UMNO dan Akidah
Seperti kita sedia maklum, perjuangan UMNO yang berakidahkan 'melayu' semamangnya jelas bertentangan dengan Islam. Malah Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya tidak mengaku umat bagi mereka yang berjuang demi bangsa. Inilah permasalahan utama UMNO.
Peranan Ulama dalam UMNO
Isu kemasukkan ulama ke dalam UMNO baru-baru ini membuatkan saya terfikir seketika kata-kata Aduka Taruna yang mengaitkan dengan 'ulama ganetik melayu'. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Aduka Taruna berkenaan ulama ganetik melayu. Masakan tidak, golongan ulama pernah berusaha menubuhkan Biro Agama UMNO dengan niat untuk membimbing perjuangan UMNO, namun akhirnya terkeluar dan seterusnya mereka bersatu menubuhkan Parti Islam Se-Malaya. Sejarah juga telah mengajar bagaimana PAS sendiri pernah bergabung dengan UMNO demi membela Islam, namun akhirnya diterajang keluar dari Barisan.
Antara ulama dan pemikir Islam yang masih di dalam UMNO. Lu fikir la sendiri (gambar di ambil dari blog manjungmari)
Percubaan seterusnya pernah dilakukan oleh individu-individu berpengaruh seperti Anwar Ibrahim bersama-sama ABIM bagi berusaha mempelbetulkan UMNO. Tahun 1998 mengajar bagaimana DSAI dipecat dari UMNO. Maka apakah sejarah ini tidak pernah mengajar manusia yang ber'ganetik'kan melayu untuk memahami bahawa UMNO adalah sebuah parti yang perlu diajar hanya melalui pilihanraya. Hanya pilihanraya sahaja (insyaAllah) dapat menyedarkan (dakwah) UMNO bahawa mereka bukan kerajaan Tuhan dimuka bumi ini!
UMNO dan Salafi-Wahabi
(Pertama sekali saya memohon maaf kerana tajuk ini agak kritikal untuk dibincangkan secara terbuka).
Kesedaran terhadap kebangkitan Islam semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Walaupun tentangan dari golongan munafik-kuffur sentiasa ada, namun keyakinan bahawa cahaya Allah tidak akan mampu dipadamkan pasti akan menghasilkan kebangkitan semula Islam sebagai kuasa baru. Kesan dari kesedaran ini, ianya turut melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan gerakan. Kepelbagaian aliran pemikiran dan gerakan ini akhirnya mengakibatkan umat Islam (pencinta Islam) berpecah dalam menghadapi serangan golongan munafik-kuffar. Pun begitu, saya yakin bahawa disana masih ada titik pertemuan yang mampu menyatukan perpecahan ini. Itulah 'Keadilan Islam'.
Apabila berita 40 ulama muda (dakwa UMNO-APCO) menyertai UMNO dicanagkan oleh media, saya sejak awal lagi menanti-nantikan siapa mereka ini sebenarnya. Dulu, semasa UMNO terdesak dengan kebangkitan 'Reformasi' 1998 ada juga ura-ura membawa masuk ulama Indonesia yang di upah untuk menyaingi kemasukan ulama ke dalam PAS. Inilah kerja UMNO, dulu kini dan selamanya.
Pada pandangan pribadi saya, berkemungkinan besar kemasukan ulama ke dalam UMNO ini sebenarnya berdasarkan satu hadith, iaitu:
Sabda Rasulullah s.a.w "Walupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu, hendaklah kamu dengar dan taat".
Hadith ini panjang, para pembaca boleh mencarinya sendiri dari laman-laman web yang bersepah mengenai pandangan tersebut (cenderung kepada taat kepada pemerintah). Malah keyakinan ini kebanyakannya dipelopori oleh golongan yang mendakwa mereka adalah dari gerakan salafi. Inilah yang menjadikan mereka berasa selesa untuk berdakapan dengan UMNO, kerana UMNO adalah pemerintah di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, aliran salafi itu sendiri telah terbahagi kepada pelbagai keyakinan di dalam soal politik. Bahkan, dalam soal akidah juga terdapat pelbagai aliran. Pada masa yang sama kewujudan istilah 'wahabi' dikalangan umat Islam telah lama dibicarakan. Pembaca boleh mencarinya di laman-laman web menerangkan siapakah 'wahabi'. Istilah 'wahabi' pada saya sebenarnya hanyalah merujuk kepada sifat 'ta'sub'. Siapa sahaja mereka yang mengaku salafi tetapi mempunyai sifat 'ta'sub', saya akan labelkan mereka WAHABI (maaf kalau agak keras pandangan tersebut).
Wahabi melahirkan ektrimis serta Sikap PAS
Ya, itulah jawapan saya. Ini adalah kerana mereka yang berlabelkan wahabi akan melahirkan golongan ektrimis berdasarkan sifat 'ta'sub mereka'. Lihatlah bagaimana Al-Arqam yang akhirnya mempunyai ektrimis akidah (aurad muhammadiah) apabila mereka ta'sub dengan Abuya. Malah sekiranya golongan wahabi bersama-sama dengan UMNO, pasti ianya akan memperlihatkan sikap sebenar mereka. Saya tidak hairan sekiranya suatu hari nanti, ulama wahabi-UMNO ini akan menyerangkan PAS sebagai sebuah gerakan 'bughah'. (Mudah-mudahan tidak)
PAS sebagai gerakan Islam perlu mempunyai pendirian jelas terhadap isu Salafi-Wahabi ini. Namun begitu, sekarang bukanlah masa yang tepat untuk PAS menyerang mana-mana pihak. PAS harus bersikap sederhana dalam menangani isu ini, kerana musuh sebenar PAS adalah akidah UMNO. Sekiranya akidah UMNO ini berjaya diruntuhkan, masalah Salafi-Wahabi ini akan mampu diselesaikan melalui cara yang paling ma'ruf, InsyaAllah. Pada masa yang sama, PAS perlu bersedia untuk berhadapan dengan ulama wahabi-UMNO ini. Hujjah akan dibalas dengan Hujjah. Serahkan pada yang pakar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment