Kesempatan beberapa hari di Cheras bersama keluarga mertua, terasa seolah kembali memberi semangat di dalam mengharugi denai-denai ramadhan yang hampir dipenghujung jalan. Mungkin keberkatan yang ada pada mereka, mengalir bersama di dalam diri ini setelah lama berjauhan. Terima kasih Ya Allah..
Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan.
Beberapa hari di kediaman mertua, Masjid Al-Muqarrabin lah tempat mendambakan segala masalah yang ada. Bagi mereka yang mengenali masjid ini, rasanya telah merasai keindahan suasana ukhwah penduduk flat disekitarnya. Aktiviti masjid yang penuh dengan program-program yang bermanfaat banyak mendidik penduduk setempat untuk mendalamai Islam. Imam masjid ini yang lebih dikenali sebagai Ust Hassan merupakan mentor utama di dalam menggerakkan usaha membentuk suasana keindahan Islam di kawasan sekitar.
Namun, menurut rakan saya 'Cikgu Mat', kini suasana tersebut telah agak kurang dirasai. Apabila saya bertanya kenapa, jawapannya jawatankuasa masjid kini telah mula dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan di dalam politik pemerintah. Kemuncaknya setelah Ust Hassan telah dipindahkan dari menjadi Imam Masjid Al-Muqarrabin ke Masjid di Bukit Aman. Setelah itu, bagi mengawal unsur-unsur gerakan Islam meresap di dalam pentadbiran masjid, diwujudkan pejabat pentadbiran JAWI bagi memantau program-program masjid di sekitar zon 5 (lihat disini) yang berpusat di masjid ini. Itulah antara rencana yang diaturkan bagi mengekang gerakan Islam bertapak di hati sanubari masyarakat.
Juga kebetulan saya berada di sana, diadakan program anjuran UMNO bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk oleh Menteri Wilayah, Dato' Nong Chik. Sebelumnya dimaklumkan kepada saya oleh 'Cikgu Mat' bahawa Dato Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, ingin menyampaikan sumbangan kepada penduduk, tetapi telah dihalang dari menggunakan dewan masjid untuk tujuan itu. Begitulah politik yang diamalkan oleh mereka yang memiliki kuasa..
Perjalanan pulang ke Perak
Memasuki sempadan Perak, hati berasa sangat teruja kerana setelah kemenangan pada PRU-12 baru-baru ini, saya tidak lagi pernah menjejak kaki di bumi Perak. Namun, kali ini saya menjejak kaki setelah pemerintahan melalui mandat rakyat oleh PR dirampas kembali melalui cara yang paling tidak bertamadun. Terasa agak terkilan memikirkannya.
Ditambah pula tertinggal bas semasa sedang bersolat di Stesen Minyak Tapah Utara. Selama saya berulang alik dengan bas sebelum ini, tidak pernah saya ditinggalkan bas. Tak kerauan juga dibuatnya.. solat yang tidak lebih dari 10 minit menyebabkan tertinggal bas.. tak masuk akal betul..! Saya pun tak faham, kemana keprihatinan pemandu bas dalam soal solat dan keselamatan penumpangnya. Sejak mula naik bas tersebut saya sudah merasa kelainan pada pemandunya. Kebiasaannya pemandu akan memeriksa tiket, mengira bilangan penumpang dan memberitahu berapa lama bas berhenti, tetapi kesemua itu tidak dilakukan oleh pemandu tersebut.
Nasib saya agak baik kerana dapat tumpang bas dibelakang hingga ke Ipoh dan diambil oleh abang di Ipoh. Setelah itu terus pulang ke rumah di Parit Buntar dengan selamat. Barang-barang saya di dalam bas diambil oleh adik di Stesen Bas Pt.Buntar. Apa yang bermain difikiran saya ialah, apa yang akan berlaku sekiranya insiden ini terjadi kepada seorang warga emas yang tidak ada saudara terdekat. Kepada pemandu bas ingatlah, sekiranya anda tidak prihatin terhadap penumpang anda, ini bererti anda tidak prihatin terhadap pekerjaan anda.
2 comments:
Salam ya akhi.....
AllahuAkabar...anta siap sebut nama ana lagi.
Teruskan perjuangan. Jangan diharap puji pujian manusia kerana semua itu menghumban kita ke neraka.
apa ada pada nama.. ;) salam ramadhan dan kemenagan yang bakal disambut..
Post a Comment