HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Friday, March 6, 2009

Perkembangan Perhimpunan Membantah PPSMI [update]

Maklumat yang diterima dari mujahidperak pada 12.51 tadi mengatakan polis dan FRU mula berkampung dihadapan Istana Negara. Manakala dari bro zul yang berada di Masjid Negara, memberitahu orang ramai mula berkumpul. Berikut adalah gambar terkini dari bro zul di Masjid Negara.

keadaan dihadapan masjid negara (1.55pm)

2.15pm
bro zul yang berada di Masjid Negara melaporkan polis menutup pintu masjid bagi menghalang perarakkan ke Istana, manakala orang ramai mula merempuh pintu pagar. Kini rakyat mula berarak ke Istana Negara.

2.35pm
Maklumat terkini, polis mula menembak bom asap kepada rakyat.

2.47pm
Maklumat dari mujahidperak, rakyat mula bergerak sekali lagi kehadapan.

2.51pm
Serangan kedua oleh pihak polis.

3.10pm
Perarakan berundur kembali ke masjid negara. Water cannon ditembak, DS Tn.Guru Hj. Abd Hadi mengarahkan rakyat berundur seketika.

3.23pm
Tembak bom asap dan air sehingga ke dalam kawasan masjid. DS Tn. Guru terkena gas pemedih mata dan diselamatkan oleh Unit Amal.

3.43pmpm
Tn. Guru sedang memberi ucapan, rakyat diminta bersurai setelah memorandum berjaya di sampaikan pada Agong sebentar tadi.

Gambar Pilihan
YB Mahfuz Omar memberi ucapan
.
Rakyat berarak ke Istana Negara
.

Mengusung keranda '152'
Antara rakyat yang menyertai perarakan
.
Rakyat menuju ke Istana Negara

Water Cannon disembur ke arah Rakyat

Keadaan diperkarangan Masjid Negara

Kepungan polis


wuzere: terima kasih pada mujahidperak dan bro zul, perjuangan memartabatkan Islam akan diteruskan..!

1 comment:

Anonymous said...

alhamdullilah... memorundum dapat dihantar...

pada saya, perbuatan pihak polis mmg kurang ajar pasal menembak ke arah rakyat...

pada saya sistem ini mmg patut dihapuskan kerana ianya x adil... ini sebenarnya hnya menguntungkan rakyat yg boleh berbahasa ingeris...

bagaimana dgn rakyat yg x pandai dan lemah seperti pelajar yg duduk di pendalaman kampung yg kekurangan sumber untuk belajar inggeris???

cuba kalao kita mengambil contoh dgn bahasa lain.. kita tanyakan kepada org yg tahu berbahsa inggeris...

'mulai tahun depan kita akan belajar dalam bahasa jerman',. agak2 apa reaksi mereka? mesti membangkang juga kan??

ini semestinya x adil kerana terpaksa buat 2 perkara semasa belajar, iaitu translate dan paham isi kandungan yg sedang belajar...

mengarut!! sistem ini mmg patut dihapuskan... harap2 ianya berjaya...

amin....


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD