Alhamdulillah, kami selamat tiba di Sandakan pukul 4.20 pagi dan singgah di Surau Taman Fajar untuk bersolat subuh. Kebetulan Ust. Kamaruddin yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Sandakan menjadi imam solat Subuh disana. Kemudian kami berehat sebentar di rumah seorang teman yang berasal dari Klang, beliau dengan murah hati telah menyediakan rumahnya kepada kami sepanjang kami di Sandakan.
Setelah melepas lelah sebentar, kami terus ke Pasar Besar Sandakan untuk mengedar risalah bersama-sama dengan Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Ir. Khalid Samad, Hj. Muhammad (pesuruhjaya PAS Sabah) dan beberapa pimpinan lain. Rata-rata tetamu pasar menyambut baik kehadiran pimpinan PAS manakala kecenderungan dari masyarakat kaum cina memperlihatkan bahawa mereka sudah tekad untuk menolak Barisan Nasional.
Seterusnya Tn. Guru Presiden kemudiannya terus ke airport untuk kembali ke Kuala Lumpur, penerbangan pada pukul 10.20 pagi.
Berita bergambar:
Kehadiran pendengar termasuk pengundi P185 Batu Sapi dalam Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Hakka sebentar tadi mencecah 3000 orang. Ada yang duduk di dalam dewan dan ada yang berdiri di luar dewan. Parking lot kereta sesak dengan kereta pengunjung sehingga ke luar kawasan pagar dewan.
Penceramah utama yang menyampaikan pidato ialah YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Ir Khalid Samad.
nota : Gambar diambil semasa jam 7 malam. Ceramah bermula pada 7.30 malam. (diambil dari FB Bisik-Risik P185 Batu Sapi)
1 comment:
saya pernah ke kg.air sandakan hujung tahun lepas..sempat bermalam 4-5 hari di rumah saudara di kampung air..apa yang saya dengar tentang masaalah di sana,adalah seperti
1-ketua kampung,dah patut tukar ketua kampung yang baru..ketua kampung,pejabat di kedai kopi..sekali tanda tangan RM10 tentu kena hulur..lebih ? lagi dia nak..ayuh penduduk kampung air,sandakan..anda patut buat perubahan !!! ok ba kalau kau..
Post a Comment