Baru-baru ini aku bersama beberapa orang teman telah berkesempatan melawat pengkalan TLDM Teluk Sepanggar. Ini adalah kali kedua aku masuk ke sana, pertamanya menziarahi saudara yang tinggal di kuarters tersebut. Kesempatan melawat kali ini, kebetulan sebuah kapal pengangkut tentera laut Singapura sedang berlabuh, maka aku dan teman-teman sempat bergambar. Menurut salah seorang krew kapal tersebut, mereka dalam siri lawatan ke pengkalan TLDM di atas jemputan Malaysia.
Sememangnya teknologi ketenteraan Singapura lebih kehadapan dari Malaysia. Melihat susuk tubuh kapal tersebut sahaja, aku sudah dapat mengagak kekuatan teknologi disebalik kapal sebesar itu. Pun begitu, kita tetap yakin bahawa, kemenangan di dalam peperangan juga bergantung kepada kebergantungan kepada pertolongan Allah.
Namun apa yang menyentuh perasaan dan terbayang difikiran aku ialah, andailah Malaysia ini sebuah negara yang bebas dari najis rasuah, pastinya kapal sebesar ini mampu dimiliki oleh Malaysia. Kebetulan berada di pengkalan TLDM, mata aku cuba lah juga jengok-jengok kapal selam kebanggaan Najib, tapi tak kelihatan. Mungkin kapal selam tersebut dilepas ke laut bagi tontonan rombongan tentera Singapura. Tetapi menurut seorang teman aku yang juga salah seorang anggota TLDM, kapal selam tersebut masih dalam penyelenggaraan.
Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, ertinya:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.” (QS. Al Anfal: 60).
No comments:
Post a Comment