Terletak kira-kira 20km dari pekan Tambunan, kawasan air terjun Trusmadi akan dijadikan tapak perkhemahan untuk 'Briged Amal'. Program yang dicadangkan pada bulan November nanti akan menanti kehadiran 60 orang peserta.
Saya dan beberapa orang teman beserta keluarga (cadang nak berkelah) telah pun melawat tapak tersebut semalam. Memang cantik kawasan tersebut dan sangat sesuai untuk dijadikan tapak perkemahan. Tapi sebab jalan nak masuk terlalu teruk, menyebabkan perjalanan hampir 45 minit baru sampai ke tapak perkhemahan.
Kawasan tersebut juga terdapat beberapa buah perkampungan dan sebuah sekolah rendah beserta asrama. Dari makluman yang kami terima, terdapat hanya 4 orang pelajar Islam dan 4 orang guru Islam sahaja yg tinggal di perkampungan tersebut. Namun ianya tidak menghairankan, kerana komposisi umat Islam yang tinggal di kawasan Tambunan ini sebenarnya hanya sekitar 5% sahaja. Kami dibawa oleh salah seorang ustaz yang pernah mengajar di sana. InsyaAllah kiranya apa yang dirancang berjalan lancar, bulan depan Jabatan Amal Sabah akan menyelusuri perkampungan tersebut.
p/s: semasa pulang, tayar Gen2 pancit pulok.. guaner nak g Sandakan nih..
No comments:
Post a Comment