Aku mengenali susuk tubuhnya hanya setelah berumur 14 tahun. Ketika itu salah seorang ustaz aku di sekolah (agak cenderung kepada UMNO) memperkenalkan peristiwa memali kepada aku. Satu risalah kecil beliau telah berikan kepada kami untuk dibaca, rupa-rupanya risalah tersebut adalah terbitan Kerajaan BN yang memburukan as-syahid serta murid-murid beliau. Apa yang masih aku ingat pada risalah tersebut ialah menggambarkan bahawa Ibrahim Libya sedang merancang untuk menyerang beberapa balai polis berdekatan sekiranya mereka berjaya mengalahkan kepungan polis. Selain dari itu terdapat juga gambar-gambar yang menunjukkan pengikut Ibrahim Libya memakai tangkal serta menjirus air dikolam yang dikatakan air ajaib. Itulah pertama kali aku mengenali susuk perjuangan Ibrahim Libya.
Kejadian pembunuhan di perkampungan memali hanya aku lihat dikaca televisyen semasa aku belum lagi bersekolah. Apa yang masih aku ingat ialah bilah-bilah parang yang dikumpulkan di paparkan di skrin televisyen. Namun aku langsung tidak mengerti, kejadian apakah yang berlaku. Seketika aku teringat sebuah drama di RTM, kalau tak salah aku tajuknya guru yahya. Drama tersebut menunjukan beberapa pengikut Guru Yahya yang extrimis, yang mana pengikutnya akan berzikir, "Guru Ya.. Guru Ya.." berulang-ulang. Sehinggalah kejadian rempuhan polis ke kediaman Guru Ya yang mengakibatkan pengikutnya ramai yang mati. Mungkin drama tersebut ingin menggambarkan kesesatan yang ingin dikaitkan dengan kejadian Memali. Itu hanyalah ingatan zaman kecilku yang langsung tidak aku mengerti apa-apa.
Namun, aku juga tertarik dengan perkataan jihad dan mati syahid yang diperkenalkan oleh gerakan PAS ketika itu. Sehingga aku dipertemukan dengan seorang ulama yang juga diperkenalkan oleh ustaz disekolah aku. Pemergiaan aku ke rumah beliau ada adalah untuk meminta air penerang hati, beliau telah menulis di sepiring pinggan putih dan meletakan air ke dalamnya. Kemudian beliau juga telah menulis beberapa patah doa pada kolar bayu sekolah untuk kami. Apa yang sangat menarik minat aku, ialah dibawah rumah beliau terdapat sebuah papan tanda yang menulis jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami. Itu yang mengingatkan kembali aku kepada peristiwa As-Syahid Ibrahim Libya.
Perjuangan sebenar Ibrahim Libya, aku kenali setelah belajar di universiti. Pada ketika itulah aku mula mendengar kaset-kaset ceramah beliau. Perkataan yang sering terngiang-ngiang dikepala aku ialah, "Daripada hidup bercerminkan bangkai..". Semasa di universiti, aku tidak berkesempatan untuk mengikuti rombongan sahabat-sahabat ke kediaman As-Syahid. Ini adalah kerana ketika itu aku sedang menjalani latihan di UTM. Sehinggalah sekarang, aku masih lagi belum berkesempatan berada ditapak mengalirnya darah seorang kekasih Allah ini.. Namun perjuangan beliau sangat dekat di dalam jiwa aku.
"Dari kecil ku mengenali diri mu, sehingga besar aku menjejaki perjuangan mu, namun adakah pengakhiranku seperti mu.."
No comments:
Post a Comment