Ucapan takbir membesarkan Allah s.w.t memulakan pagi Aidul Adha yang hening dan seterusnya kami bersolat subuh di Masjid Kg. Luanti Baru.
Setelah itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, yang mana kumpulan 1 perlu menyelesaikan program qurban di Kg. Luanti Baru, manakala kumpulan 2 akan ke Tompios, untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat dan sekitar.
bertakbir sementara menunggu solat subuh di masjid Kg. Luanti Baru
rombongan dari semenanjung (YAM Cwgn Pahang) bersarapan sebelum memulakan tugas di awal pagi raya
khutbah raya yang disampaikan oleh ust Akhwan di surau Kg. Tompios, Ranau
antara jemaah wanita yang hadir
seekor lembu yang dikorbankan di Kg. Luanti Baru, Ranau
4 ekor lembu yang dikorbankan di Kg. Tompios, Ranau
daging qurban diagihkan kepada penduduk sekitar
menyiapkan makan tengah hari
Perjalanan Qurban Amal pada hari ini agak meletihkan, selain dari ibadah korban yang dijalankan, rombongan bersama penduduk juga akan pergi rumah ke rumah untuk menyampaikan daging korban. Kedudukan Kg. Tompios yang agak jauh dari Pekan Ranau juga memaksa kami terpaksa memandu hampir 2 jam pergi dan balik untuk membeli barang-barang keperluan.
Sebelah malamnya pula akan diadakan Motivasi Anak Soleh oleh ust Akhwan dan rombongan. Penulis tidak dapat sertakan gambar tersebut kerana penulis telah pun bertolak pulang ke kk pada pukul 4.30 petang yang mana memakan masa hampir 4 jam untuk sampai. InsyaAllah laporan seterusnya akan menyusul.
No comments:
Post a Comment