HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, November 7, 2010

Azmin vs Zaid: Dua-dua sama!

Salam perjuangan..

Selepas balik dari Batu Sapi, pada hari sabtunya aku ke tapak perkhemahan Terusmadi, Tambunan. Mambantu sahabat-sahabat unit amal yang sedang mengadakan Perkhemahan Amal 2010. Pada masa yang sama diadakan Konvokesyen PASTI Kota Kinabalu kali ke 20 pada hari Ahadnya di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS. InsyaAllah, cerita-cerita tentang program tersebut akan dipost kan kemudian.

Pemilihan PKR

Sebenarnya, sudah agak lama juga aku ingin melontarkan pandangan tentang isu ini, cumanya keadaan tidak mengizinkan. Pada aku secara pribadi, urusan PKR adalah urusan rumahtangga mereka, maka sebagai ahli PAS aku rasa biarlah mereka yang menguruskanya. Janganlah pula kita yang sibuk menjadi batu api di atas apa yang berlaku.

Apa yang ingin aku nyatakan disini ialah, PKR atau DAP, mereka adalah rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Maka seharusnya, apa yang berlaku di dalam parti mereka juga menjadi kerisauan kita bersama. Tambahan lagi PKR yang sebahagiannya terdapat teman-teman seagama dengan kita, maka tidak patutlah apa yang berlaku di dalam PKR menjadi kegembiraan kepada kita.

Ada juga teman-teman yang gembira jika PKR berkubur. Tetapi pada aku, apa untungnya sekiranya PKR atau DAP berkubur sekarang. Lainlah kalau PAS memang dah diterima 100% perjuangannya oleh rakyat Malaysia. Apa yang diperlukan sekarang ialah, PAS perlu menonjolkan sifat menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.

Azmin vs Zaid

Kedua-dua tokoh ini mempunyai masa depan politik di dalam PKR. Tetapi apa yang kelihatan ialah kedua-duanya tidak sebulu, maka natijahnya membawa kepada pergeseran dikalangan ahli. Malah ada juga ahli PAS dan blogger yang turut menjadi batu api di dalam konflik tersebut.

Pada pemerhatian aku, Azmin akan dipandang hebat oleh penyokongnya walaupun ada beberapa tindakannya yang tidak demokratik. Begitu juga Zaid akan dipandang hebat oleh penyokongnya walaupun ada beberapa tindakannya yang melanggari prinsip PKR kerana mengutamakan prinsip diri sendiri.

Kesimpulannya, kedua-dua mereka ini mempunyai rekod tersendiri di dalam karier politik. Keduanya mempunyai ketokohan dan semangat juang yang tinggi. Namun masalah besar pada kedua-dua mereka ialah tidak SABAR. Aku langsung tidak ingin menyatakan apakah yang aku maksudkan tidak sabar tersebut. Para pembaca sendiri boleh menilainya daripada kejadian-kejadian yang telah berlaku.

Penyelesaian

Memang susah mengendalikan manusia, sedangkan Nabi Muhammad seorang rasul Allah juga adakalanya terpaksa menghadapi karenah masyarakat bangsa Arab, inikan pula manusia seperti kita yang mempunyai iman setebal kulit bawang. Walaubagaimana pun, permasalahan ini memerlukan tindakan bijak dari pimpinan PKR sendiri terutamanya DS Anwar Ibrahim selain daripada nasihat serta pandangan dari pimpinan tertinggi PAS dan DAP.

Akhir sekali, ingin sekali aku menyatakan disini bahawa:
'Tidak kira Azmin atau Zaid, biarkan ahli yang menentukan anda. Tidak perlu anda berkempen untuk menjatuhkan antara satu sama lain, tetapi berkempenlah apa yang ingin anda laksanakan bagi menjayakan hasrat sebuah Malaysia Baru yang diimpikan oleh semua rakyat Malaysia'.

p/s: Post ini mungkin agak terlambat kerana Zaid sudah melepaskan jawatannya dalam PKR.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD