Sumber: http://al-ghari.blogspot.com/
Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.
Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.
Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) dan berdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.
(Rujuk sini)
Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.
Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.
Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.
Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.
Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).
Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.
3 comments:
Assalamu'alaikum...
berderau darah saya membaca berita di atas. Hehe... Zamihan Mat Zin Alghari bukanlah seorang yang boleh dipercayai.
Dr. Asri x pernah melakukan perkara yang disebutkan olehnya. Dalam bab bida'ah itu lain cerita. Namun hakikatnya Zamihan lah yang menipu dalam bab ini.
Dalam buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiah, kita boleh melihat kebenaran ini. Di mana Hafiz Firdaus telah membuktikan penipuan dan penyelengan yang dilakukan oleh Zamihan dgn merujuk kata-kata Zamihan kepada kitab asal.
Yang menimbulkan fitnah sebenarnya ialah Zamihan di mana beliau telah memotong kata-kata Ibnu Taimiyah dan Kata-kata Imam Al-Ghazali.
Mohon dikaji perkara ini.
Ura-ura yang mengatakan Dr. Asri akan memasuki UMNO adalah tidak benar. Kita boleh merujuk di laman http://drmaza.com
Sebenarnya itu kafir mengkafir tidak muncul pada Wahabi, tetapi telah disemarakkan oleh golongan Asya'irah yang bimbang tergugat disebabkan oleh hujah2 mereka yang lemah. Saya sendiri telah melalui pertembungan ini. Di mana golongan Wahabi menghormati para Ulama. Sedangkan golongan Asya'irah seperti Zamihan Mat Zin AlGhari telah menyeleweng kata ulama seperti Imam Al-Ghazali sekaligus menghina ulama' Islam.
KOMEN TENTANG POST :
Apa yang berlaku sebenarnya Dr. Asri pada masa ini lebih Pro kepada PAS walaupun beliau non partition dan perkara ini dibimbangi oleh UMNO. Oleh itu Zamihan ada lah senjata UMNO untuk mengekang penyatuan itu.
Saya telah lama memerhatikan perkara ini, walaupun ada pergeseran di antar Dr. Asri dan PAS, namun hakikatnya kebenaran memiliki kesamaan yang sangat hampir.
Post tersebut adalah sebahagian senjata UMNO.
Mohon dipertimbangkan. ^_^
terima kasih atas pandangan..
Post a Comment