Kesenangan hidup merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah s.w.t kepada hambaNya. Tiada siapa yang bernama insan ingin berada di dalam kesusahan. Malah kesenangan itu adalah cita-cita setiap insan yang masih berbaki nafsu sebelum ajal menjemput tiba. Bagi orang mukmin kesenangan/kedamaian hati (nafs mutmainnah) yang menjadi cita-cita utama. Kesenangan/kedamaian hati lahir dari usaha dan titik peluh yang diberkati oleh Allah s.w.t. Mana mungkin kesenangan dunia ini dinikmati dengan tenang sekiranya kemewahan itu tidak diberkati.
Islam mendidik umatnya agar besederhana, juga harus difahami bahawa tidak salah untuk mencari sebanyak mungkin harta kekayaan untuk kesenangan hidup. Malah kekayaan itulah yang akan menambahkan lagi ketundukan kita terhadap kebesaran Ilahi.
Poket umat Islam menjadi tabung/dana kebangkitan Islam.
Umat Islam seharusnya memahami bahawa kekayaan dan kemewahan yang diberikan oleh Allah sw.t haruslah dimuhasabah bagi melihat kebangkitan Islam. Mungkin ada dikalangan kita berkata, dana zakat sudah cukup untuk membina semula ketamadunan Islam. Namun adakah cukup hanya sekadar 2.5% sumbangan zakat dari gaji kita untuk melihat kebangkitan Islam?
Sasaran ‘poket’ yang wajib menjadi tabung/dana kepada kebangkitan Islam.
Secara umumnya saya berpandangan, sekiranya individu/kelurga tersebut itu mampu untuk menabung lebih RM300.00 sebulan, ini bererti berkemungkinan mereka telah berada di dalam keadaan zon kehidupan yang selesa. Maka sebetulnya, mereka inilah golongan sasaran yang menjadi ‘poket’ kepada kebangkitan ummah.
Kemana perlu kita alirkan dana ini?
Soalan ini menjadi topik yang sangat penting untuk dibicarakan. Bukalah mata, lihatlah disekitar kita. Siapakah yang menjadi nadi kepada penggerak kebangkitan Islam, maka disitulah adanya kantung untuk kita.
Kefahaman menjadi penghalang.
Inilah yang menjadi penghalang kepada apa jua cita-cita kebangkitan Islam. Berapa ramaikah dikalangan rakan-rakan kita (pejabat, ahli perniagaan dan lain-lain) yang memahami isu ini. Mungkin juga kemewahan yang dimiliki oleh mereka menyebabkan kita tertanya-tanya, alangkah indahnya kalau mereka turut sama menjadi sebahagian dari ‘poket’ kebangkitan ummah ini…
No comments:
Post a Comment