Salam perjuangan..
Apa yang berlaku dalam isu IFF ini sebenarnya satu lagi ujian kepada mereka yang masih setia dengan UMNO. Walaupun telah banyak tanda-tanda yang Allah s.w.t tunjukan kepada umat Islam di Malaysia akan kesesatan UMNO, namun atas dasar keegoan dan sombong, mereka pemimpin-pemimpin UMNO terus melakukan maksiat manakala rakyat masih memberi mandat dan kepercayaan.
Aku teringat kisah Amy Search yang memohon maaf kepada masyarakat Malaysia di atas perilaku anaknya (semoga Allah mengampun dosanya) di dalam kes khalwat beberapa tahun lalu dan tidak membela anaknya.
Kembali kepada kes Rosmah-IFF. Ya, mungkin kita boleh berkata Rosmah tidak salah 100%. Namun pada aku, Rosmah tetap bersalah. 50% kesalahan pertama kerana menghadiri majlis yang menghina Islam, manakala 50% kesalahan kedua kerana langsung tidak memohon maaf kepada umat Islam kerana menjadi penaung IFF. Sedangkan tuan punya badan langsung tidak memohon maaf secara terbuka, ada pula pengampu-pengampu yang membela!
Malulah pada seorang artis rock yang bernama Amy Search!
1 comment:
ulama muda janganlah jadi ulama p*k*m*k. ilmu tak seberapa dah nak menyombong tak tentu pasal bila dapat gelaran ulama muda... pooooorahhhh!!!!
Post a Comment