Salam perjuangan..
Kadang-kadang aku rasa bersalah jugak nak sebut benda-benda merapu nie, tapi kalau dah teruk sangat kelakuan pemimpin UMporNo, rakyat mana yang boleh tahan. Cuma baik sikit rakyat Malaysia nie, tak jadi macam Tunisia dan Mesir atau yang lebih teruk Libya. Namun harus dingat, kesabaran manusia sentiasa ada batasannya.
Peranan 'Ular Semak' UMporNo
Sejak kemasukan mereka (ULAMA MUDA) dalam UMnporNo lagi aku dah hilang kepercayaan. Bukan diatas sifat kepartian andaian aku, tetapi diatas sifat kemunafikan yang ada dalam UMporNO dan keberadaan UMporNo di bumi Malaysia ini lebih 60 tahun. Tiba-tiba ada sekelompok orang muda (setahun jagung dalam dunia politik) yang menggelarkan diri mereka Ulama Muda mengistihar masuk UMporNO dengan alasan nak menjadi penasihat kepada kerajaan.
Kalaulah diorang nie ada depan aku, rasa nak saja aku buka kopiah/serban diorang tu. Meh kita cakap one to one, setakat mana korang dah berjaya nasihat kerajaan. Sudah hampir 3 tahun dalam UMporNo, cuba listkan kat aku yang kurang ilmu agama nie, apa yang korang dah nasihat dan apa yang kerajaan dah ikut nasihat korang.
Video Seks ada ditangan anda?
Mungkin soalan ini agak sukar untuk kita menjawabnya. Walau bagaimana pun bergantung pada niat kalian, sekiranya tidak ada apa-apa kepentingan, tapi saja sibuk nak tengok, maka berdosalah jawabnya. Walau bagaimanapun mari kita berfikir sejenak, sekiranya video nie sampai ke tangan anak-anak muda (10thn-25thn) yang cetek ilmu agamanya, rasa-rasanya diorang nie tongok ke tak?
Cukuplah dengan capaian internet yang ada sekarang membolehkan generasi muda rosak, ditambah lagi media massa termasuk media alternatif memaparkan kisah perilaku seks setiap hari malah jam. Manakala UMporNo dengan kerja-kerja jahat mereka sudah mula mengedarkan video dan kartun-kartun seks lucah kepada masyarakat dengan tujuan untuk memburukan individu tertentu, apa yang akan terjadi pada generasi kita?
SEBELUM KALIAN (ULAMA MUDA UMNO) JAWAB DEPAN ALLAH, TOLONG LAH JAWAB DENGAN KAMI YANG KURANG ILMU AGAMA NIE DAHULU!
No comments:
Post a Comment