Salam perjuangan..
(Agak lama juga tak menulis, ini kerana sekarang saya sedang bercuti di kampung halaman. InsyaAllah 14hb nanti kenduri walimatulurus bro zul. Ahammdulillah kawin jugak adik aku sorang nie.)
Baru-baru ini pada 6hb, saya berkesempatan bersama-sama AJK Yayasan Amal Pusat yang diketuai oleh Cikgu Hussein ke rumah Sdr. Jamaluddin Ilias yang juga antara sukarelawan yg bersama-sama berada di atas Mavi Marmara. Ketika mendengar kisah terus dari beliau, merasakan seolah-olah kita turut sama berada di atas kapal tersebut. Menurut beliau, terdapat SB-SB yahudi (bukan SB UMNO) berada di atas kapal tersebut sebagai pemberi maklumat kepada tentera Israel. Menurut beliau lagi tentera Israel telah pun mempunyai maklumat lengkap tentang individu tertentu yang akan dibunuh semasa serangan dibuat. Inilah bahana menjadi talibarut Israel. Hancur APCO-UMNO! (talibarut yahudi di Malaysia)
Sementara itu, tengah hari tadi saya telah mendengar berita dari NTV7 tentang kajian Mardeka Centre berkaitan tahap kepuasan rakyat terhadap DS Najib. Kajian menunjukkan peratus sokongan (tahap kepuasan) meningkat kepada 72%. Rasanya inilah berita gumbira buat Najib kerana usaha beliau mengupah APCO sebanyak 77 juta setahun tidak sia-sia dan kini telah nampak hasilnya. Sekalung tahniah buat PM dan APCO!
Sebelum menamatkan tulisan yang entah bila pulak sempat untuk saya menulis, rasanya tidak salah untuk kita mengajarkan anak-anak kita bahawa, bila lihat bendera UMNO/BN kata kan kepada mereka ini bendera orang jahat. Bila anak-anak kita dah besar sedikit dan mula bertanya, jelaskan kepada mereka bahawa UMNO/BN adalah agen Zionis di Malaysia. Wallahhu'aklam..
No comments:
Post a Comment