penulis menamatkan tulisan kali ini, ingin sekali penulis melontarkan satu soalan untuk sama-sama kita fikirkan apakah jawapannya..
Soalannya: "Kenapa dalam soal poligami ini, ada pihak wanita yang penulis istilahkan 'MEMERLUKAN' dan ada pihak yang 'TIDAK MEMERLUKAN'?
wuzere: amanah itu berat.. hanya yang mampu sahaja yang mampu untuk memikulnya.
2 comments:
Syukran ziarah blog ana..bab poligami? ana setuju dgn semua idea...tapi kalau ada yg muda + dara + dia redha + family dia redha + bini redha + (paling utama) telah ditarbiah dgn sempurna dan mampu pikul tugas dakwah = rezeki yg tak disangka-sangka...he he.
Apapun bentuk rumahtangga bagi daie mesti asas pokoknya adalah dakwah...lain dari itu pasti tak mampu menjadi payung kpd Islam.
Byk gak kita bincang dlm kelas DPI...tapi malang ramai pendakwah bila pilih isteri pertama apatah lagi yg kedua dan seterusnya...tak guna kriteria dakwah..akhirnya button dakwah tak mampu diserahkan pd anak2.
Perempuan pun sama..biar dia kahwin dgn 'sebarangan' lelaki dari berpoligami asalkan dia jadi yg pertama...penat jer harakah tabiyyah dia..sbb lepas tu naqib dia yg kat rumah akan mengubah hidupnya...mungkin juga perjuangannya..
Apapun tulisan akhi sgt benar...
Post a Comment