Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Masa akan terus merentasi kehidupan..
Masa akan meninggalkan catitan sejarah kehidupan..Masa akan menentukan corak masa hadapan..
Masa akan menentukan kemenangan yang diimpikan..
Hanya 48 jam sahaja yang membezakan sambutan Maal Hijrah dan Maal Masihi. Dua pengiraan masa yang sama, tetapi berbeza penghayatannya dan rohnya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam tazkirah beliau menyatakan, takwim hijrah penuh dengan roh tarbiah dan penghayatan tetapi takwim masihi sekadar tarikh pengiraan kehidupan, inilah yang membezanya tahun kiraan Islam dan kiraan masihi.
Malam sambutan 1430H, dipenuhi dengan ibadat seorang hamba kepada Tuhannya.
Malam sambutan 1430H, dipenuhi dengan doa dan harapan dalam mencari keredaan Tuhannya.
Malam sambutan 1430H, dipenuhi kekesalan akan dosa sepanjang tahun terhadap Tuhannya.
tetapi
Malam sambutan 2008M, dipenuhi kealpaan seorang hamba kepada Tuhannya.
Malam sambutan 2008M, dipenuhi dengan pekikan kebebasan dari Tuhannya.
Malam sambutan 2008M, dipenuhi kemurkaan dari Tuhan terhadap kelakuan hambanya.
Mabrib ini genaplah usia penulis 30 tahun kiraan Hijri.
Saif_al-Mansur
(1400H - 1430H)
No comments:
Post a Comment