7 Disember, Kota Kinabalu: Bertempat di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS Kota Kinabalu telah berlangsung majlis konvokasyen PASTI zon pantai barat. Sebanyak 17 buah PASTI disekitar kawasan Sepangar dan Putatan yang terdiri daripada 221 pelajar terlibat pada majlis konvokasyen kali ini.
Konvokasyen ini telah dirasmikan oleh YB Salehuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian. Pada majlis tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang telah memberi kepercayaan kepada PASTI bagi mendidik anak-anak mereka. Ini seterusnya membuktikan bahawa sistem pendidikan PASTI yang berteraskan Islam sememangnya telah diterima oleh masyarakat, malah terdapat juga ibu bapa dari kalangan bukan Islam yang turut sama memberi sokongan.
Pada konvokasyen kali ini, dua murid dari PASTI Likas telah diumumkan sebagai pelajar terbaik mewakili murid lelaki dan perempuan.
Gambar sekitar Konvokasyen PASTI Pantai Barat kali ke-20
Pada kesempatan ini DPP kawasan Sepangar mengumumkan pembukaan sekolah rendah ISLAM yang akan memulakan sesi pengambilan tahun hadapan. Kepada ibu/bapa yang berminat sila berhubung pada maklmat dibawah:
Ust Anuar Ali : 013-8560679
2 comments:
PAS akan lebih kuat dan hebat tanpa bekerjasama dengan DAP dan PKR! percayalah.....
InsyaAllah.. tp bukan sekarang.. suatu masa nanti. Bersabarlah menanti saat itu.. pertolongan Allah itu dekat..
Namun harus diingat, PKR dan DAP merupakan rakan dalam kerangka 'siasah syariyah'. Maka mereka merupakan mad'u dakwah kita. Mengapa harus kita melarikan diri dari mad'u, sepatutnya kita berhadapan dengan mad'u.. moga2 dengan itu terbuka hati mereka menerima keadilan Islam..
Post a Comment