HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, November 17, 2008

JAKIM Sabah: Penganjuran Karnival Dakwah Berjaya!

Salam Perjuangan!

Rasanya terlalu banyak yang ingin S.A lampirkan di dalam blog, cuba bimbang para tetamu merasa jemu dengan berita yang cuba disampaikan. Maklumlah, cara penulisan pun asalkan boleh je. Tapi, itulah cara S.A ingin sampaikan, motto blog islamreturn ialah ’santai, ringkas dan bermanfaat’.


Majlis Khatam Al-Quran Para Pelajar KAFA
Baru sebentar tadi S.A sempat melawat Karnival Dakwah, Anjuran JAKIM Sabah yang berlangsung di One Borneo. Untuk maklumat lanjut tentang program tersebut boleh rujuk blog sahabat S.A di http://hijazi-alislami.blogspot.com/. Namun apa yang membanggakan S.A, malah mungkin juga pada para pendakwah, adalah Izzah Islami yang ditonjolkan di dalam Program Karnival Dakwah pada kali ini. S.A berasa puas, bukan kerana dapat hadir ke program, tetapi kekuatan para pendakwah dapat ditonjolkan di Karnival kali. Sekurang-kurangnya masyarakat bukan Islam menyedari akan kehadiran para Da’ei dan mereka dapat bertemu muka, Maha Suci Allah yang mempertemukan hati-hati manusia.

Berikut adalah beberapa gambar yang dapat S.A rakamkan untuk dikongsikan bersama.


Tetamu yang hadir semasa majlis Perasmian Penutupan oleh Tuan Yang Di Pertua Sabah
Kehadiran pengunjung ke ruang pameran.
Kelihatan TYT dan Dato' Zahid Hamidi di Ruang Pameran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
Ruang Pameran Yayasan Amal bersama ABIM dan Wadah
S.A bersama dengan seorang petugas Yayasan Amal Malaysia
(boleh lihat blog beliau di http://bayugunung.blogspot.com/)

Wassalam..
Wuzere: Dakwah berjalan hingga kiamat menjemput tiba....

1 comment:

Asad Ikhwan said...

pe barang takda gambar aku ni...hehe


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD