Semasa membelek sahabatblogsabah untuk dimasukkan berita terkini, aku terlihat blog ust zaidi yang menulis tentang tajuk tersebut. Isunya berkisar kepada perkahwinan ust Badrul Amin. Tidak juga aku ingin meneruskan apa yang ditulis oleh beliau kerana pandangan beliau sebenarnya tepat. Namun apa yang ingin aku katakan disini ialah budaya umat Islam Malaysia yang terlalu menganggap poligami sebagai suatu yang jijik dan memalukan. Bila ditanya semua, mereka akan berkata, "kami tidak menentang". Namun amalannya menunjukkan sebenarnya mereka menentang sama ada dalam keadaan diam atau terbuka.
Aku tidak menyalahkan pandangan mereka yang mengatakan bahawa ianya hanya untuk mereka yang berkemampuan. Ya, memang itu yang di ajar oleh sunnah Rasulullah. Namun mengapa di cemuh semua sekali tanpa mengambil kira pelbagai keadaan tertentu. Aku akan meneruskan pandangan ini pada masa yang akan datang.
Kenapa Di Hina Orang Kawin
http://legehiyyah.blogspot.com/
Dalam situasi masyarakat dan negara menghadapi kemelut moral yang begitu tinggi dan membimbangkan, para pemikir dan jurumudi masyarakat semacam tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan atau mengurangkan kadar masalah sosial ini. Penyelesaian cara barat, nampaknya terus menjadi pilihan dan kayu ukur.
Sindiran sinis berupa cercaan (pada pandangan penulis), blogger yang berkiblatkan kebangsaan terhadap pendakwah dan ahli politik tersohor Ust Badrul Amin turut melukakan hati saya sebagai murid Ust Badrul Amin dan pendokong dakwah.
Poligami Ust Badrul Amin dianggap sebagai tindakan lelaki yang bernafsu kuda. Malah tindakan Ahli Parlimen Ampang yang dikatakan terlibat mengatur perkahwinan tersebut sebagai bertentangan dengan sifat YB Zuraida sebagai seorang pejuang wanita.
Beberapa persoalan yang perlu kita renung bersama.
1. Adakah poligami atau perkahwinan Ust Badrul bertentangan dengan syara'?
2. Apakah kesalahan moral lebih besar dosanya daripada mengingkari syariat?
3. Berapa ramai anak lelaki yang berkahwin tanpa keizinan ibubapa yang mengandung, membesar, mendidik dan berkorban segala-galanya untuk anak tersebut tidak diperbesarkan. Kenapa berkahwin tanpa keizinan isteri pertama menjadi masalah? ibu dan isteri juga wanita. Keizinan ibu dan isteri juga bukan rukun dalam syarat sah nikah.
4. Salahkah lelaki atau wanita yang kuat nafsu? Saya tidak faham apa maksud nafsu Kuda yang dimaksudkan penulis tersebut. Mungkin kuat nafsu. Ukuran salah atau tidak kuat nafsu itu diukur pada cara menyalurkan nafsu tersebut. Bukannya tahap power nafsu tersebut. Malah beruntung pasangan yang mendapat pasangan yang power nafsunya berbanding dengan yang lemah nafsu.
5. Memberi pembelaan kepada wanita sama ada janda atau anak dara menjadi kesalahan bagi pejuang kebangsaan? Mengahwini mereka bererti mengambil tanggungjawab terhadap mereka. Apatah lagi terhadap wanita yang sanggup mengifakkan diri mereka kepada pejuang agama, bangsa dan negara melalui wadah yang sama.
6.Lupakah kita kepada peristiwa VCD lucah Presiden MCA, Video Lucah Vagindran dan skandal Norita, Mustakizah dan perempuan-perempuan lain yang diragut rakus sehingga menjadi korban tanpa dihukum penyembelihnya. Mana suara pejuang wanita? kenapa mereka dibiarkan begitu? Siapa yang hendak bertanggungjawab?
7. Cubalah cari dan bertindak untuk menyelesaikan masalah ummah. Jangan seronok menyerang orang lain dalam keadaan mereka menjaga syariat. Tidak pasal-pasal, hina dapat dosa merapat. Hidup ini umpama putaran roda dan lingkaran yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada satu pun yang kekal dengan kita. Boleh jadi apa yang kita keji hari ini menjadi impian kita di hari esok.
8. Sesekali, hidulah busuk yang meraung dalam kain dan topi kita. Boleh jadi busuk itu lebih haprak dan bergiut (bahasa sungai) dari apa yang kita teropong dan suluh selama ini.
9. Kalau iapun kita tidak setuju dengan individu, cukuplah sekadar serangan itu kepada individu terbabit, bukan terbabas sehingga menyerang syariat.
2 comments:
bila pembangkang kahwin alasannya ikut sunnah dan menjaga syariat, bila BN kahwin alasannya gatal, tak ingat rakyat, senang ceritanya, apa yg pembangkang buat jawapannya mesti akan menghalalkan cara, apa yg BN buata jawapannya mmg kena kutuk, lagi2 kalau Penyangak Kepala Rakyat, boss pembangkang yang diagungkan, kalau pun mmg dia main punggong, tetap kenyataan tu FITNAH, kena punggong anak ko baru tahu agaknya...tak pun punggong ko ke, bila ko buat laporan yang menyatakan punggong ko atau punggong anak ko kena tibai, maka semua ahli2 pembangkang akan kata, BN bayar ko suruh buat laporan tu, maka ko yang dah mmg 100peratus pembangkang pun akan dikatakan sekongkol dgn BN, yang hak tetap akan jadi hak, yang batil tetap batil..fikirlah wahai si pembangkang
releks la bro..
Post a Comment