Salam perjuangan..
Persoalan ini sebenarnya tidak lagi dapat dinafikan dan aku yakin majoriti rakyat Malaysia yang sedar dan sayangkan negara yang makmur ini tahu akan hal ini. Antara asas keutuhan sesebuah negara ialah sistem keadilannya. Kerana itulah kerajaan 'Madinah' dan 'Khalifah Al-Rasyidin' antara contoh terbaik sebuah kerajaan, kerana sistem keadilan Islam adalah yang terbaik apabila dilaksanakan. Namun apa yang berlaku pada Malaysia?
Sistem Demokrasi:
Hancur!
- SPR diperkudakan (undi POS, persempadanan, pengundi hantu dll)
Sistem Pendidikan:
Hancur!
- Melahirkan generasi yang rosak (masalah sosial, isu murtad, ponteng sekolah, buli dll)
Sistem Ekonomi:
Hancur!
- Jurang miskin dan kaya semakin besar (sistem kapitalis, mengkayakan kroni, DEB gagal, dll)
Sistem Sosial:
Hancur
- Jakim: setiap 1 jam sebanyak 4 kes pasangan bercerai (anak luar nikah, bunuh, rompak dll)
Sistem Kehakiman:
Hancur! Hancur! Hancur!
- Campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan (Kes Altantuya, Kes Pembunuhan Norita, KES Anwar Ibrahim- terbaru video seks pula, dll)
Pada aku secara pribadi 'Malaysia' kini ibarat sebuah 'Taman di dalam Penjara'. Kelihatan seperti taman yang indah, tetapi sebenarnya sebuah penjara besar yang dicipta untuk rakyat hidup. Banduan didalamnya disogok/ugut agar jangan memberontak dan menentang. Itulah hakikatnya rakyat Malaysia.
Maka, sekali lagi aku menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, 'Bangunlah..' kita pulihkan negara ini. Kita bina sebuah 'Malaysia Baru', kita bina sebuah negara 'Berkebajikan dan di dalamnya mendapat keampunan dari Allah'.
-blogger Islamreturn-
1 comment:
Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.
Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..
Post a Comment