HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, October 25, 2010

Sekiranya Ustazah Nuridah (Ketua Dewan Muslimat) penaung IFF

Salam perjuangan..

Tulisan kali ini adalah bagi mencari pencerahan terhadap kekeliruan bagi mereka yang berpendapat Rosmah tidak perlu bertanggunjawab terhadap isu IFF.

Kemenangan PAS menyelamatkan umat dari Api Neraka

Fikiran kita sering terganggu dengan beberapa kenyataan dari mereka yang hanya melihat PAS dari luar kotak. Inilah masalah kita apabila tidak menghayati perjuangan PAS dan menyelusuri tarbiah yang disediakan. Maka tidak hairanlah sekiranya, seketika pandangan alam kita menyimpang terus dari kenyataan. Mari kita melihat perlembagaan PAS:

Tujuan PAS

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Pada fasal ini menyatakan tujuan PAS (tidak pula ada menyatakan PAS hadir untuk menghukum umat untuk ke neraka). PAS hadir untuk menubuhkan sebuah negara berkonsepkan 'Baldatun Toibatun Warabul Ghoful'. Inilah sebuah cita-cita murni PAS. Cita-cita dakwah kita adalah untuk menyelamatkan ummah dari api neraka. Namun, sekiranya ada beberapa pendekatan yang agak keras dari pihak PAS, mereka akan dianggap 'burogh'. Namun sebaliknya apabila kezaliman yang nyata dari pihak pemerintah dianggap perlu 'dengar dan taat'.

Senjata baru diperlukan UMNO

Kemaraan PAS sebagai sebuah parti alternatif umat Islam dan terbukanya medan dakwah baru melalui Dewan Penyokong PAS telah menyebabkan UMNO seolah-olah hilang punca. Ditambah lagi dengan kemasukan beribu-ribu golongan non-muslim serta muslim yang bukan dari bangsa Melayu.

UMNO memerlukan senjata yang hampir sama dengan dengan senjata yang dimiliki oleh PAS. Senjata tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah golongan agamawan (ulama). Maka diaturkan kemasukan ulama muda ke dalam UMNO baru-baru ini. Senjata inilah yang bakal digunakan bagi menentang hujjah PAS dalam segenap penjuru. Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa kenyataan 'ulama muda' ini di dalam isu Royalti Minyak dan yang terbaru IFF.

Ruang yang diberikan kepada mereka cukup luas untuk berhujjah. Malah hujjah mereka juga bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. Inilah yang kadang kala menyebabkan sesetengan dari ahli PAS sendiri dan mereka yang cenderung pada PAS mula goyah pendirian. Mereka mula menari mengikut rentak UMNO. Kita melaungkan agar mendengar hujah kedua-dua belah pihak, dan sering menyalahkan ahli PAS kerana tidak berlapang dada mendengar hujjah dari pihak UMNO. Tetapi apabila sesetengah dari kita mendengar sahaja ucapan 'ulama muda' ini di Persidangan UMNO, maka dengan mudah kita bersetuju dan lupa akan prinsip mencari hujjah paling soreh.

Aku tidak mahu mengulas lanjut apa yang diucapkan oleh 'ulama muda' ini, kerana aku sudah mendegarnya dan hujjah yang sama di mainkan setiap kali membela hubala-hubala munafikun ini. Namun atas dasar mencari kebenaran, aku pedihkan juga telinga ini untuk meneliti ucapan tersebut.

Apa yang ingin aku katakan, janganlah membutakan mata hati kita semata-mata kerana mereka ini ahli agamawan muda serta dikatakan inspirasi ulama muda. Dek kerana itu kita lupa bahawa disana masih ramai pemuda-pemuda Islam yang tidak berganjak hatinya di dalam menyatakan KEBENARAN dan membela KESUCIAN ISLAM.

Hayatilah hujjah mereka:

Hujah Ust Wan Ji (rujuk: htt p://g-82.blogspot.com/)

Hujah Dr Asri (rujuk: http://drmaza.com/home/)

Hujah Ust Zaharuddin (rujuk: http://www.zaharuddin.net/)

Hujah Saiful Islam (rujuk: http://saifulislam.com/)

Hujah Ulama Pelapis PAS (rujuk: http://ulamak.pas.org.my/v2/)


Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, satu pertanyaan ingin sekali aku bertanya. Apa pula kata mereka yang bersependapat dengan 'ulama G-40' ini sekiranya yang jadi penaung IFF ini ialah Ustazah Nuridah (Ketua Dewan Muslimat) dan bukannya Rosmah. Mungkin 360 darjah tukar!

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD