Agak lama saya tidak mengulas isu-isu semasa, mungkin kerana lambakan maklumat tentang isu di dalam blog menyebabkan saya lebih selesa membaca dari mengulas. Ditambah lagi dengan kecelaruan di dalam beberapa perkara terutamanya konflik dalaman jamaah (parti) menyebabkan saya berasa tidak selesa untuk memikirkannya, apatah lagi memberi komen. Perlukah saya diam atau menyatakan pandangan? Atau saya ambil jalan tengah.. Apa pun ini hanya pandangan pribadi saya.
Konflik.
Tidak dinafikan, bahawa konflik merupakan lumrah di dalam dunia sosial, tetapi konflik yang tidak diurus dengan baik memungkinkan terjadinya bahana (fitnah) yang memamah perpaduan dan kesepakatan.
Sumber tauladan utama, Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang bagaimana menguruskan konflik. Bacalah kisah konflik Rasulullah dengan para sahabat ketika umrah pertama baginda, bacalah konflik Rasulullah ketika berhadapan dengan fitnah yang menimpa saidatina Aisyah r.h.
Juga jangan lupa apakah implikasi apabila konflik tidak diuruskan dengan bijaksana. Perjalanan para sahabat banyak memberi pengajaran kepada kita. Apakah punca terjadinya pembunuhan khalifah ketiga? Bagaimana terjadinya perang siffin? Apakah isu sebenar perseteruan antara saidina Ali dan saidina Muawiyyah? Semua ini adalah hikmah yang Allah s.w.t tinggalkan untuk panduan umat akhir zaman.
Kepada mereka yang mempunyai kekuasaan dan diberi amanah mengelapai jamaah ini, tolonglah melihat konflik sebagai barah yang boleh merobek keutuhan jamaah. Jangan biarkan konflik itu menjadi bualan umum sehinggakan semakin ramai memberi pandangan masing-masing dan akhirnya membentuk aliran pemikiran yang mempunyai pengikut sendiri. Selesaikanlah konflik itu dengan mesyuarah, dan jangan biarkan konflik selesai dengan tuduh-menuduh dan juga jangan selesaikan konflik dengan mencipta konflik baru!
Selcat dan Media
Persoalan yang berserabut memerlukan penyelesaian..
SELCAT atau 'prinsip keterbukaan' yang menjadi tajuk dibicarakan?
Adakah media menjadi gelanggang terbaik menyelesaikan konflik?
Mana yang penting, hujah atas kebenaran atau hujah atas mempertahankan?
Semuanya ini memerlukan semua pihak berbincang, bukan mencipta konflik baru (klik disini). Seharusnya perjanjian menjadi asas kepada saling hormat-menghormati (klik disini). Kita juga sedia maklum bahawa media merupakan senjata ampuh pihak musuh, maka janganlah menggunakan senjata musuh untuk menyelesaikan konflik (klik disini). Ini hanya akan mengakibatkan akhirnya senjata makan tuan.
p/s: gelanggang Bagan Pinang membuka ruang pahala buat para mujahid.. tinggalkan perpecahan, bersatu dalam kebersamaan.
No comments:
Post a Comment